PADA AKU. SECARA PERIBADINYA, BUKAN SOAL MENYEBELAHI ARIFAHMI ATAU MENYEBELAHI KICKDEHUSAM, SOALNYA ADALAH MENYEBELAHI PIHAK YANG BENAR.
ADA ORANG TANYA, YAKINKAH AKU BAHAWA ARIFAHMI ITU BENAR DAN KICKDEHUSAM ITU SALAH?
PADA AKU, SETAKAT INI ARIFAHMI BERJAYA MEMBUKTIKAN DIA DI PIHAK YANG BENAR KERANA DIA TIDAK BALING BATU SEMBUNYI TANGAN.
KETIKA MANA KICKDEHUSAM MENGAMBIL LANGKAH MENYERANG PERIBADI BELIAU, TAKDE SATU PIHAK PUN YANG KATA KICKDEHUSAM MEMFITNAH ARIFDAHMI.
SEWAKTU ARIFAHMI DIHENTAM DAN DISERANG SEHINGGAKAN TOK GURU TURUT TERSERET SAMA, TAKDE SIAPA PUN YANG MEMINTA KICKDEHUSAM MEMBUKTIKAN DAKWAANNYA KECUALI KAMI BLOGGERS NYAMUK NIH.
APABILA ARIFAHMI MENGUBAH PENDEKATAN DAN MENGAMBIL PENDEKATAN MENYERANG, RAMAI YANG BANGUN DAN MENDAKWA ARIFAHMI MEMFITNAH KICKDEHUSAM DAN ARIFAHMI PERLU MENGEMUKAKAN BUKTI DAN JANGAN SEKADAR CAKAP SAHAJA.
ADILKAH BEGITU?!
RAMAI JUGA YANG MENGAMBIL PENDEKATAN MENYOKONG KICKDEHUSAM KERANA KELIHATANNYA RAMAI YANG BERSAMA BELIAU. MAKNANYA, KELOMPOK INI MENGGUNAKAN PEMAHAMAN DAN PENDEKATAN BAHAWA "YANG MAJORITI ITU BETUL DAN YANG MINORITI ITU SALAH".
TIDAK MENGAPALAH. ITU HAK MASING MASING. PADA AKU, KONSEP MAJO-BENAR DAN MINO-SALAH INI BUKANLAH KONSEP YANG DIANJURKAN OLEH ISLAM. TAPI TAKPER. MACAM YANG AKU CAKAP TADI, ITU HAK MASING MASING UNTUK MEMILIH KE SYURGA MAHUPUN KE NERAKA.
SETERUSNYA, PERHATIKAN AYAT AL-QURAN YANG BERBUNYI "QUL HATUU BURHAANAKUM, INKUNTUM SHODIQEEN".
ISLAM MENGANJURKAN "HUJAH LAWAN HUJAH JIKA KITA BENAR" DAN BUKANNYA "CREATE ISU DEMI ISU SUPAYA NAMPAK MACAM KITA DIPIHAK YANG BENAR".
TAPI TAK KISAHLAH. APA YANG NAK DIHAIRANKAN KERANA RASULULLAH SAW TELAH MENYEBUT BAHAWA PADA AKHIR ZAMAN NANTI :
i Apabila orang alim bercakap, masyarakat akan memperlekeh
ii Apabila orang jahil bercakap, masyarakat akan bersorak menyokong
iii Orang jahat makin ramai dan orang baik semakin berkurang
MAKA, ATAS DIRI KITALAH SAMA ADA MAHU KE SYURGA ATAU KE NERAKA.
SEMOGA KITA TERLINDUNG DARIPADA MENJADI KUDA TUNGGANGAN DAJAL DUNIA.
p/s : Namrud hancur kerana nyamuk. Nyamuk itu akan dikenang sebagai sejarah agung sehingga hari kiamat. Itu dulu.
Hari nih, bloggers nyamuk akan menghancur kemungkaran, kezaliman, pengkhianatan dan sebagainya demi menyelamatkan Islam seperti mana nyamuk menyelamatkan agama "hanief".
Tak perlu gaduh sangat. Orang dah jatuh. Cuma tunggu masa saja.
ReplyDeleteNafi le sebanyak mana pun, gua dah tak kisah. TG dah faham keadaannya.
TG mengajar orang berjimat tapi menantunya boros.
TG mengajar orang jangan pergi mekah acap kali, kena utamakan orang miskin keliling rumah, tapi menantunya cari sponsor utk ke mekah.
TG berjanji nak bagi graoud flour bazaar TG kat peniaga melayu, tapi mentu nak bagi kat kontractor.
Soal bila tiada masalah. TG sudah faham. Yang perlu turun tetap turun.
oleh itu, TEPUK DADA jgn kuat2 sgt, TANYALAH IMAN... jgn tanya nafsu nanti stim lak.
ReplyDeletewal 'asr
Kita tunggu dan lihat.
ReplyDeletewa qul jaa alhaqqu wa zahaqa-lbatil, inna-lbatila kaana zahuqaa.
Betulke Ariffahmi tu IR. Tak der pun dalam list.... ke masa tu dia pakai nama lain?
ReplyDeleteJika beliau tidak Ir tetapi meletakkan Ir di depan namanya, itu suatu kesalahan.
ReplyDeleteNamun, itu bukan persoalan.
Persoalannya adalah kenapa semua isu ini timbul selepas kickdeHusam gagal lawan hujah?
Sejak awal lagi kickdeHusam asyik lari isu. Jawab jer lah apa yang orang bangkitkan. Bukannya terus menerus mencipta isu.
Bongok.
inila masalah gengan org macam kau,kalau kau buat semua betul,kau tuduh taapa dan guna ayat quran untuk justify pendirian kau.aku pun bole search ayat quran untuk justify pendirian aku dalam segala pekara dengan intepretation aku sendiri.kau faham ke apa aku kata?
