Sunday, November 8, 2009

CATATAN PERIBADI PESERTA SEMINAR TENTANG BEBERAPA PERIBADI YANG TIDAK BERPERIBADI



Oleh Ust Zolkarnain Abidin
Exco Dewan Ulama PAS Pusat


SATU - JANGAN JADI SOKONG BAWA REBAH


Kalau diibaratkan gulai, sama sahaja dengan gulai yang pernah dimakan sebelum ini. Mungkin yang menjadikan gulai kali ini istimewa ialah tambahan dua ramuan lain. Demikian seminar memperkasakan parti di Taman Melewar, Ahad, 7 November.

Kalau tiada Aziz Bari dan Abu Hasan Hasbullah, tiada yang baru kepada seminar itu kecuali mengulangi komitmen-komitmen lama yang memang telah diketahui umum.
Sebahagian pembahas dikuasai emosi termasuk seorang pembahas dari kalangan AJK PAS Pusat.

Istilah ‘tidak mahu tengok muka’, rasanya kurang manis diungkapkan di hadapan tetamu seperti Aziz Bari. Kita menjemputnya, kemudian kita ‘tidak mahu tengok muka’nya.


Benar, Presiden perlu dibela apabila ada usaha mencemarkan wibawanya, tetapi rasanya bukan begitu. Bela dengan hujah dan fakta, bukan dengan serangan melulu. Kalau Aziz pernah menyerang Presiden dengan serangan yang ‘kita sukar menerimanya’, itu terpulang kepadanya.

Dibimbangi, bukan serangan itu yang menjejaskan Presiden, tetapi pembelaan sembrono yang akan menjatuhkan reputasinya.
Kata orang Melayu, ‘sokong yang membawa rebah’.


DUA - TIADA PENEGASAN BARU


Terus-terang, saya dan beberapa sahabat menyertai seminar itu dengan harapan menggunung.

Harapan untuk mendengar penegasan-penegasan yang lebih meyakinkan. Bukan meyakinkan ahli PAS sahaja tetapi penyokong PAS.


Penegasan melalui ucapan dan resolusi sahaja dalam menangani isu yang selama ini menghantui PAS tidak memadai. Itu sudah berulang kali dibuat.


Apa yang saya maksudkan dengan penegasan meyakinkan ialah penegasan dalam bentuk tindakan seperti pecat, gugur, amaran dan sempamanya.


Penegasan yang boleh menimbulkan kewaspadaan dan kegerunan kepada mana-mana pemimpin atau ahli yang ‘menyiram, membaja atau mengairi’ kembali isu yang menjadi agenda seminar itu.
Saya ingin mendengar penegasan itu dalam ucapan penutup Presiden, tetapi saya pulang dengan hampa.


TIGA – PENYERTAAN TUAN IBRAHIM DALAM FORUM ADALAH BIAS


Penganjur mungkin berpendapat Tuan Ibrahim perlu dalam forum bersama dua jemputan untuk mengimbangi pandangan mereka yang agak kritikal dengan PAS. Bagi saya itu tidak perlu kerana banyak pembahas yang bakal mengimbangi pandangan kedua-dua penalis itu.


Tuan Ibrahim adalah Pengerusi Jawatankuasa Disiplin. Keberadaannya di situ boleh mengganggu tugasnya. Bayangkan kalau ada ketika itu pembahas yang mempersoalkan orang yang bakal disiasat, apa sikapnya?

Samada dia mengulasnya atau tidak, persepsi sebahagian audiens terhadapnya bakal serong.



EMPAT - MASIH DALAM ZON SELESA


Kecuali PAS tidak mahu menyertai pilihanraya, PAS bukan sekadar pengurus ahlinya sahaja tetapi penyokong dan pengundinya. Justeru, hasilan seminar itu perlu melegakan penyokong dan pengundi juga.


Sebahagian besar peserta seminar mungkin lega dengan resolusi seminar itu tetapi bagaimana dengan yang bukan ahli?


PAS ada masalah dengan persepsi ahlinya terhadap beberapa pimpinan tertentu. Namun, apa pun persepsi ahli, itu kurang membimbangkan berbanding persepsi penyokong dan pengundi.

