Friday, November 27, 2009

LUAHAN HATI NIK AMALINA NIK ABDUL AZIZ



Salam Ukhuwah,

Hampir empat hari berlalu...ujian yang cukup mencabar bagi kami...InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Sehinggalah ke saat ini kami masih mampu menjalani kehidupan sepertimana biasa, masih boleh bergelak ketawa bersama anak-anak dan juga tetap bersembang bersama Tok Guru dan Bonda tersayang, serta berborak mesra bersama adik-beradik yang lain daripada kedua-dua belah pihak, yang tentunya tidak pernah keputusan memberi kata-kata semangat juang buat kami serta doa yang berpanjangan buat kesejahteraan kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih untuk kalian!

Isu ini sedikit sebanyak mengundang kesedihan dikalangan kami sekeluarga. Ia mampu menjadi satu isu yang membuatkan kami semua membincangkannya dari pelbagai sudut. Walaupun kami sedih, kami tetap tenang. Kami tidak perlu berduka berlama-lama, kami harus bangun! Kami ingin bangun membuktikan kebenaran! Langkah kami belum mati, kami akan sentiasa maju ke hadapan! Datangnya kami dari keluarga yang dimuliakan, dan sesungguhnya kami tidak sesekali rela keluarga kami dihina.

Alhamdulillah, saya mempunyai sebuah keluarga yang matang. Semuanya tenang dalam mengharungi suasana laluan yang sukar ini. Kami dididik, selain ditarbiah baik bahawa jangan sesekali berbuat jahat, malah berusahalah untuk sentiasa berbuat kebaikan. Ia adalah sesuatu yang konsisten antara kehidupan di dunia menuju ke akhirat. Ayahanda sentiasa berdoa dan mengajar kami supaya mendoakan agar ‘jadikanlah kami semua imam kepada orang-orang yang bertaqwa’. InsyaAllah...

Apabila saya menjengah dunia, ditakdirkan saya berada dalam sebuah keluarga yang dikenali ramai. Saya memang bertuah kerana hampir memiliki segala-galanya di dalam kehidupan dunia ini, tapi semuanya adalah secara bersederhana. Saya seorang yang cintakan kedamaian, dan sesungguhnya onar yang berlaku dalam isu ini sungguh menjerut rasa di hati saya. Jiwa saya sentiasa menuntut untuk berbuat kebaikan, mungkin kerana ia hasil dari didikan kedua ibubapa saya, malah dengan akal yang sudah cukup sifatnya di usia saya sekarang, saya sentiasa cuba untuk tidak mencalit arang kepada kedua ibubapa saya yang masyhur itu. Kadangkala datang juga rasa ketidakadilan berlaku dalam kehidupan ini, namun belajarlah menerima hakikat bahawa, dalam kebertuahan itu masih ada kecacatannya.

Saya hidup didalam sebuah keluarga yang sering sahaja diuji. Dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ke sebesar-besar ujian. Ia bergerak seiring dengan waktu saya membesar. Hari ini giliran saya pula menerima ujian yang hebat ini. Ia begitu mengasak fikiran kerana kelihatan mampu menguasai dunia realiti dan maya.

Saya tahu saya bukan bersendirian menghadapi ujian ini. Saya dan suami punya ‘pasukan’ yang kuat untuk menyokong kami dari mana-mana sisi sekalipun. Apa yang penting, kami tahu Allah swt hanya memberikan ujian ke atas hamba-hambaNya mengikut kemampuan hambaNya itu. Barangkali ia suatu ‘alarm’ kepada kami agar kami kembali muhasabah diri dalam meniti hari-hari yang berlalu dan juga yang mendatang. Mungkin ini saat terbaik dalam kehidupan kami, untuk kami terus merendahkan jiwa kami kepada Maha Pencipta kami, untuk kami menginsafi diri, lantas menitis air mata yang kadang-kala kami lupa untuk menghulurkan keikhlasan kami kepada Mu ya Allah...Pinta kami semoga Tuhan tidak pernah memandang enteng kepada kami walau dalam keadaan bagaimana pun keadaan kami ini. InsyaAllah...

Tatkala kita semua menghampiri saat-saat bahagia menghampiri Hari Raya Korban, jiwa saya turut tersentuh mengenangkan ada situasi yang perlu dikorbankan. Ia bukanlah situasi yang mudah, tapi bukanlah sukar untuk saya menerima pengunduran suami saya, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman dari jawatan CEO PMBK beberapa hari yang lalu. Saya menerimanya dengan hati yang tenang walaupun sedikit kecewa dengan situasi yang tidak memihak kepadanya.

Saya tetap optimis mengharapkan bahawa masih ada sinar yang akan menyelubungi kami sekeluarga. Walaupun ia sebuah memori yang pahit, saya tetap menerimanya dengan lapang hati. Namun terselit di jiwa saya rasa terkilan bahawa masih ada manusia di dalam kelambu PAS yang begitu rakus membaham sesama sendiri sehingga sanggup melukakan hati seorang tua yang juga Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, merangkap Tok Guru yang disayangi segenap lapisan masyarakat, yang tentu-tentunya beliau adalah Ayahanda saya yang tercinta. Jauh di sudut hati saya, sesungguhnya saya tidak rela ia terjadi begitu namun saya tetapkan pendirian bahawa yang terjadi itu ada hikmahnya dan barang tentu kita hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik!

