Thursday, November 19, 2009

KEBENARAN MUNCUL JUA AKHIRNYA



Setakat hampir waktu Maghrib tadi, kemelut yang melanda bumi Darul Naim telah 95% selesai. Kebenaran sudah mendapat haknya dan kebatilan telah lenyap.


Tidak perlulah lagi untuk kita semua menunggu hujah seterusnya daripada mana mana pihak kerana tiada guna berhujah jika hanya mahu menegakkan benang yang basah.

Alhamdulillah, Allah swt yang Maha Adil itu telah mendengar dan melayani keluhan hamba-Nya yang dizalimi dan difitnah. Kerajaan Kelantan tetap utuh walaupun lebih dua minggu dimamah anai anai.

Terbuktilah sudah pembohongan dan fitnah yang dihamburkan itu sudah lenyap bersama sama dengan si pembohongnya sekali. Allah swt telah memberikan jawapan "tunai" kepada semua fitnah dan tuduhan liar tersebut pada hari ini.

Alhamdulillah, berkat kesungguhan perjuangan teman yang sanggup berkampung di Kelantan dan berkat doa teman teman yang tidak mempunyai ruang untuk datang ke Kelantan, maka kemelut ini akhirnya sampai juga ke penghujung (setakat ini).

Akhirnya, terkantoi juga penabur fitnah itu. Beliau terbelit dengan permainan ciptaannya sendiri. Kemunafiqan beliau sudah membusuk dan bau busuk itu sudah menerawang ke seluruh pelusuk maya.

Secara tidak langsung juga, terserlahlah juga wajah wajah bapa munafiq yang selama ini berselindung di sebalik kalimah kalimah indah "demi kepentingan jemaah" dan "Tok Guru nak".

Jadi jadilah bermuka muka kerana anda tidak akan diberi muka lagi oleh Tok Guru kerana air mata anda yang mengalir beberapa hari lepas sudah disahkan sebagai air mata buaya dan tidak sama dengan air mata Tok Guru yang mengalir pada Jumaat 13 Nov yang lalu.

Untuk makluman semua, setelah diselidiki oleh beberapa teman yang agak terkehadapan dalam soal IT, pihak kami mendapati sebahagian besar komen di blog kickdeHusam adalah dikirim oleh beliau sendiri dengan berselindung di sebalik pelbagai ID dan nick.

Begitu juga komen komen yang berselindung di sebalik ANON yang muncul begitu kerap sekali dan begitu "ramai" sekali sejak kemelut ini diwujudkan oleh kickdeHusam.

Kenapa sehingga ke tahap itu? Wallahu a'lam. Hanya beliau dan Allah swt sahaja yang tahu sebab dan puncanya.

Walaupun terasa pedih dan pijar akibat penangan kemelut ini, kami tetap bersyukur kerana akhirnya fitnah dan adu domba itu lenyap kerana kejahilan yang mahu dipaksa menjadi realiti.

Dan, kami juga bersyukur kerana dengan tercetusnya kemelut ini, sekurang kurangnya, kita tahu siapa kawan dan siapa lawan di Kelantan.

Buat teman teman yang "terkhilaf" dan "tersalah arah" serta "terkeliru', jadikanlah semua ini sebagai i'tibar dan marilah kita rapatkan kembali rekahan rekahan yang terhasil supaya rekahan rekahan itu tidak menjadi jurang yang akan memisahkan kita.

Contohnya, rekahan yang terhasil di antara saya dan Cikgu alhusseyn. Walaupun saya meyakini saya tidak bersalah tetapi oleh kerana saya muda berbanding beliau, maka saya dengan penuh rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada beliau di atas keterlanjuran jari jemari saya ketika menaip.

Cikgu, maafkan saya.

Seterusnya, kami di sini sedikit pun tidak "berasa hati" dengan caci maki yang kami terima kerana kami tahu "pengaruh" kickdeHusam jauh lebih hebat berbanding kami.