ReplyDeletebila kau guna kicdehusam apa maksud kau? nak guna ayat quran juga untuk justify?
sudahla tunggu ajela,kebenaran akan muncul jua,aku respect juga dgn kau punya tulisan sebelum2 ini,tapi kali ini tidak sama sekali,ini menunjukan peribadi kau sebenarnya.lebih kurang geng ust wacana kita.belasah prof aziz lepas tu panggil dan berdiskusi minta pendapat,tak punya kartun ke persepsi org terhadap ketua wacana kita.
Sama ada ko respect atau tidak, itu urusan ko.
ReplyDeleteSama ada ko respect atau tidak, i have nothing to do with all that.
Sama ada ko respect atau tidak, aku bukan untung dan tak rugi apa apa pun.
So, semuanya terpulang kepada ko.
At least, aku tak guna ANON macam ko.
xkisah la sape nk sokong sape...aku sokong pihak yg benar..good job pemburu syahid.. aku kenal rapat ngan ariff fahmi..xde sbb aku nk percaye kt kickdemnfella...hhaha
ReplyDeleteSemoga kemelut melanda bertemu titik nokhtah....Takbir!Berani krn benar takut krn salah...
ReplyDeleteThanks ANON 11:47.
ReplyDeleteAku setuju dengan cucu pejuang.
Salam tuan tanah.
ReplyDeleteMaaf menggangu dengan ulasan peribadi dari saya.
Sepanjang saya mengikuti perkembangan krisis PMBK - Ariffahmi, Azidi, TGNA & Husam, saya lihat dan saya dapat sahkan bahawa banyak maklumat yang disampaikan kepada tuan tanah oleh "orang tengah" adalah maklumat-maklumat yang kebanyakannya "tidak benar".
Maksud saya,bukan semuanya tidak benar,ada yang benar tetapi ada yang tidak benar.
Harap tuan tanah menyelidiki segala maklumat dari "orang tengah" kesahihannya.
Saya amat kecewa bilamana dalam peperangan kita menentang UMNO,kita amat-amat sehaluan tetapi dalam perang kita dengan musuh dalam selimut,ramai antara kita yang gagal.
Tuan Tanah,Manjung Mari,rakan2 yang sehaluan dengan Tuan Tanah termasuk "orang tengah" adalah blogger-blogger yang amat-amat hebat terutamanya "orang tengah" saya tau dia amat "dikenali" bukan sahaja kerana hits wordpressnya yang melebihi 5 juta hits walaupun rankingnya jika dirujuk dalam alexa amat rendah dari lain2 portal yang hitsnya lebih rendah - agak menghairankan.
Saya kenal baik dengan ariff,saya baik juga dengan husam,saya juga rapat dengan azidi.saya juga kenal ramai staff PMBK & saya memperolehi maklumat dari kedua-dua pihak dan saya adili dengan sebaik-baiknya.
Macam yang saya beritahu tadi,Tuan Tanah dan lain-lain blogger adalah orang-orang hebat dan Pakatan Rakyat perlukan orang-orang hebat seperi saudara semua.
Cumanya,dalam hal ini,kiranya Tuan Tanah dan rakan-rakan tersilap memilih Tanah,kreadibiliti Tuan Tanah dan rakan-rakan akan jatuh.tiada lagi yang akan percaya berita-berita dari Tuan Tanah dan rakan-rakan selepas ini.
Pakatan Rakyat akan kekurangan tenaga blogger seperti Tuan Tanah dan rakan-rakan.betapa ruginya Pakatan Rakyat.
Tuan Tanah dan rakan-rakan ketika itu sudah hilang kreadibiliti dan akan jadi "bahan rujukan" dan "mainan' blogger-blogger UMNO.
"Kerana Nila Setitik,Rosak Susu Sebelanga".
Saya amat-amat berharap agar Tuan Tanah dan rakan-rakan mengesahkan dahulu segala maklumat dari "orang tengah".pada saya "orang tengah" juga tidak bersalah tetapi telah "diracun" dengan umpan yang menarik.
Ayuh Tuan Tanah,kembalikan kepercayaan pembaca terhadap Tuan Tanah dan rakan-rakan.
Salam Perjuangan.
"Berkata Benarlah Walaupun Pahit"
Yang pahit itulah yang sukar diterima oleh anai anai yang ada di Kelantan sekarang nih.
ReplyDeletesaya setuju. kalau nloggers nyamuk mcm ni x tahu apa2, janganlah dok komen dan fitnah tak tentu arah. yang akan gembira nanti adalah geng2 umno. so x payahlah buka cerita itu dan ini, OK!
ReplyDeleteSuka hati u all. Asalkan u all bahagia.
ReplyDeleteCadangan untuk Tuan Tanah....
ReplyDelete1. Buang ICON PAS sebab tak sesuai dgn imej Tuan Tanah....
2. Terbalikan balik lambang UMNO dalam Blog ni....
OK Tak
Cadangan ditolak.
ReplyDeleteen tuan tanah..
ReplyDeletesama seperti apa yang saya sebutkan kepada en kickdefella, kalau benar kalian pejuang PAS dan anti UMNO, tolonglah gunakan bahasa yang elok sikit dlm blog anda. anda punya kuasa untuk endahkan permintaan saya sebab tanah ini tanah anda. tapi tiadalah elok walau sedikitpun perkataan seperti bongok, bahlol, etc. namun kesempatan masa tuan tanah menjawab semua komen diberikan memuskilkan saya adakah tuan tanah tidak bekerja. atau sememangnya bekerja sebagai blogger upahan. sekadar berhati2 di dunia tanpa sempadan.