Saturday, November 21, 2009

KUBUR MENDIANG BENG HOCK DIGALI SEMULA HARI NI



Kubur mendiang mantan Setiausaha Exco Kerajaan Negeri, Teoh Beng Hock digali semula hari ini bagi membolehkan mayat mendiang dibedah siasat untuk kali kedua esok di Hospital Sungai Buluh.

Para petugas yang mengali kubur berkenaan bersiap sedia seawal jam 7.30 pagi di Nirvana Memorial Park, Semenyih dan upaca berkenaan akan diawasi sepenuhnya oleh Polis.

Kerja-kerja menggali kubur berkenaan dianggarkan berjalan selama dua jam dan dijangka selesai jam 11.30 pagi.

Ketua Jabatan Patalogi dan Forensik Hospital Sungai Buluh, Dr Shahidan Md Noor hadir ke upaca berkenaan bagi mewakili hospital tersebut untuk menerima mayat mendiang.

Hadir sama dalam upaca berkenaan adalah Pakar Patalogi Thailand, Dr. Porntip Rojanasunand dan peguam mewakili keluarga mendiang, Gobind Sigh Deo.

Mahkamah Koroner sebelum ini mengarahkan kubur mendiang di gali semula hari ini manakala bedah siasat kedua ke atas mayat akan dijalankan esok di Hospital Sungai Buloh.

Koroner Azmil Muntapha Abbas berkata bedah siasat ini akan diketuai oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor.

Bagaimanapun Pakar Patologi dari Thailand yang dilantik kerajaan negeri, Dr Pornthip Rojanasunan dan doktor pakar luar yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibenarkan menyaksikan bedah siasat berkenaan.

Koroner juga mengarahkan bekas doktor Forensik, Dr K.Saravanan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk membantu Dr Shahidan dengan mengambil gambar semasa bedah siasat dilakukan.

Permohonan bedah siasat kali ke dua dibuat keluarga mendiang setelah dr Porntip mendedahkan kemungkinan 80% mendiang dibunuh. - bloglistpolitik.blogspot.com

No comments:

Post a Comment