Hangpa biasa tengok wrestling? Memang syok..orang tu hentam orang ni. Orang ni hentam orang tu. Ingatkan Big Show dah boleh menang bila dia terajang Undertaker. Tengok-tengok…referee hilang ditarik oleh orang lain. Bila Big Show beralih, Undertaker bangun dan sepak teloq Big Show dan terus buat chokeslam…gedebooomm!! Big Show pengsan…referee pun tiba-tiba menjelma entah dari mana. Dan Undertaker menang!!
Ciss…Semua kena tipu. Itu hanya lah hiburan. Kita seronok bila ditipu. Kita seronok bila orang tipu kita. Bila orang bagi tau kat kita…hangpa semua kena tipu!! Kita pun jawab..”tak apa…janji seronok.” Tipu dah diterima sebagai hiburan.
Bila Nasha dan Mustafa Ali berpeluk dalam gelap di London dengan disaksikan oleh wakil Ikhwanul Muslimin… ramai orang tau. Raja Petra tau. Bakaq Penarik Beca tau. Matsamankati pun tau.
Tapi bila blogger-blogger cikai ini menulis dalam blog, riuh rendah sekeliling alam, mengatakan blogger-blogger ini penipu…pemecahbelah…tukang fitnah!! sampai ada yang nak menyaman blogger kerana menyebarkan fitnah. Hadi, Presiden Pas pun sama…tak mengaku adanya perjumpaan dalam gelap di London!
Dan tukang-tukang ampu Nasha dan Mustafa Ali pun riuh rendah melabelkan blogger-blogger sebagai penyebar fitnah. Mahfuz nak saman blogger yang menyiarkan cerita berpeluk dalam gelap!! Nasha pun nak saman blogger yang menyebar fitnah!!
Tup-tup…akhirnya mereka mengaku. Sapa yang bohong? Sapa yang menyebar fitnah?
Oleh kerana Presiden yang bohong, oleh kerana Timbalan Presiden yang bohong, oleh kerana orang kuat Presiden yang bohong…maka orang menerima bohong itu sebagai dakwah dan perjuangan.Orang masih wala’ kepada Presiden, orang masih pilih Nasha sebagai Timbalan Presiden. Depa bohong tak pa. Bohong diterima demi dakwah dan perjuangan.
Selepas pilihanraya ke 12, Hasan Ali berlari berjumpa Khir Toyo untuk membentuk kerajaan baru. Tapi apabila gagal…masing-masing menafikannya. Masing-masing berbohong.
Tapi cerita itu disebarkan oleh blogger-blogger cikai yang kemudiannya dilabelkan sebagai tukang penyebar fitnah dan pemecahbelah. Teruk la blogger-blogger ini kena hentam kiri dan kanan oleh mereka yang wala’ kepada Presiden dan kepimpinan.
Hasan Ali terus juga dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor. Hasan Ali bohong tak apa…demi dakwah dan perjuangan. Bohong diterima demi Islam dan perjuangan.
Di Perak, ada pemimpin yang memujuk Ahmad Awang untuk membawa PAS bersekongkol dengan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan. Masing-masing menafikannya…masing-masing berbohong. Yang salah ialah blogger penyebar fitnah. Yang cuba memecahbelahkan Pakatan Rakyat ialah blogger-blogger penyebar fitnah.
Tup-tup, Ahmad Awang sendiri memecahkan rahsia. Siapa yang bohong? Siapa yang menyebar fitnah? Kerja blogger jugak?
Orang tak kisah sapa yang memujuk Ahmad Awang. orang tak tak mau tau siapa pemimpin yang cuba memujuk Ahmad Awang. Bohong diterima demi kesinambungan Islam dan perjuangan.
Siapa yang berlari berjumpa Pak Lah untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan?
Mana ada!!! itu hanya fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh blogger-blogger cikai macam Bakaq Penarik Beca! Itu hanyalah imaginasi liar dari Raja Petra! Dan yang sedihnya, blogger-blogger Pas juga turut sama menyebarkan fitnah dan dakyah untuk menghancurkan Pakatan Rakyat!!
Tup-tup, Pak Lah mengaku. Memang betui ada perjumpaan. Khalid Samad mengaku…memang ada perjumpaan.
Sapa yang bohong? Sapa yang menyebar fitnah?
Tapi pembohongan itu dimaafkan. Pembohongan itu diterima…bukan sahaja sebagai hiburan, malah diterima demi Islam dan perjuangan.
Tipu dan bohong sudah menjadi budaya.Ia sudah diterima demi menegakkan Islam dan perjuangan. Pirrrrah!!
Baru-baru ini keluar pula berita, TG Nik Aziz diherdik oleh ABC. Bohong!!!
Maka keluarlah kenyataan-kenyataan dari mereka yang wala’ kepada Presiden dan Timbalan Presiden…itu semua bohong. Itu semua kerja penyebar fitnah dan mereka yang cuba memecahbelahkan Pas.
Sama ada blogger tersebut berbohong atau tidak…cuma masa yang menentukan.
Tetapi buat sementara waktu…marilah kita berhibur dengan bohongmania. Kita berhibur dengan pemimpin-pemimpin yang suka berbohong, kerana tidak salah kita menerimanya demi menegakkan Islam dan perjuangan.
Pemimpin bohong tak apa. Blogger bohong…saman!! labelkan mereka sebagai pemfitnah atau pun pemecah belah parti.