Maklumlah, beliau punya nama yang "gah" dan kami hanyalah nyamuk. Namun, nyamuklah yang menjahanamkan Namrud.

InsyaAllah, caci maki itu tidak menjadi kudis pun buat kami di sini. Pada kami, kita tetap seakidah walaupun "mazhab" lain lain.

Kepada pimpinan di Kelantan, hati hati dengan pembantu yang anda pilih untuk berada di sisi anda supaya tragedi sebegini tidak berulang.

Selidiki dulu latarbelakang calon calon pembantu anda sama ada fikrahnya Islam ataupun hidup tanpa hala tuju yang jelas. Cukuplah. Pastikan hati dan perasaan Tok Guru tidak luka lagi.

Seterusnya, janganlah menelusuri jalan jalan yang dilalui oleh pemimpin UMNO. Jadilah pemimpin yang benar benar berjiwa rakyat dan bukannya pemimpin yang berkain pelikat tetapi berjiwa kerabat.

Jangan sesekali mengambil apa yang bukan milik anda dan jangan sesekali memilik andakan hak rakyat.

Kepedihan hati kami akibat dimakihamun dan diugut sedikit sebanyak terubat apabila sudah terukir riak riak senyuman di wajah Tok Guru pagi tadi.

Selain bertujuan menyelamatkan jemaah ini daripada anai anai, senyuman di wajah Tok Guru itulah yang mahu kami kembalikan dan syukur kerana senyuman itu kembali menguntum.

Cuma, pastikan kuntum kuntum senyuman itu berkembang mekar mewangi dan janganlah kita bantutkan kuntum kuntum senyuman di wajah Tok Guru itu sebagai kembang tak jadi.

Jika kita sayangkan PAS, Tok Guru lebih sayangkan PAS berbanding kita. Jika kita banyak berkorban untuk perjuangan ini, Tok Guru jauh lebih banyak pengorbanannya berbanding kita. Siapalah kita untuk mempertikai dan mempersoalkan Tok Guru.

Betul, Tok Guru tidak ma'sum. Betul, Tok Guru manusia biasa yang punya kelamahan. Namun, siapa kita? Sekali lagi, siapa kita? Layakkah kita yang jarang jarang cermin diri ini untuk mencermin diri dan peribadi Tok Guru.

Berdoalah semoga Allah swt memelihara Tok Guru daripada fitnah jahat syaitan manusia supaya Tok Guru terus menerus membimbing kita.

Genggaman tangan Tok Guru tidak lagi sekuat dulu. Langkahnya tidak lagi segagah dulu. Suaranya tidak lagi senyaring dulu. Yang masih kuat hanyalah minda dan pemikirannya. Yang masih gagah adalah semangat jihadnya.

Hargailah Tok Guru selagi mana beliau bersama kita. Jika tidak, kita akan merindui beliau sepanjang hayat kita.

Ya Allah, berkatilah ibubapa kami. Berkatilah Tok Guru yang kami kasihi ini. Berkatilah perjuangan kami. Kumpulkanlah kami di dalam syurga-Mu. Ameen.

25 comments:

  1. Masalah selesai bila Tok Guru menolak tajaan haji. Tetapi orang yg mempelawa dan penasihat2 Tok Guru harus di hukum oleh kerana memberi input yang salah dengan penerimaan tajaan tersebut. Jangan sampai pisang berbuah dua kali. Kami tidak sanggup lagi melihat Tok Guru di pandang serong sebegini.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah. Tragedi ini akan menjadi i'tibar kepada semua pihak.

    ReplyDelete
  3. Betul ke ni akh??.. masya-Allah..!

