Sunday, November 22, 2009

HUSAM LETAK JAWATAN - LAPORAN UNTUK TARIK SIMPATI - LAPORAN KEBETULAN - ATAU LAPORAN PLAN TERANCANG - ATAU LAPORAN PALSU



Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz sebaliknya memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Abdul Ariffahmi yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan menantu Nik Abdul Aziz.

Namun Pas Kelantan melalui Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Zaki Ibrahim berkata, perkara itu hanya khabar angin dan mereka tidak mahu mencampuri isu yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena dengan politik.

Sumber memberitahu, hasrat Husam untuk berundur telah dikemukakannya kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan pada pertemuan empat mata Selasa lalu.

"Husam bertemu dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat atau menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku dalam PMBK dan penjelasan itu diterima, tetapi hasratnya untuk meletakkan jawatan ditolak.

"Nik Abdul Aziz telah mengumumkan Husam cuti selama lima hari bermula hari ini pada mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di kediaman rasminya, JKR 10 pagi tadi. Beliau (Husam) tidak hadir pada mesyuarat ini," kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, sebuah portal berita melaporkan Husam mendakwa wujud konspirasi untuk menyingkirkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri dengan mencetuskan perbalahan di antara beliau dengan Nik Abdul Aziz.

Malah khabar angin menyatakan bahawa Mursyidul Am Pas itu sedang menimbangkan untuk menggugurkan Husam daripada barisan Exco Kelantan ekoran isu pemecatan Syed Azidi Syed Abdul Aziz sebagai Pengarah Perhubungan Korporat PMBK minggu lalu.

Syed Azidi yang lebih dikenali dengan laman blognya Kickdefella, pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.

Sumber itu berkata, dalam tempoh cuti tersebut, Husam juga akan menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

"Husam sebelum ini beberapa kali menyatakan kesediaannya untuk berundur sekiranya beliau menjadi liabiliti kepada parti.

"Tetapi khidmat beliau masih diperlukan dalam membantu Nik Abdul Aziz mentadbir negeri ini," katanya.

Sementara itu, Mohd. Zaki menafikan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai khabar angin.

Katanya, Pas Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena soal politik.

"Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini).

"Kita tidak pernah membincangkan soal ini, sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar," katanya.- Utusan Online

13 comments:

  1. Salam PS...ai nampak gayanyo PS kita pun ceduk dari utusan?..kata 'saynotomunafiqeen'. Selama ni label ni ditujukan kepada puak2 'nun' saja. Kalau pasal husam 'yestomunafiqeen' pulak..ni kata2 dari TGNA yang lama lebih mengenali Husam dari saudara PS..kalau tak nak siar biar saya paste dari harakah...

    Kata tok Guru:
    “Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.

    “Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam.

    Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing.

    Tetapi, sambungnya portfolio kewangan yang dipegang oleh Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya.

    “Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit.

    "Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi.

    Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah.

    Sambungnya, sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga.

    “Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan.

    “Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita.

    Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana.

    “Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi.

    p/s: jadi PS nak ulas macam mana kalau TGNA cakap macamni?..takkan setakat makan nasi kukus bersama tu dah kira ok?..kalau banding saudara dengan husam sapa yang lebih banyak makan skali dengan tok guru?...ha jawab...jawab...jgn jadi munafiq kita nanti..

    ReplyDelete
  2. Ko nih sempit sgtlah john. Dulu, warna sebenar belum kelihatan.

    Macam anak ayam warna kuning. Tak semestinya bila besar jadi ayam warna putih walaupun tidak hitam. Biasanya jadi warna "kusam".

    ReplyDelete
  3. Tok Guru tak ckp pun tentang husam dulu ataupun husam sekarang. Tok Guru menilai dia dari dulu sampai sekarang. Siapa yang lebih berhak menilai dia? saudara ataupun Tok Guru?
    Saudara mungkin tidak kisah tentang jasa husam terhadap rakyat kelantan kerana saudara bukanlah rakyat kelantan.
    Permasalahan yang menimpa kerajaan kelantan dan juga PAS sekarang adakah disebabkan oleh ariffahmi ataupun husam? Saya tidak pasti apakah perjuangan sebenar saudara, untuk PAS ataupun ariffahmi?walhal ariffahmi tidak memainkan peranan penting dalam PAS dan blh dikatakan tiada kena mengena dgn PAS.

    ReplyDelete
  4. Siapa yang sempit?..setakat muncul 2,3 hari berblog nak buat kesimpulan yang dah 18 tahun?.. come on la PS tak guna berprasangka buruk...betul la apa yang pengomen lain beritahu nntah2 saudara PS ni upahan seseorang..jangan gunakan perumpamaan yang bukan2 kalau kita gagal memberi fakta. Mungkin ada yang tok guru puji husam tapi saudara saja tak nak bagi tahu...tak pun apa yang tok guru cakap lain pula saudara cakap..alih2 keluar kening dengan hidung sedara yang tak mancung bangga kononnya dapat makan sekali dengan tok guru..ana musykil le 'itu kamu'(lagu kumpulan Estraged)..tak berani la pulak nak tunjuk muka..baik MSO terang2 lagi siap gambar lagi.....tak pe jgn marah PS teruskan berblog, ana nak tengok kesudahan..kalau salah ana kalah..kalau betul anta kena bersihkan diri dan 'tuan' anda.

