Wednesday, November 11, 2009

KICKDEFELLA ANCAM DEDAH PENYELEWENGAN ARIFAHMI



Tajuk di atas adalah intipati sidang akhbar yang dituanrumahkan oleh kickdefella di hadapan bangunan PMBK pagi tadi.

Beliau turut mendakwa memiliki beberapa dokumen yang sensitif dan dokumen ini sudah tentunya berstatus SULIT di PMBK walaupun beliau mendakwa memperolehi semua dokumen itu daripada individu individu yang berada di luar PMBK.

Pada aku, apa nak dihairankan. Jika benar wujud penyelewengan itu, dedahkan. Kenapa nak "diancam ancam"? Dedahkan sajer.

Beliau juga menyebutkan selama ini beliau "tidak sampai hati" untuk mjendedahkannya kerana rasa hormat kepada TG Hj Nik Aziz. Logikkah? Umum mengetahui TG Hj Nik Aziz sangat prihatin tentang perkara perkara yang berkaitan dengan penyelewengan.

Malah, sejak dulu lagi beliau sering menyebutkan SIASAT SIAPA JUGA HATTA MENANTU BELIAU SEKALIPUN. Kenapa ketika itu kickdefella tak dedah sedangkan TG Hj Nik Aziz telah membuka pintu itu?

Kenapa tidak didedahkan sajer ketika sidang akhbar tadi? Bukankah itu kesempatan yang terbaik? Atau, adakah anda memerlukan sedikit masa untuk melakukan pendedahan terpilih supaya "bos" anda tidak terseret sama? Atau, adakah anda memerlukan sedikit masa untuk mengolah cerita supaya kelihatan cantik di mata media walaupun hakikatnya hanya sekadar dongeng dongengan sahaja?

Jika kickdefella berkata, beliau akan mendedahkan segala galanya selepas ini demi menyelamatkan kerajaan Kelantan, negeri Kelantan dan Islam, eloklah kickdefella cermin dirinya terlebih dahulu. Islam bermula daripada keluarga....kickdefella..apa khabar keluargamu? Islamikkah?

Tahukah kita semua beliau mula berkonfrontasi dengan Ir Arifahmi sejak hari pertama Ir Arifahmi masuk ke PMBK?

Apa lagi yang mahu ditunggu oleh kickdefella? Dedahkan sajer jika anda mempunyai "kebenaran" itu. Buktikan sajer bahawa Ir Arifahmi adalah liabiliti kepada TG Hj Nik Aziz supaya "bos" anda itu "selamat" daripada dilabelkan sebagai liabiliti kepada pentadbiran TG Hj Nik Aziz di Kelantan.

Penyelewengan wajib ditentang tanpa mengira siapa sekalipun. Buktikan penyelewengan Ir Arifahmi supaya nama anda boleh dibersihkan. Tetapi, janganlah pula mengada-adakan cerita supaya anda kelihatan suci.

Ayuh teman teman bloggers !! Kita tentang penyelewengan ini demi menyelamatkan kerajaan Kelantan daripada tercalit najis !! Tentang habis habisan walaupun beliau seorang "syeikh" !!

14 comments:

  1. Salam tuan blog,


    Bolehkah kita kata tindakan TG Nik Aziz melantik menantunya sebagai mengundang padah? Mengundang PERSEPSI bahawa Tuan Guru mengamalkan 'kronisme'?
    Apa pandangan Pemburu Syahid dalam hal lantikan ini?

    ReplyDelete
  2. Tuan tanah ni berhujah seolah dia sejiwa dgn ceo PMBK.

    hmmmm....

    ReplyDelete
  3. Utk ANON 6:57.....

    Tidak mengamalkan kronisme kerana lantikan itu atas dasar merit tetapi hubungan kekeluargaan itu tetap perlu dipertimbangkan.


    Utk ANON 7:02.....