    ReplyDelete
  4. SYUKUR KE HADRAT ILAHI....YANG BAIK JADI TELADAN YANG BURUK JADI INGATAN.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..syukur, hope takde lg internal affair yg xspatutnye kuar kt public didedahkan oleh kickdemnfella..spatutnye klu die sayangkan perjuangan, segala isu dalaman perlu diselesaikan dengan cara berhikmah, bukan main serang tak tentu hala.. sekiranya ade ketirisan atau tidak betul dalam sesuatu organisasi perlu dirujuk kepada saluran yang betul, bukan main serang je..ikut saluran yang betul, insyaAllah, semua masalah akan dapat diselesaikan..mari sama2 kita muhasabah..akhir sekali, tahniah kepada tuan tanah yang berusaha menegakkan kebenaran..bukan nk sokong atau bangkang sesiape, mungkin sesetangah perkara yang berlaku ade hikmahnya, Allah maha adil..
    well done PEMBURU SYAHID..

    abdul aziz nik

    ReplyDelete
  6. Islam akan gemilang jika "camp camp" yg ada sekarang nih dapat dikuburkan.

    Sepatutnya hanya ada satu camp jer iaitu camp Islam.

    ReplyDelete
  7. Saya sangat setuju dgn pemburu syahid sepatutnya hanya ada satu kem iaitu kem Islam.

    Tapi saya rasa agak sukar untuk jadi realiti.Kerana manusia di hiasi dengan pelbagai keinginan nafsu.

    http://ijoks2009.blogspot.com/2009/11/rumah-kedua-termahal-di-otawakanada.html

    ReplyDelete
  8. anggaplah ini sebagai satu lagi ujian Allah, ujian yang ingin menguji setakat mana kesetiaan kita kepada perjuangan untuk membangun bersama Islam. mmg tidak dinafikan yang jalan yang kita pilih kadang kala tersimpang sedikit akibat drp kecetekan ilmu yang ada pada diri kita. yang pastinya Allah itu Maha Agung, Maha Pengampun. jadi sama-samalah kita sentiasa memohon hidayahNya agar jalan yang kita pilih sentiasa diberkatinya. bagi mereka yang terpalit secara langsung atau tidak, jadikanlah ini satu pengajaran yang amat bermakna agar kita lebih tabah mengharungi perjuangan kita. kepada semua yang teguh mendokong perjuangan ini, ingatlah bahawa segala pegorbanan kita amat mulia disisiNya demi menegakkan Islam didalam apa jua bidang yang kita ceburi. namun begitu, kepada mereka yang khianat dalam perjuangan ini, insaflah bahawa pintu taubat masih lagi terbuka selagi kita tidak lagi dipanggil olehNya....

    ReplyDelete
  9. apa pengajarn yg husam dapat dari insiden ni?

    klau takde, kita cuma menanti perang dunia yng tunggu msa je meletup

    saya sudah hilang respek pada husam. dia patutnya tampil bersama tok guru jernihkan keadaan

    samapi skrg dia lenyap. adakah kita patut lenyapkan dia terus dari jawatannya sekarang?

    ReplyDelete
  10. Lenyapkan Husam? Tahniah. Satu idea yang perlu dipertimbangkan dan diperhalusi dengan penuh hikmah.

    Yang mana lebih sesuai di antara "lenyapkan" dengan "pulihkan"?

    Yang mana lebih sesuai di antara "lenyapkan" dengan "rehatkan"?

    Ingat. Tarik rambut dalam tepung. Rambut jangan terputus. Tepung jangan berselerak.

    ReplyDelete
  11. Cari Lubang Yg Betul......

    Jgn fitnah....


    http://perisik-rakyat.com/2009/11/krisis-pmbk-cari-lubang-yang-betul.html

    ReplyDelete
  12. Masalah sudah selesai. Jangan bangkitkan isu baru.

    Skrg adalah masa untuk merapatkan saf dan bukannya masa untuk terus mencarik carikkan saf yang tersisa.

    ReplyDelete
  13. ye ke sedara masalah dah selesai?..kiickdefella kata dah selagi Ariffami tak turun..perjuangan tak akan berakhir. kita tengok le macammana nanti. satu2 langkah terbaik selepas ini Arif tu kena letak jawatan. Cari peluang kat lain le, jangan dok menongkat dagu tuan guru..apa orang lain kata?.. kalau dia baik orang tak kata pulak?...