Tidak salah kita berbohong. Tidak salah kalau kita menipu.
But please….don’t do this at home.
SUMBER : PERAKEXPRESS
ULASAN : Sebijik macam UMNO. Pendakwaan terpilih. Hukuman terpilih. Teguran terpilih. Hujah terpilih. Semuanya oleh orang orang "yang terpilih".
blogger sekarang sume bodoh, sume nak meruntuhkan..xdak teluq sume duk tulis benda tak baik!!
ReplyDeleteAnony yang tulis ni pun lagi teruk tak ada teluq juga, silap-silap anunya pun tak ada... tu pasal tak ada nama.....
ReplyDeleteDia main hentam sembrono jer. At least, we do something to save the jemaah. Bagus sikit dari ko yang melalak lalak tu.
ReplyDeleteKenapa anon atas skali nih? Oh kalau pemimpin PAS yg berbohong tu tak meruntuhkan kot??? Tu membina akhlak dan sahsiah ahli2 PAS ek heheheh. Tipu 'sunat'? yer????? Tu tipu sbb terpaksa utk 'kebaikan' jemaah dan ummah ek hehehehe. Kalau pimpinan PAS yg rata2 golongan ulama ada yg menipu, pastu tak ngaku nak saman sana situ, lps kantoi dia termalu2..... Apa baik sgt ke akhlak yg ditunjuk tu? Baik sgt akhlak tu pada penyokong2 PAS yer????????? Baik sgt akhlak tu pada rakan PR yer???? Patut pemimpin2 PAS lah paling berakhlak mulia (sbb rata2 golongan ulama) agar rakan2 PR lbh hormat pd PAS, & yg lbh penting agar umat Islam (yg majoriti melayu) kat Malaysia ni sokong dan undi PAS. Ulama pewaris Nabi, kalau ulama bercakaran dan ckp dolak-dalik, dibimbangi rakyat akan hilang kepercayaan pd PAS sbb akhlak sama mcm UMNO je. Mcm mana Islam sbnr nak tegak di Malaysia kalau ada org2 mcm tu dlm PAS. Cpt2 la di tarbiyah org2 mcm tu ek hehehe
ReplyDeletekalau pimpiman PAS bohong 6-7 kali,so blogger bolehlah bohong sekali dua? atau 3,4 kali asalkan kurang daripada pimpinan PAS bohong??? apa nie? macamana PERAKEXPRESS punya pemikiran nie? .. tunggu ajer la sapa yang bohong ... dah bohong ngaku dan minta maaf la...yang ketegag macam pimpinan PAS tu buat apa...
ReplyDeleteer mslhnyer anon 11.52, pemimpin PAS yg bohong tu ada minta maaf ke???????????????? Ada ngaku salah ke??????????????? Bkn blogger nak ikut bohong pun, tp nak ingtkan pd pemimpin PAS tu tunjukla akhlak baik pd jemaah. Ni dah kantoi tak minta maaf punnnnnnnnn. Pastu tukar tajuk suruh wala' pd pemimpin even pemimpin tu tipu pastu kantoi tak minta maaf dan tak ngaku salah. Ko ni knp anon 11.52? Ko ni penyokong kuat pemimpin2 yg bohong tu yer?
ReplyDeletesai.....jgn layan org yg taklid buta tuli nih. Buang masa jer.
ReplyDeletesabar jer lah ....pokok pangkalnya kita ingin menegakkan agama islam ...
ReplyDeletedan ingat tentang fitnah....fitnah ini luas tafsiranya....manusia akhir zaman ini banyak kekuranganya...kekadang kita terpaksa menyembunyikan kelemahan kita kerana kita tak mahu bagi jalan fitnah pada pehak lawan...ini yang terjadi...dan kekadang blogger menjadi mangsa...sabar jer lah...
Tengok gambar parpukari tu... dia lagi bagus dari kebanyakan pengulas tak bernama di blog-blog sini.
ReplyDeleteParpukari tulis memang busuk tapi dia tak malu untuk mengenalkan diri. Orang yg tak kenal parpukari hanyalah orang yg tak berusaha mencari identiti beliau.
Hahaha...parpukari....dey tambi....nescafe tarik satu!!
- kuntau
Ana setuju dengan kuntau.
ReplyDeleteSalam Tuan Blogger.
ReplyDeleteAmat malang bagi pemimpin2 PAS jika sindrom 'bohongmania' menjadi permainan politik mereka kerana PAS adalah sebuah parti yang berteraskan Islam.
Malu pada bangsa yang BUKAN beragama Islam kerana mereka akan menganggap PAS sebuah parti yang berteraskan Islam sama macam umno suka menipu.
Mereka mengundi PAS kerana inginkan perubahan dan
Ada baiknya pemimpin2 PAS yang mengamalkan 'bohongmania' ini kena 'pedigree' atau 'tukul besi' dengan Triple H.
Atau sumbat saja mulut mereka dengan setokin busuk Man Kind@Cactus Jack!!!
Hahahahahaha.....ana nak bg stokin Ayah Pin jer.
ReplyDeletemmg jijik bila pemimpin sdri yg putar alam pastu mula dok bg dalil nk halalkan penipuan..
ReplyDelete-pendekar laut-
Berak pandai. Basuh tak pandai. Pastu taik sepah sepah merata rata. Bila orang tegur, nak marah orang.
ReplyDeleteSiap cabar orang yang tegur tu untuk berak bersama sama.
Mental sakit nih.....