Monday, November 23, 2009

HUSAM TIDAK AKAN TINGGALKAN PAS DI TENGAH JALAN



Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa turut menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan dalam kerajaan dan PAS, sambil menyifatkan agenda menamatkan kerjaya politiknya oleh pihak luar “belum berakhir”.

Justeru, Husam menegaskan, beliau sama sekali tidak akan meninggalkan PAS di pertengahan jalan dan “sebagai murid dan ‘budak’ Tok Guru tidak akan mengangkat bendera putih” semata-mata kerana agenda Utusan.

Penafian serupa juga dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi.

Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Kelmarin, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dari kerajaan negeri.

“Mingguan Malaysia sekali lagi ‘memandang tinggi’ pada saya dengan berita provokatif muka depan.

“Beratus SMS, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan telefon sejak awal pagi adalah bukti ‘berita’ yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit,” kata Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan dalam blognya hari ini.

Husam juga menambah, beliau lega dengan penjelasan Nik Aziz yang menafikan laporan media hari ini.

“Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya — Tok Guru Nik Aziz,” ujar Husam.

Dalam tulisannya, Husam juga menjelaskan bahawa beliau kini mengalami sakit belakang dan doktor menasihatkannya agar kurangkan aktiviti.

“Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti.

“Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.

“Saya maklumkan pada bos saya (Nik Aziz). Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain,” katanya.

Husam mengakui telah mengadakan pertemuan Nik Aziz pada Khamis lalu, yang meminta agar beliau tidak menangguhkan rawatan.

“Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis. Apa kena-mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?

“Letak semua pulak tu?” soal beliau.

Bagi memperkukuhkan hujahnya, Husam yang tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Jun lalu menjelaskan: “Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama?”

“Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?” tambah Husam dalam tulisannya. - THEMALAYSIANINSIDER

19 comments:

  1. kick cakap dia sms husam dlm blog dia,menawarkn diri utk jaga husam tp husam x reply..aku rasa husam pn da xnk ko kick..kesian..

    ReplyDelete
  2. Yer ker dia sms Husam? Yer ker dia nak bantu Husam? Yer ker Husam dah tak nak kat kick?

    Siasat dulu perkhabaran perkhabaran itu...takut takut maklumat sumber "fasiq" jer.

    ReplyDelete
  3. itu yg dia ckp kt blog dia la psl dia sms husam..& dia ckp husam x reply..so kt sni aku xtau la smada husam da fedup dgn kick ke apa ke..wallahua'lam..apa pn aku tetap sokong bro pemburu syahid..teruskn berjuang walau apa mereka ckp..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.
    ...lega bila baca post yang ni.
    Semoga segala fitnah yang melanda, sama-sama kita ambil iktibar.

    ReplyDelete
  5. Hah..berani dah PS paste artikel dari blog husam. malaysian insider pun ambik dari cetusan-hati.blogspot.com (husam punya). tu ambo cakap kalu nok cari tok wakil pas kelantan yang ada blog ni..husam sorang je. tok guru baru lagi..sebab tu ramai yang dengki kat dia tu termasuk dalam tok wakil pas sendiri.

    Yang lain ambo nampak macam malas skit(tak pandai ambil kemudahan it) termasuk exco yang jaga it dikelantan. Tu la PS jangan dok cari tok wakil yang berkopiah saja tapi bab2 kebajikan rakyat ni lemah sikit. Kelantan ni nasib baik sebab memang majotiti rakyat tak suka ke umno..buruk2 wakil rakyat pas pun demo ni undi pas lagi kalau banding dengan umno.

    Kalau PS nak berkhidmat pada kelantan..turun padang sendiri la..jangan ambik berita dari orang tertentu. Ni tinggal kat luar kelantan lepas tu buat huraian macam dok kat kelantan..banyak lagi yang saudara PS kena belajar...

    *ambo suko caro PS sebab bg respon ke pengomen2.

    ReplyDelete
  6. Gini...Hussam tidak akan berpisah dengan Kickdafella walau pun orang kata "berpatah arang berkerat rotan" sekarang, sebab Kick adalah alat Hussam untuk "kick" sesiapa....licin..licik. Nasib baik lawan dia TGNA, kalau orang lain rebah tungging dah. Hussam nak "kick" 2 Nik lagi ... Satu Nik sudah "X" tinggal lagi 2 Nik cuma kena lalu ikut Nik pohon besar di Pulau ...payah weh !!! Banyak skrip lagi... Kalau Nik di Pancor mudah saja sebab Nik ini agak protokol sikit !!! Buka protokol, .... itu "gaya orang tua" kata setengah orang