Dalam menghadapi kemelut ini, ramai sahabat-sahabat yang telah menghubungi saya bertanyakan khabar berita. Ada yang sekadar menghantar sms, ada pula yang sanggup melambungkan bil handphone mereka dengan bersoal-jawab bersama saya, tidak kurang yang sanggup datang ke rumah untuk mendengar saya ‘berceramah’. Paling saya hargai ada sepasang suami isteri dari Terengganu yang sanggup langsung ke rumah saya demi untuk mencari kebenaran. Pada waktu itu mereka semua menyatakan sokongan padu bahawa kami berada di pihak yang benar!

Hati saya tetap lapang meniti hari-hari yang penuh cabaran. Dalam menyusuri kemelut ini, saya dan suami sering berbincang kemungkinan-kemungkinan yang mungkin kami akan hadapi nanti. Walaupun begitu, kami tidak merancang apa-apa dan kami tiada perancangan ke atas kemungkinan-kemungkinan itu kerana kami masih optimis kami sentiasa di pihak yang benar. Namun siapa tahu kebenaran itu boleh tertimbus oleh kebatilan yang terancang!

Bukan sedikit kesan negatif yang terpaksa kami terima dari kemelut yang terancang ini. Perancangan kejahatan ini telah menemui titik noktahnya yang pertama! Namun saya tahu perancangan jahat ini masih belum menemui titik noktah penyudahnya!

Saya sentiasa bersedia menjadi sayap kanan kepada suami tercinta. Selagi saya yakin dia berada di pihak yang benar saya tetap akan padu menyokongnya. Bukan hanya dia yang membina keyakinan saya, namun saya masih ada keluarga yang jitu memperteguhkan kebenaran yang tercipta.

Saya sentiasa ada untuk menyokong segala gerak kerja suami saya dalam membangunkan negeri Kelantan yang tercinta ini. Saya sentiasa mahu menyuntik semangat kepada dirinya untuk bergerak maju menongkah arus membina kekuatan baru bagi negeri Kelantan ini. Saya sentiasa di sisinya untuk memberi idea yang terbaik dalam segala aspek kehidupan kami.


CEO

Hari ini suami saya masih CEO PMBK. Bagi saya pencapaiannya sungguh memberansangkan. Ia sebuah pencapaian yang boleh dibanggakan kepada keluarga kami. Kami semua mengalu-alukan pencapaiannya itu. Namun siapa tahu akhirnya dia mampu dijatuhkan oleh satu fitnah yang terancang hebat.

Pada suatu hari dia memaklumkan kepada saya bahawa ayahanda telah melantiknya ke jawatan CEO. Saya mengucapkan tahniah. Apabila ada luang masa untuk berbicara dengannya saya mengingatkannya bahawa ini adalah suatu amanah yang besar. Bukan hari itu saja saya mengingatkanya, tapi sering! Saya sendiri mahu dia menjadi seorang CEO yang berjaya. Saya mahu dia sentiasa di landasan yang betul dan benar. Saya mahu dia dihormati kawan mahupun lawan. Bukan niat saya untuk menyibuk perihal kerjayanya, tapi saya tahu kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku kerana saya tahu apa itu politik!

Pelantikan suami saya ke ‘kerusi panas’ PMBK adalah daripada sokongan ayahanda tercinta. Saya bersetuju untuk suami memberi persetujuan kepada ayahanda menerima jawatan itu selepas hampir empat kali ayahanda menyuarakannya dalam tempoh setahun yang berlalu. Pada saat itu, saya pasti kelayakan dan kewibawaan suami saya adalah menjadi titik penentu ayahanda memilih dia untuk menerajui takhta PMBK.

Siri perlantikan ke ‘kerusi panas’ ini bukan berlangsung sebulan dua, namun ia memakan masa selama setahun dua. Apabila namanya dicadangkan oleh ayahanda, saya memberi nasihat untuk dia memikirkan semasak-masaknya. Saya meyakininya bahawa, terima jika berkemampuan, dan tolaklah jika ia suatu amanah yang tidak mampu digalas. Perasaanya ketika itu bersimpang-siur. Saya sentiasa disisinya untuk sebarang pandangan yang sihat, menerima amanah bukan seperti mendapat habuan yang indah, itulah ingatan saya kepadanya. Akhirnya dia memilih untuk menjawab ‘YA!’. Saya meyakini diri bahawa dia adalah calonnya untuk jawatan panas itu. Keluarga turut menyatakan sokongan. Dalam tempoh mendokong amanah besar itu saya akur kepada kehebatannya dan saya tahu dia boleh menjangkau impian besar ayahanda dalam menerajui bumi Kelantan ini.