    ReplyDelete
  14. salam,

    "Untuk makluman semua, setelah diselidiki oleh beberapa teman yang agak terkehadapan dalam soal IT, pihak kami mendapati sebahagian besar komen di blog kickdeHusam adalah dikirim oleh beliau sendiri dengan berselindung di sebalik pelbagai ID dan nick"

    alangkah baiknya jika saudara dapat menunjukkan bukti bagi apa yang saudara nyatakan di atas (bagaimana teman2 IT saudara mengesan penipuan komen itu), supaya pembaca dapat meyakini tanpa sebarang keraguan akan kejahatan blogger tersebut.

    jika saudara tunjukkan bukti, ia akan menjadi peluru paling dahsyat dalam peperangan ini. saudara jangan lepaskan peluang ini.

    wslm.
    mp

    ReplyDelete
  15. bukan maksud saya hendak kata saudara tak betul atau betul.

    tapi saudara banyak buat andaian dan tulisan saudara tidak ada bukti.

    kenapa saudara kata kita tidak perlu hujah,itu tak betul.

    saya tidak kenal semua yg terlibat,saya cuma ahli pas biasa yg tinggal di selangor tapi saya membaca semua.

    yg nyata semua kata dia betul.semua kata sayangkan tok guru dan pas

    so?

    ReplyDelete
  16. Kalau Ariffahmi letak jawatan dan kerja tempat lain, tuan tanah ni akan betul-betul syahid la. Syoru pun miss la..

    ReplyDelete
  17. Allah Maha Mengetahui.

    Wallahi, watallahi, wabillahi.....takde sesaper pun byr ana.

    ANON 11:57.....ana serahkan fitnah anta kpd Allah swt.

    ReplyDelete
  18. -Sekurang-kurangnye sheik kdf berani jugak dedahkan identiti..dari pemburu syahid ni yang gah pada nama tapi tak de biodata diri! tgk blog syeikh kdf siap ada latar belakang lagi. kalau yang kdf sebut tu fitnah semata2 sekurang2nya dia berani untuk dipertanggungjawabkan..dan arifahmi boleh menyamannya..Kalau banding dari segi kebolehpercayaan blog, blog kdf lebih telus..jadi siapa yang nak jadi munafiq? sanggup membiarkan ketidakaadilan dari terus berleluasa?...'say no to those who coward just hiding behind the beautiful name!'

    ReplyDelete
  19. john.....tak kisahlah dengan apa sahaja yang u nak komen. Itu hak u. Asalkan u bahagia dan asalkan kerajaan Kelantan berjaya diselamatkan.

    ReplyDelete
  20. Kerajaan Kelantan bakal lingkup kalau org mcm AFF dibela..... Mcmana org mcm ni boleh ader dlm PAS.... Baik dia masuk UMNO jer.....

    ReplyDelete
  21. ANON ANON yang muncul mcm cendawan lepas hujan nih masih tak reti bahasa rupanya.

    ReplyDelete
  22. adakah anon anon yang muncul kat sini sebenarnya kickdefella yang menyamar hantar komen jugak?? kan tuan blog ada teman yang boleh kesan penyamaran id

    ReplyDelete
  23. Menyamar tak menyamar..itu satu soal yang lain.

    Blogspot mana boleh kesan IP. Wordpress jer boleh.

    Sebab tu kita dapat tahu komen komen di blog kickdefella tu kebanyakannya ditulis oleh beliau sendiri kerana walaupun NICKnya tak sama tetapi IPnya sama.

    ReplyDelete
  24. aku pun nak komen jugak...kenapa tiba2 pulak syed azidi serang yb nik amar?mungkin ada orang yang menyuruhnya sapa lagi kalau bukan bos nya...ada orang bagitahu aku,si bos kick ni pernah berkata kat nik amar bunyinya begini:taraf nik amar tak layak bertanding naib peresiden(merujuk muktamar pada muktamar pada tahun ini menyaksikan husam tersemban di lebuhraya)

    ReplyDelete