Saturday, November 14, 2009

KETEGANGAN DI KELANTAN AKAN SEDIKIT KENDUR JIKA HUSAM MUSA TAMPIL MEMBERIKAN PENJELASAN



Pertama - Blog ini adalah blog aku. So, apa yang aku tulis adalah "minda" aku dengan merujuk kepada beberapa sumber.

Apa korang nak komen, apa korang nak kata kat aku, nak kata aku hentam Husam ker, aku sokong Ir Arifahmi ker, nak kata aku agent UMNO ker, itu hak korang. Aku tak halang dan semua tu tak jadi kudis pun kat aku.

Ada orang call aku dan marah marah aku kerana katanya aku dapat maklumat daripada sumber yang salah. Katanya, aku sudah dibeli oleh pihak pihak tertentu. Katanya, aku bukan Kelantanese, so, jangan sibuk hal negeri Kelantan.

Itu hak korang.

Pada aku, aku orang PAS dan aku wajib pertahankan satu satunya kerajaan yang PAS tadbir sepenuhnya. Pada aku, aku wajib berada di depan kerajaan Kelantan pimpinan PAS selagi mana pentadbirannya taat kepada Allah swt dan Rasul-Nya.

Jika ada yang tak puas hati dengan apa yang aku tulis, itu hak korang. Sekali lagi aku ulang, itu hak korang. So, tak perlu nak maki hamun aku macam malam tadi dan macam lepas solat Subuh tadi.

Aku tak akan tukar numb phone aku dan aku tak kisah pun dari mana ko dapat numb phone aku.


Kedua - Isu "kemelut PMBK" akan sedikit kendur jika Husam Musa tampil ke depan dan memberikan penjelasan yang jujur tentang "apa isu sebenar PMBK".

Beliau yang membawa masuk kickdefella ke PMBK dan kickdefella sendiri mengaku beliau lapor diri dan lapor kerja kepada Husam Musa. Kita mahu Husam Musa bersihkan namanya jika beliau tidak terlibat dengan kickdefella.


Seterusnya, Husam Musa perlu menjelaskan atas "dasar" apa dan atas "alasan" apa beliau membawa kickdefella masuk ke PMBK dan apa kuasa Husam Musa ke atas PMBK sehinggakan beliau kelihatan seperti boleh membawa masuk dan boleh membawa keluar sesiapa juga di PMBK.


Husam Musa juga perlu memperjelaskan isu "Tok Guru nak" supaya "projek projek" dan "anugerah anugerah projek" itu dapat diketahui ke mana. Adakah benar Tok Guru yang nak atau orang yang rapat dengan Tok Guru yang nak. Husam Musa perlu jelaskan perkara perkara nih.


Husam Musa perlu tampil untuk menjelaskan persoalan persoalan ini supaya kemelut ini tidak menjadi terus tegang.


Sebenarnya, kita tidak mahu menuding jari secara membabi buta tetapi kita masing masing mahu mencari kebenaran.

Kebenaran hanya akan muncul jika masing masing tampil ke depan dengan hati yang jujur dan jernih.


Ibarat kata Aduka Taruna - SELCATkan semuanya supaya kebenaran dapat ditemui.



p/s : Husam, jika anda sayangkan kerajaan Islam ini, jika masih ada rasa hormat anda kepada TG Hj Nik Aziz, bertemulah dengan beliau. Berikanlah penjelasan dengan hatimu yang jujur itu.

10 comments:

  1. Kelantan tak perlu SELCAT..1 janji PAS yg belum terlaksana (tepatnya dilaksana) ialah Badan Hisbah..Wujudkan Badan Hisbah..siasat semua..Husam,GMC,Sunnah Tani dsb..papepun,posting anda hari ni menjadi pengimbang dgn posting Kickdefella hari ni yg dh meng'kick'kan diri sendiri tu...

    ReplyDelete
  2. Apa pasai penaja haji Tok Guru dan teamnya yang nak tunai haji tu tak cari lebai-lebai yang susah yang kerja potong getah dlm jajahan Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli untuk tunai haji. Depa susah, getah boleh potong setahun berapa hari saja....hujan banyak... sampai mampuih tak boleh pi haji. Kalau depa ni lagi ramai boleh pi.

    Doa orang miskin yang tak pernah pijak Mekah dan Madinah tu lebih baik dari Tok Guru yang selalu pi sana macam pi KL saja.

    Lagi satu Menantu Tok Guru bukan Tok Guru!!!

    Hang punya blog hang punya pasal... itu aku hormat.

    ReplyDelete
  3. ko husam ker, kickthefuckinhell ker per aku pedulik. ko org species bangsa QURAISY.

    ReplyDelete
  4. husam takkan berani beri penjelasan dan berdepan dgn tok guru punyer, wa gerenti mamat baju petak-petak merah dayus.

    4u2know

    ReplyDelete
  5. Memang betul menantu Tok Guru bukan Tok Guru. Hatta, Tok Guru sendiri tidak ma'sum. Hatta, Rasulullah saw yang ma'sum sekalipun pernah buat silap dan menerima teguran daripada Allah swt.

    Tapi, saper pula Husam Musa? Juga bukan Tok Guru, kan? Apatah lagi kickdefella yang kacaubilau dan berjiwa kacau itu?

    ReplyDelete
  6. Blog ni dah jauh terpesong jadi blog UMNO, MSO dan Tiga Abdul......

    Ore Kelate tau EXCO ni jenis berjue sampai mapus bukan jenis cari duit..... kalu dok kena ore jange main sakat kose kodang.....

    Insaflah

    ReplyDelete
  7. Tak perlu nak bela "kosong" dan bela "bodo" macam tu.

    Seperkara lagi, bukan jenis "cari duit"? Sangat kelakar bunyinya.

    ReplyDelete
  8. baru aku perasan, kalu isu yang terkena batang hidung husam n the geng, bukan main ramai kat ruang komen hentam balik...
    tapi kalu isu yang kena ke cikgu pa n the geng, tak ramai yang nak bela..
    rupa2nya ada yg betul2 kepanasan makan cili kalu tersentuh isu husam..
    makin jelas aku nampak..
    kesian pada tok guru nik aziz. masalah kat kelantan isnyaAllah akan selesai jika husam disingkirkan. dan lepas tu dah takder isu pas kelantan pas terengganu...

    ReplyDelete
  9. Bukan Husam sorang jer yang perlu disingkirkan. Ramai lagi.

    Kita nak yang tinggal dalam PAS nanti hanyalah "orang PAS" dan bukan lagi "PAS Kelantan", "PAS Terengganu", "PAS Kedah", "orang Husam", "orang Cikgu PA", "pro UG", "anti UG", "pro erdogan", "anti erdogan" dan sebagainya.

    Biar ada "orang PAS" jer lepas nih. PAS itu hanya satu. Sama seperti mana Islam itu juga satu.

    Lu fikirlah sendiri...

    ReplyDelete
  10. Setuju dengan komen pemburu syahid yang ini. Biar tinggal orang PAS sahaja. Bila PAS pun mahu di 'asabiyyahkan, itulah yang mencelarukan dan pihak musuh lagi mudah menyusup masuk.

    Lari tajuk sikit. Saya orang baru di blog ini ingin bertanya, kenapa ada foto wanita (video) yang agak seksi di wijet sedangkan Islam menjadi tunjang perjuangan.

    ISlam sudah bela maruah wanita dengan cara yang patut, jadi apa justifikasi kita memilih foto yang tidak 'ngam' dengan Islam itu sendiri?

    ReplyDelete