Thursday, November 12, 2009

KICKDEFELLA DEDAHKAN BELIAU MEMANG BERKHIDMAT UNTUK HUSAM MUSA



Pemecatan Syed Azidi Syed Abdul Aziz dibuat kerana masalah disiplin dan tiada kena-mengena dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), kata ketua pegawai eksekutifnya.

"Dia tidak masuk pejabat. Dia tidak laporkan kerjanya kepada saya, dia tidak pernah pohon cuti. Dia tidak pernah tunjuk cuti sakit," kata Abdul Ariffahmi Abd Rahman.

"Jadi kita putuskan, kita tidak perlu lagi orang macam ini dalam PMBK."

Abdul Ariffahmi, yang juga menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diminta mengulas sebab sebenar pemecatan Syed Azidi, bekas pegawai perhubungan korporat PMBK itu, setelah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu dikunjungi pegawai SPRM minggu lalu.

Bekas pegawai itu semalam memberitahu Malaysiakini bahawa pemecatannya - yang dibuat secara mendadak - susulan siasatan SPRM apabila ada pihak mendakwa beliau membuat laporan kepada suruhanjaya tersebut dan membocorkan maklumat dalaman kepada seorang wakil rakyat BN.

Semalam pada sidang akhbar di Kota Bharu, Syed Azidi dilaporkan ingin mendedahkan dakwaan "kepincangan" dalam pengurusan GLC itu di bawah pentadbiran Abdul Ariffahmi yang dilantik kepada jawatan tersebut dua bulan lalu.

Syed Azidi yang dikenali juga dengan nama di blognya Kickdafella menuntut Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan demi menjaga nama baik Nik Abdul Aziz.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Ariffahmi mendakwa pemecatan Syed Azidi (foto kanan) tidak dibuat secara melulu, sebaliknya beliau merujuk terlebih dahulu kepada bapa mertuanya sebagai pengerusi PMBK.

Abdul Ariffahmi juga berkata, beliau tidak berasa terancam dengan ugutan Syed Azidi membongkar kepincangan itu kerana beliau telah menjalankan perkhidmatan dengan baik dan telus.

"Saya tidak terasa terancam. Kalau dia hendak dedah, dedahlah. Maklumat yang mungkin ada pada dia adalah maklumat yang salah," katanya, yang juga exco Pemuda PAS Kelantan.

"Saya tidak boleh hendak jelaskan satu persatu sebab perkara ini masih berada adalam siasatan SPRM.

"Perkara yang dia sebut itu perkara remeh-temeh. Tidak ada pun penyelewengan RM10 juta (misalnya)."

Dalam artikel terbarunya di blog peribadinya hari ini, Syed Azidi antaranya mendakwa beliau tidak hadir ke pejabat kerana kemudahan itu telah ditarik balik oleh Abdul Ariffahmi pada awal tahun lalu.

Berhubung perkara itu, Abdul Ariffahmi (foto kiri) sebaliknya berkata: "Dia tidak hadir ke pejabat lama sudah. Sebab itu saya tarik balik."

Sementara itu, Syed Azidi berkata, beliau tidak akan terperangkap untuk mendedahkan isu-isu dalam PMBK.

"Saya hendak dedahkan (kepincangan PMBK) pada dia (Abdul Ariffahmi) buat apa? Kita tahu ada konspirasi.

"Dia boleh ubah tarikh ke belakang (dokumen berkaitan) untuk menghalalkan perkara yang tidak halal.

"Saya tidak akan terperangkap dalam strateginya yang mahukan saya membuat pendedahan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Syed Azidi sebaliknya berkata, semua pihak patut mengurangkan gangguan terhadap siasatan yang sedang diljalankan SPRM.

Mengulas dakwaan beliau tidak melaporkan tugasannya kepada Abdul Ariffahmi, Syed Azidi mengakui perkara itu dilakukannya kerana ia tidak termaktub dalam kontrak perkhidmatannya.

"Saya laporkan terus kepada (exco negeri) Datuk Husam (Musa). Itu jelas termaktub dalam perjanjian bersama.

"Ditulis juga bidang kerja saya juga tertakluk di bawah (seliaan) Datuk Husam," katanya.

"Bukan taraf dia henda tahu kerja saya. Dan saya fikir, PAS Kelantan dan kerajaan negeri pun tidak mahu tugasan ini didedahkan."

Husam, kini pengerusi Jawatankuasa Tetap Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan Kelantan, dilihat rapat dengan Syed Azidi.

Penulis blog itu semalam mendakwa, sejak berkhidmat pada 17 April 2006, ada pihak cuba menyingkirkannya beberapa kali, antaranya dengan mempengaruhi pentadbiran PMBK supaya menarik balik kemudahan pejabatnya di Kota Bharu tahun lalu.

Kontrak Syed Azidi dengan PMBK sepatutnya tamat April 2010. - MALAYSIAKINI

7 comments:

  1. orang melayu sangat bagus dalam hal jatuh menjatuhkan orang lain. lepas tu, bila bangsa melarat & dihina, salahkan kaum cina dan india. itulah kerjanya sejak zaman merdeka.

    manalah bangsa sendiri nak maju...

    ReplyDelete
  2. apa nak dikatakan lagi sejarah telah banyak membuktikan org melayu yang menjatuhkan martabat bangsa melayu sendiri.Amat mendukacitakan.Sampai bila2 pun melayu takkan kehadapan.Kalau tak puas hati mengamuk sakan dan sanggup berbunuhan.Tak rela nak berkompromi. Baik ustaz atau ustazah kalau dah spesis jenis macam ni sama jer la.

    ReplyDelete
  3. Orang Melayu memang macam tu. Orang Islam jer yang tak macam tu.

    Kita nih orang Islam atau orang Melayu? Yang mana yang akan ke syurga? Islam atau Melayu?

    ReplyDelete
  4. salam
    laporan sepatutnya sampai kepada ceo, kenapa berhenti di tengah jalan ?

    ReplyDelete
  5. Apa yang berhenti di tengah jalan? Cuba explain...

    ReplyDelete
  6. kepada Pemburu Syahid,

    adakah maksud anda yang sebenarnya Husam itu adalah makluk celaka secelaka-lakanya? yang telah salahguna kuasa dan mempergunakan nik aziz. yang sepatutnya kita jatuh & hinakan???

    cuba berterus-terang sikit. cakap berkias-kias susah nak faham.

    ReplyDelete
  7. Pertama - Ana tak pernah kata Husam celaka dan ana tak akan kata macam tu walau atas apa alasan sekali pun (setakat ini).

    Kedua - Ana setuju dgn anta dalam bab Husam salahguna kuasa dan mempergunakan TG Hj Nik Aziz.

    Ketiga - Kita tidak perlu jatuhkan Husam tetapi Husam perlu di"rehat"kan.

    Keempat - Tidak perlu untuk kita menghina Husam.

    ReplyDelete