Wednesday, November 11, 2009

KERJA JAHAT MENJATUHKAN TG HJ NIK AZIZ MENERUSI PELURU YANG DIHALAKAN KE ARAH CEO PMBK



KICKDEFELLA dibawa masuk ke PMBK oleh Exco terbabit pada tarikh 3 April 2007 manakala Ir Arifahmi pula dilantik menjadi CEO PMBK baru tidak sampai 3 bulan iaitu sekitar bulan Syawal lalu.

Sepanjang tempoh 3 April 2007 sehinggalah tarikh pemecatannya semalam (10 Vovember 2009), KICKDEFELLA hanya muncul 3 atau 4 kali setahun di pejabat PMBK. Itupun bukan masuk ke pejabat tetapi sekadar tunjuk muka sahaja. Habis sangat pun untuk hantar surat atau ambil surat sahaja. Ataupun untuk berjumpa dengan CEO PMBK sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Bilik yang diperuntukkan kepada KICKDEFELLA di PMBK langsung tidak pernah beliau sentuh dan akhirnya bilik itu diberikan kepada pegawai yang lain oleh PMBK. Beliau tidak kisah pun !!!!

Apabila pemecatan ini berlaku ramai yang terkejut dan memaklumkan bahawa mereka tidak tahu pun KICKDEFELLA sebenarnya berkhidmat dengan PMBK dan gajinya dibayar oleh PMBK. Termasuk Exco Exco kerajaan negeri Kelantan sendiri.

Umum menganggap gaji KICKDEFELLA dibayar oleh Exco terbabit dan berkhidmat untuk Exco terbabit. Beliau sentiasa berada di pejabat Exco terbabit dan di rumahnya sendiri berbanding menunaikan amanah di PMBK.

Mana mana syarikat pun akan memecat beliau jika begitulah cara beliau bekerja. Jadi, tidak timbul soal beliau dizalimi atau dianiayai oleh sesiapa.

Mengenai tuduhan pihak tertentu bahawa Ir Arifahmi mempunyai "rekod buruk" berkaitan mutu kerjanya, persoalannya, kenapa setelah KICKDEFELLA dipecat, barulah hal ini dihebohkan?

Kenapa tidak diwar warkan sejak dulu lagi? Kenapa setelah pemecatan KICKDEFELLA berlaku?

Berbalik kepada persoalan KICKDEFELLA dizalimi dan dianiayai. Sepanjang tempoh sebelum Ir Arifahmi dibawa masuk ke PMBK, setiap kali bermesyuarat perihal tanah ataupun projek, akan ada suara suara yang akan "menyambar" tanah atau projek itu atas nama TG Hj Nik Aziz sedangkan TG Hj Nik Aziz tak tahu apa apa pun. Ayat "Tok Guru nak" itu sering berkumandang di dalam mesyuarat PMBK.

Waktu itu, siapa yang berani bertanyakan kepada TG Hj Nik Aziz tentang benarkah tanah ataupun projek itu beliau nak? Takde. Kecuali Exco itu sahaja.

Apabila Ir Arifahmi dibawa masuk ke PMBK, amalan menyalahgunakan nama TG Hj Nik Aziz ini tidak lagi berlaku kerana Ir Arifahmi akan bertanya sendiri kepada TG Hj Nik Aziz jika ayat "Tok Guru nak" ini berkumandang di dalam mesyuarat.

Sekali lagi kita berbalik kepada persoalan asal, adalah KICKDEFELLA dizalimi dan dianiayai oleh sesiapa sehinggakan beliau dipecat oleh PMBK? Jawapannya, TIDAK.

Persoalan tersebut timbul akibat rasa kurang senang Exco terbabit apabila cengkaman beliau ke atas PMBK menjadi longgar apabila Ir Arifahmi dibawa masuk ke PMBK dan segala "kerja jahat" beliau didedahkan satu persatu kepada pengurusan PMBK dan Menteri Besar Kelantan.

Jadi, persoalan ini ditimbulkan bagi mengubah isu daripada isu "tangan tangan jahat di PMBK" menjadi isu "tangan tangan jahat Ir Arifahmi". Kenapa ini berlaku? Pastinya kerana Exco terbabit mahu mengukuhkan semula cengkamannya ke atas PMBK dan itu hanya akan berlaku sekiranya Ir Arifahmi berjaya ditendang keluar daripada PMBK.