    Bukan seolah olah sejiwa dengan CEO PMBK. Bukan juga untuk menyebelahi beliau tetapi setakat ini ana meyakini beliau berada di pihak yang betul.

    Sebab tu, ana mencabar kickdefella untuk membuktikan "pendedahannya" itu supaya "pendedahannya" itu tidak bersifat "untuk menyelamatkan diri".

    Kita mahu "pendedahannya" itu bersifat "mencari kebenaran" kerana penyelewengan wajib diperangi walau siapa sekalipun pelakunya.

    Itu jer. Jadi, tidak timbul soal berat sebelah ataupun "sejiwa".

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. kita tunggu saja lah....sheih kick kata nak dedah....so dia patut dedahkan.

    apa perlu nya nak acah-acah.

    ReplyDelete
  5. Sebab tu ana cabar dia utk dedah. Tak perlu tangguh tangguh. Benda baik, kan?

    ReplyDelete
  6. Benarkah CEO PMBK(menantu) telah minta utk memotong 10k daripada gaji yang sepatut diterimanya atas jawatan itu?

    Kalau maklum, sila sahkan.

    ReplyDelete
  7. No comment. Setakat nih, ana takde info tu. Ana akan cuba utk dapatkan pengesahan tentang hal gaji nih.

    Ingatkan ana jika ana terlupa.

    ReplyDelete
  8. salam tuan..
    mungkin mr. kickdef sedang menjual dokumen 'palsu'nya...
    untungnya kalau mr kickdef seorang YB.

    ReplyDelete
  9. Kalau ada yang nak beli pun mujur jer.

    Sikap "UMNO" kickdefella semakin terserlah.

    ReplyDelete
  10. tuan jangan tuduh sheikh azizi sebagai umno,setakat yg saya kenal dia,dia memainkan peranan penting untuk memenagkan PAS.itu saja komen saya.kalau boleh jangan judge dia sekarang,tunggu kebenaran akan muncul jua.

    ReplyDelete
  11. Ana tak kata dia UMNO. Yang ada kata sikap "UMNO".

    Beruk dan bersikap "beruk" berbeza, bukan?

    ReplyDelete
  12. beruk yang menfitnah lagi beza ngan beruk yang bawak kebenaran kan, mcm dah jatuh hukum lak, so tak yah nak jd pemburu syahid laa kalau suka sgt menghukum org, tgk fakta2 yang ada dulu, mmg demo rapat ngan satu pihak dan anti satu pihak yang lain so demo punya judgement pon mmg condong ke arah pihak gu demo, tlg jgn hukum dulu,
    satu lagi anak president perancis letak ajawatan sbb dituduh kroni, di kalate dok kroni sbb merit g2, bukan sbb menantu, ramai lg org lain hok layak wei

    ReplyDelete
  13. Sama ada aku baik dengan pihak mana, tak baik dengan pihak mana, itu adalah persepsi ko.

    Ko tak leh nak paksa aku akur dengan persepsi ko.

    Apa fakta ko untuk kata aku baik dengan pihak ini dan tak baik dengan pihak itu?

    ReplyDelete
  14. Aku org besut, tak dok keno mengeno dgn klate, keluarga to guru ko...Syeikhhhh ko.. Tapi aku ragu dengan syeikh ni... Banyok kali doh nok dedah, nok dedah tapi dok dedah dedah jugok. Jange kecing dedah sudohla.. jadi lagu lain pulok. Bakpo demo dok napok lagi ko kait dengo hal ni.. Payoh la kalu gitu... Bakpo mu dok sere PAS sajo.. Blana lagi hok saloh atas dart kering.. Iso Samad jadi wakil rakyat lagi ... saloh doh jelas doh.. Hok ni saloh dok jelas lagi... Kalu letk jawatan rugi la ... Dio ore ado ilmu.... Kalu tiap kali tudoh... kito keno letok jawatan.. kalu gitu kito tudoh jo ore letok jawate .... payoh la gini...

    ReplyDelete