    ReplyDelete
  5. Sudah2 lah tu PS, TGNA pun tak komen sgt lg tntg isu nih, anta plak yg komen dan jatuhkan hukuman lbh2. Nampak mcm ada dendam plak pd Husam. Lebih baik jgn komen apa2 dulu. Anta ckp anta sgt hormati TGNA. Tapi skrng anta seolah2 menghukum Husam melebihi TGNA. TGNA pun tak komen buruk2 tntg Husam di Harakah hr ni. TGNA masih nak jaga maruah Husam, jadi anta pun slow la dulu jgn nampak mcm gopoh sgt nak hukum Husam. Anta blh ckp anta tahu cerita sbnr sbb berada di Kelantan dulu, tapi TGNA pun tahu juga cerita sbnr dan masih jaga percakapan dan komen kepada Husam......Sabar2 dulu yer...........

    ReplyDelete
  6. dulu lain sekarang lain.janganlah nak banding masa.dulu pas lemah,jemaah pun satu hati.masa pas lemah takdak pun orang nak jadi YDP,calon pas dan jawatan dalam parti.semuanya tolak alasan banyak kerja.bila dah menang besar,jadi lainlah pulak.berebut nak jawatan presiden,timbalan dan sampai ajk kampung.kononnya bila pas menang pru13 nanti ada peluang nak jadi menteri.mb dan ahli majlis tempatan.aku pelik tengok pas sekarang dah jadi umno plak.adat dalam jemaah dlm parti dilupakan dan tuduh menuduh sesama sendiri dah jadi lumrah.kroni dan berpuak dalam parti pas semakin berkembang dengan cepat sekali.

    ReplyDelete
  7. Dah lama perhati blog nie.... mcm ader tak kena.... Kau ni bukan org PAS kan?

    Takutlah kat tuhan....

    rakyat kelate

    ReplyDelete
  8. Nickname : pemburu syahid
    TagLine :Say No To Munafiqeen
    satu nama yg hebat... tapi nak shahid kat mana tu setakat makan nasi kukus dgn tok guru ???
    -budak.2 sek. pasti pun ketawa....
    dah lari tajuk. apa yg tok guru arah suruh perjuangkan wang royalti kpd rakyat kelantan.laian pulak yg d ulas.ni dah kira munafik ni. kan x pasal.2 jadi pendusta syahid ???
    p/s. ajarlah sama macam mana nak bodek kot bole nasi kukus juga

    ReplyDelete
  9. Blog ni mcm2 ader....

    UTUSAN
    MSO
    UG
    UMNO
    PMBK

    Hebat......

    ReplyDelete
  10. Emmm, sori, this time sy sgt2 bersetj dgn tok guru. Slps tok guru, Husam adlh org yg plg byk berjasa kpda Kelantan. So, bg sy, Husam perlu trs jadi exco sbb dia mmg di hormati di mn2 pn. Ekonomi Kelantan berkembang dgn pesat sbb hasil usaha Husam. Sbb tu tok guru syg kt Husam.

    ReplyDelete
  11. hehehe..

    korang semua tak tahu ke..... ada beberapa blogger yang mengambil maklumat dari satu blog utama yang diupah oleh ariffahmi ..untuk jatuhkan husamm..

    cerita pasal husam letak jawatan ni...yang hebohkan ..bersumber dari ariffahmi dan nazri derahman tu..

    ish ish ish.. come on la brader blogger.. korang semua dari KL.. relaks la..pi la kacau umno sana.. tak payah la jadi tukang perosak di kelantan .. korang tak biasa dok sini..so dok diam diam.. korang tak tahu apa ada dalam kepala tok guru.. korang tak tahu apa ada dalam kepala husam ..korang tak tahu apa ada dalam kepala ariffahmi....

    so ,, kalu betul-betul korang nak bantu kerajaan kelantan ...korang kena study kes ni betul-betul mulakan dari awal ..rajin sikit pi dapat sumber-sumber yang betul ..jumpa sendiri mangsa-mangsa keadaan di PMBK ..jumpa sendiri beberapa orang di Kelantan ...buat kajian kes..kalu paling bagus kan ..korang jumpa SPRM.. then buat kesimpulan.. takat ambik maklumat orang tertuduh mana aci.. memang tak profesional la korang.. pls check betul-betul..

    ReplyDelete
  12. Ulasan org yg hanya mendengar cerita, ulasan org yg hanya membaca, ulasan org yg di medan, ulasan org yg neutral, ulasan org yg berpihak, ulasan org yg takde info tetapi perasan tahu, ulasan org yng dengki, ulasan org yg berfikiran terbuka, ulasan org yg berlapang dada, ulasan org yg berilmu, ulasan org yg jahil dan bongok..........tentulah berbeza.

    ReplyDelete
  13. Aku takut, syahid yang diburu tak kesampaian, mati sesat pulak dijalanan... nauzubillah.... Ada juga manusia yg sanggup memakan daging saudara seIslamnya! masyaAllah... bertaubatlah! Sementara masih ada hayat dan sisa-sisa umur...

    ReplyDelete