Jadi, bagi KICKDEFELLA dan Exco terbabit, sama ada cepat atau lambat, Ir Arifahmi "wajib" dijatuhkan. Maka, muncullah laporan demi laporan kepada SPRM supaya kredibiliti Ir Arifahmi terhakis sedikit demi sedikit.

Itu tujuan yang tersurat. Tujuan yang tersirat pula adalah untuk menjatuhkan TG Hj Nik Aziz setelah Exco terbabit mendapat maklumat bahawa nama beliau bukanlah nama yang dipilih oleh TG Hj Nik Aziz bagi mengisi kekosongan kerusi Menteri Besar Kelantan selepas pengunduran TG Hj Nik Aziz.

Bagaimanakah imej TG Hj Nik Aziz boleh dicalarkan? Cukup dengan hanya mencedera parahkan Ir Arifahmi. Memadai dengan menghakis sedikit demi sedikit kewibawaan Ir Arifahmi. Apabila Ir Arifahmi berjaya dipotretkan sebagai seorang CEO yang tidak amanah, maka tentulah pihak yang melantik Ir Arifahmi itu juga secara tidak langsung berjaya dipotretkan sebagai pihak yang mengamalkan kronisme.

Jika ini berlaku, maka berjayalah puak puak serigala lapar ini untuk menguasai PMBK dan seterusnya menguasai Kelantan dengan tersungkurnya TG Hj Nik Aziz.

Benarlah kata kata seorang pimpinan PAS di Kelantan - PAS AKAN JATUH DI KELANTAN APABILA TG HJ NIK AZIZ TIADA. JATUH BUKAN KERANA UMNO MENJADI KUAT TETAPI JATUH KERANA PEREBUTAN KUASA SESAMA PIMPINAN PAS DI KELANTAN.

Yang benar benar kelihatan seperti "gila kuasa" atau gila "kerusi MB Kelantan" hanyalah Exco yang seorang itu sahaja.

Kami akan terus membongkar dan mendedahkan segala galanya jika yang dipecat itu masih mahu mengatakan dirinya dizalimi dan dianiayai oleh PMBK.

Jangan sentuh TG Hj Nik Aziz kerana kami akan berdiri di hadapan beliau selagi mana beliau mentaati Allah swt dan Rasul-Nya.

7 comments:

  1. Takkan Husam kot Exco tu Pemburu Syahid? Setahu ana, dia orang kanan dengan TGNA. Harap-harap bukan Husam walaupun apa-apa boleh jadi. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. Salam sai....

    Ana tak sebut pun nama Exco tu. Anta sendiri yang buat andaian.

    Manusia ada nafsu dan nafsu boleh merosakkan manusia walau setinggi mana pun ilmunya jika ilmu itu tidak diamalkan dan sekadar disyarahkan atau diceramahkan sahaja.

    ReplyDelete
  3. Pemburu Syahid....nampaknya doa ana dulu di makbulkan supaya beliau tidak menang Kerusi Timbalan Presiden.Ana selalu sebut org tidak ikhlas dlm Jamaah sah akan digugurkan oleh Allah. Tunggu dan lihat. Ana tunggu anta ulas kisah kisah di GMC....dedah jgn tak dedah.

    ReplyDelete
  4. Er penawarrindu, kalau nak cakap tentang Timbalan Presiden yang menang tu pun, rasanya banyak gak masalah dia bawa sampai TGNA sndri marah. Timbalan Presiden tu juga yang beriya-iya nak saman blogger yang kononnya tuduh dia jumpa Pak Lah secara senyap. Lepas kantoi, minta maaf pun tak, pastu termalu-malu, tiba-tiba isu wala' pula yang ditimbulkan. Sedangkan TGNA jika buat salah rela minta maaf. So no comment tentang tu hehehe.....

    ReplyDelete
  5. Skrg nih penawarindu...bukan soal yang menang atau yang kalah. Soalnya, yang "berdaki" perlu dicloroxkan.

    ReplyDelete
  6. wei penawar rindu, kalau g2 pas akalah di banyak kerusi tu sbb "org tidak ikhlas dlm Jamaah sah akan digugurkan oleh Allah." tu ker cam kata puok2 umno..per laaa nok wat kesimpulan pungt jgn senang sgt wei, wat malu jerk makan diri sendiri

    ReplyDelete
  7. ANON 11:09...ko faham tak istidraj tu aper? Kemenangan UMNO tu kemenangan istidraj.

    Bila kata bodoh, marah. Kalau tak nak orang kata ko bodoh, jgnlah bagi statement bongok macam tu.

    ReplyDelete