Kita mungkin selesa dengan kelegaan ahli kita, tetapi berjayakah kita melegakan pengundi dan penyokong? Pada hal, PAS tidak mampu memenangi pilihanraya kalau sekadar bergantung kepada ahlinya sahaja.


Bagi saya resolusi dan penegasan seminar itu tidak mampu mententeramkan pengundi dan penyokong. Apa yang boleh mententeramkan mereka? Sudah tentu satu bentuk ‘tindakan’ atau ‘action’ yang mereka nampak dan mampu mengembalikan keyakinan mereka kepada PAS dalam isu yang sedang dihadapi ini.

Berdasarkan kesudahan seminar, nampaknya data-data yang dikemukakan oleh Abu Hasan tidak mengeluarkan PAS daripada zon selesa. Kalau masih di dalam zon itu, mampukah prestasi kita sehebat sekarang dalam PRU 13 akan datang?



LIMA - SAKIT TELINGA


Saya duduk berhampiran kumpulan peserta dari sebuah negeri. Saya mengenali mereka dan begitu pula sebaliknya. Ada yang bekas wakil rakyat dan sekarang memegang jawatan kanan dalam organisasi PAS negeri berkaitan.


Saya sakit telinga (dan sakit hati juga), semasa Aziz Bari dan Abu Hasan berhujah, mereka bercakap sesama sendiri dan sekali-sekali menyanggah hujah Aziz Bari dan Abu Hasan. Kadang-kala mereka iringi hujah penalis itu dengan ketawa. Mereka berhujah menyokong Presiden di tempat duduk masing-masing. Tumpuan saya terganggu, tambahan pula saya berusaha untuk mencatat semua hujah Abu Hasan.


Di penghujung pembentangan Abu Hasan barulah mereka agak diam apabila mendapati hujah-hujah Abu Hasan semakin mantap. Selepas makan tengahari, mereka tidak lagi duduk di tempat asal mereka.


Kalau beginilah mentaliti (dan akhlak) sebahagian pimpinan PAS (walau pun pimpinan negeri) apabila berhadapan dengan pangan yang mereka tidak persetujui, saya fikir PAS negeri itu tidak akan kemana. Mereka perlu tahu etika (sebenarnya adab) ketika berada di dalam majlis.


Kalau mereka sendiri tidak tahu untuk beradab dengan orang lain, bagaimana mereka boleh berharap orang lain beradab dengan mereka?



ENAM - SEKALUNG TAHNIAH


Apa pun, sekalung tahniah untuk semua pimpinan PAS Pusat yang hadir dan mendengar singgungan-singgungan yang kadang-kadang menusuk hati itu. Ada pimpinan PAS Pusat yang tidak hadir, mungkin uzur.


Janji Presiden untuk mengambil tindakan berkesan ke atas resolusi seminar, mudah-mudahan mampu mengembalikan keyakinan penyokong dan pengundi kepada PAS. Masyarakat menunggu dan memerhati kita.

Namun saya pulang dengan sedikit rasa ralat. Aziz Bari bukan segala-galanya, tetapi apabila dia disinggung dengan keras sepanjang seminar itu oleh sebahagian peserta, dia mungkin agak kecewa.
Katanya, dia tidak akan menulis lagi mengenai PAS mulai Isnin ini tetapi akan menulis pula mengenai MCA. Kita lihat pula apa respon orang-orang MCA terhadap Aziz Bari selepas ini.

Sekeras sebahagian orang PAS atau tidak.

10 comments:

  1. Adakah komen 1 sampai 6 itu komen drp Ust Zolkarnain Abidin,Exco Dewan Ulama PAS Pusat?

    ReplyDelete
  2. ya saya juga berpandangan yang sama walau hanya mendengar dan menonton dari luar..paling terkejut dgn apa yang keluar dari Ustaz Abu Bakar Chik..maka saya kira kalau orang mula ada persepsi buruk terhadapnya sudah tidak boleh dielakkan dan org sudah mungkin mempercayainya..sayang sekali..kerana tertonjol dengan jelas..memang jelas nampak kekecewaan di pihak prof aziz dan juga mungkin 'terkejutnya' prof Abu Hassan dengan sikap orang yang bertanya..jawapannya adalah satu sindiran yg tajam....memang sedih melihat dan mendengar...saya juga sedih dgn ungkapan2 bahawa dia adalah org luar, mengapa perlu kesah dengan orang luar..kalau saya tidak salah mendengarnya lah..dan tidak salah tafsirannya...