    ReplyDelete
  7. @ john..
    bukan husam sorang jah wakil rakyat kelate ada blog. siti zailah parlimen rantau panjang pun ada blog jgk. www.sitizailah.blogspot.com
    cuma xglamour jah sebab kaklah pompuan kot. lama dah aku ikuti blog husam dan kaklah. aku suka dua2 org ni sbb berjuang untuk rakyat.
    SOKONG PAS SOKMO, SELAGI PAS PERJUANGKAN ISLAM

    ReplyDelete
  8. PS, knp ko siarkan pc TGNA. TGNA tak der masalah dgn husam pun. hanya ko jer yg benci amat sgt kat husam sedangka TGNA suka & sayangkan kat husam. Ko nak lawan TGNA ker??
    ke persepsi ko yg terbabas??? silap haribulan, ko plak yg kena buru beb. ingat, ko jgn jadi mcm MSO plak.

    DX

    ReplyDelete
  9. TGNA telah arah Ariffahmi meletak jawatan CEO betul apa kata kick, dah tu apa kata Pemburu syahid?

    ReplyDelete
  10. betul ker Ariffahmi meletak jawatan CEO ?
    jika benar, Alhamdulillah..
    mudah-mudahan kurang sedikit masalah.
    buang yang keruh, ambil yang jernih..!

    Pemburu Sahid,
    betul ker laporan Husam letak jawatan utk menarik simpati?
    sila kemukakan bukti, jgn sedap menulis jer..
    mana sumber yg mengatakan Husam letak jawatan?

    nanti lain yg diburu, lain pulak yg dapat!

    rajin jugak hang ambil rujukan dari utusan yer..sumber yg terbaik ker?!

    ReplyDelete
  11. akhirnya ariffahmi dinasihati meletak jawatan oleh Tok Guru Nik Aziz sendiri. Elok benar la tu, demi kerajaan kelantan dan juga PAS amatlah wajar tindakan tersebut dilakukan kerana semua kekalutan yang berlaku terhadap kerajaan negeri kelantan dan juga PAS adalah disebabkan oleh dia.

    ReplyDelete
  12. nape husam tergamak bagi kata dua pada tok guru?

    na[e dia ugut tok guru macam ditulis kat nst?

    dia boleh jumpa n nasihat tok guru. last2 hadi awang n harun din gak yang nasihat

    puak2 erdogan langusng takleh pakai

    ReplyDelete
  13. pembetulan:
    kekalutan yang berlaku sekarang. :)

    ReplyDelete
  14. masalah takkan selesai dengan perletkan jawatan arif

    MASALAH HANYA AKAN SELESAI BILA KICKDFELAA TUTUP MULUT!
    sebab dia yang mulakan perang

    arif mmg anak jantan. kalau kickdfela msih nak bising sah dia anak betina

    ReplyDelete
  15. Salam PS

    Menantu Nik Aziz letak jawatan
    Nov 23, 09 3:17pm
    Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
    Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

    Beliau, yang juga seorang exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.


    Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.

    Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.

    Sementara itu, menurut media rasmi PAS, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar ingin "menasihati" menantunya agar melepaskan jawatan tersebut.

    Persetujuan itu dilaporkan diumumkan Nik Abdul Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS di kediaman rasmi menteri besar 10 pagi tadi.

    Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din, Naib Presidennya Salahuddin Ayub dan Bendahari Agung Dr Hatta Ramli, laor Harakahdaily.net.

    "Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Abdul Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan," laporan akhbar web itu dipetik.

    -jadi ambo harap lepas ni..samo2 lah kito menaikkan semula imej tok guru kito dari anasir2 yang cuba meruntuhkankannya...TAKBIR!

    ReplyDelete
  16. Ini baru dari "media rasmi PAS"

    Bila Ariffahmi sudah tiada di PMBK, mungkin keadaan kembali reda. Jika PS dan Ariffahmi benar belaka, maka tiada perubahan yg berlaku selepas ini. Jika terdapat banyak perubahan atau rombakan atau pembetulan kesilapan-kesilapan di PMBK, maka sahlah PS telah termakan maklumat yg tidak benar dari Ariffahmi selama ini.

    Apapun aku respek pada PS sebab tidak moderate komen-komen di sini dan rajin membaca dan menjawab komen-komen walau macamana hampas sekalipun.

    - Tidak Bernama

    ReplyDelete
  17. Ko nak berenti dari projek langgar husam ke?

    ReplyDelete
  18. Husam sakit belakang tu sebab banyok main golf ke??? Maklumlah, exco kanan, mesti banyok projek nak masuk....

    ke terkena virus anwar al-juburi jugok...

    tuan punyo tubuh laa jawab deh...ke guano???

    ReplyDelete