    ReplyDelete
  3. Pertama, perlu ker untuk marah marah seperti itu?

    Kedua, maksum ker Presiden?

    Ketiga, jika sanggahan terhadap Prof Aziz Bari itu dilakukan atas alasan mahu membela Presiden kerana Presiden seorang ulama, bagaimana pula kecaman dan penghinaan berbulan bulan pihak musuh yang nyata dan pihak musuh dalam selimut ke atas TG Hj Nik Aziz?

    Bukankah beliau juga seorang ulama?

    Atau, adakah pada kelompok kelompok itu, TG Hj Nik Aziz itu bukan seorang ulama?

    Orang itu mungkin lupa bahawa ulama pun belum tentu ke syurga dan ada kemungkinan untuk ke neraka.

    Tak tahulah pula jika ulama ulama Universiti Baghdad lupa untuk tarbiyyah beliau dalam bab "ulama pun boleh dihumban ke neraka".

    Lu fikirlah sendiri.....UG yang menghancurkan.

    ReplyDelete
  4. Bukan soal orang yang menegur itu orang dalam atau orang luar, soalnya teguran beliau itu relevan atau tidak.

    Soalnya, teguran itu ada asas ataupun tidak. Soalnya, teguran itu logik ataupun tidak. Soalnya, teguran itu ada benarnya ataupun tidak.

    Soalnya, pemimpin PAS boleh menerima teguran ataupun tidak.

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan Blogger.

    BILA DR AZIZ BARI MENEGUR DAN MENGKRITIK 'KRISIS PERLEMBAGAAN' YANG DILAKUKAN OLEH UMNO DI PERAK, MAKA SEMUA PEMIMPIN2 DAN AHLI2 PAS BERSETUJU DENGAN HUJAH BELIAU.

    TETAPI, BILA DR AZIZ BARI MENEGUR PEMIMPIN2 PAS KENAPA MEREKA TAK BOLEH TERIMA HAKIKAT SEPERTI ABC???

    SEBAB KENA KAT BATANG HIDUNG SENDIRI???

    KALAU KENA KAT ORANG LAIN TAK APA ASAL JANGAN KRITIK KEPIMPINAN PAS???

    KALAU TAK BOLEH DIKRITIK ATAU DITEGUR PERGI DUDUK DALAM HUTAN LAGI BAGUS!!!

    ReplyDelete
  6. Wa setuju dengan pemburu syahid. Memang dalam dunia ni manusia ada pelbagai jenis dan ragam... tak kira le ulamak ke, profesional ke atau kakitangan kerajaan ke. Yang hakikatnya bukan semua orang boleh terima kritikan. Tu le sebabnya dari zaman berzaman isu golongan ulamak pembaharuan dan ulamak ortodok sentiasa diperkatakan. Mungkin benar juga kata kawan saya "semakin tinggi ilmu dan iman seseorang, semakin besar (general) Iblis yang menggodanya." Wallahualam.

    ReplyDelete
  7. Ramai di kalangan kita selalu mengulang sebut maksud hadith - ULAMA ITU PEWARIS NABI.

    Sedarkah kita ada hadith yang menyebutkan (maksudnya) - .......Ulama yang hidup pada waktu itu adalah seburuk buruk manusia yang hidup di bawah nanungan langit dan daripada ulama ulama inilah akan timbulnya fitnah dan fitnah fitnah itu akan kembali kepada mereka.

    Ilmu nih luas. Tuntutlah ilmu dan jangan sentiasa berasa cukup dengan ilmu yang ada di dada.

    Jika zaman Rasulullah saw sendiri adanya Abdullah ibn Ubay, apatah lagi di zaman kita ini.

    Bukan soal ada kelulusan ataupun tidak. Bukan soal lulusan Timur Tengah ataupun Barat. Bukan soal pernah dilokap ataupun tidak. Bukan soal pernah dipenjara ataupun tidak.

    Soalnya, ilmu yang ada itu diamalkan ataupun tidak. Atau, ilmu itu hanya sekadar diceramahkan dan disyarahkan sahaja.

    Tepuk dada tanya iman. Lepas tu, lu fikirlah sendiri.....

    ReplyDelete