Kami menjalani kehidupan seperti biasa walaupun selepas suami saya digelar CEO. Saya tetap berfungsi sebagai seorang suri kepada sebuah rumahtangga dengan menjalankan tugas-tugas rutin saya. Kadangkala kami berkunjung ke rumah ayahbonda. Ada masanya kami berbincang, apa saja isu yang terluah di meja makan yang kami panggil ‘persidangan meja bulat’. Tiada apa yang pelik selepas perlantikan itu, sekadar isu yang telah kami jangkakan, ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan itu! Kami tetap juga bersabar menghadapi hari-hari mendatang.

Segala kemungkinan yang mungkin berlaku hasil dari perlantikannya itu telah cuba kami hadap bersama. Apa yang pasti kami sedar bahawa fitnah akan sentiasa mengekori kami setiap masa. Kami cuba untuk membuat yang terbaik. Saya yang sentiasa optimis tidak pernah memikirkan bahawa suatu hari nanti dia akan kecundang. Saya sentiasa berkeyakinan bahawa apa yang baik akan dibalas baik. Saya sentiasa menyokongnya untuk berbuat segala jenis perkara kebaikan, bukan setakat kerana kebaikan itu adalah baik, tetapi beringat-ingatlah bahawa kita sentiasa diperhatikan, baik dari kacamata kawan mahupun lawan kerana kita adalah ‘public figure’.

Saya sendiri tidak mendambakan kesenangan apabila suami saya dilantik menjadi CEO. Namun lumrah kehidupan, setiap kejayaan itu dirai dengan sebuah kegembiraan. Suami saya juga dikenali sebagai KJ Kelantan. Mana samanya? Tentunya suami saya lebih cerah, jika adapun sebenarnya dia bukan berkulit cerah. Bagi saya suami saya seorang yang terbuka, walaupun agak sukar untuk menerima kritikan, tapi dia bersedia untuk berhadapan mendengar sebarang kritikan.

Saya sentiasa memberi ingatan kepadanya. Saya kenal suami saya. Dia seorang yang maju ke hadapan. Dengan ilmunya sebagai seorang Jurutera menjadikan dia seorang yang kritis dan kreatif. Dia seorang yang sukakan cabaran. Kerana sukakan cabaran itulah dia sanggup menggalas jawatan penting yang disuakan kepadanya. Saya yakin dengan jawatan yang disandangnya itu mampu memberi ‘kuasa’ baru kepada daya saing negeri Kelantan.

Selain membawa watak sebagai isteri penyeri sebuah rumahtangga, saya juga sentiasa bersedia untuk memberi idea yang terbaik buat suami. Sebagai isteri, saya mahu dia menjadi suami terbaik didalam rumahtangga saya. Saya juga berusaha untuk memberi yang terbaik kepada kerjayanya. Saya sentiasa memberi idea yang segar kepadanya. Saya juga cuba membawa watak seorang sahabat yang dinamis selain daripada saya mencuba untuk menjadi seorang isteri solehah kepadanya.

Selain dari sokongan yang diberikan oleh ayahanda, saya tahu suami saya punya semangat yang tinggi dalam kemahirannya. Dia seorang yang berkeyakinan tinggi di atas apa yang dia mahukan. Dia sentiasa yakin dengan setiap keputusan yang dibuatnya. Tidak semua saya boleh bersetuju dengan segala tindakannya, namun saya berani memberi kerelaan kerana saya tahu rasional dia berbuat demikian. Saya iring dengan teguran-teguran yang membina agar dia tidak tersasar haluan. Saya mahu saya sendiri berfungsi adil kepada rakyat Kelantan kerana suami saya mensasarkan sesuatu yang lebih baik kepada mereka. Saya bangga kerana setiap apa yang dia lakukan adalah untuk kesejahteraan masa depan rakyat Kelantan. Saat itu, saya membina keyakinan yang lebih baik bahawa ini adalah keputusan terbaik ayahanda kerana dengan pengetahuan politik yang lumat, beliau tahu apa sebenarnya yang beliau mahukan. Bukan sahaja kecemerlangan akademik menantunya itu, bahkan lebih dari itu, iaitu sebuah keikhlasan untuk patuh dan taat pada setiap kemahuannya.

Tidak perlu untuk saya menutur kata bahawa saya menyokong segala gerak kerjanya, cukup sekadar saya menghargai kehidupannya yang sibuk. Saya tahu dia seorang yang kuat semangat dan saya juga tahu dia bekerja sehingga lewat pagi kerana sebuah kerelaan.

Namun sebuah impian yang tinggi tidak mudah kesampaian. Ia hampir karam di tengah jalan. Suami saya diserang fitnah bertalu-talu, tempiasnya memercik kepada ayahanda tercinta. Tidak berhenti di situ saja, ia terus menjalar menjengah nama bonda, saya sendiri, anak-anak, dan sesungguhnya saya sungguh bersimpati kepada nasib kakitangan PMBK yang turut dicerca sedemikian rupa. Saya merakam simpati kepada situasi yang tidak terduga ini.

Nasib masih menyebelahi kami kerana masih ada sokongan yang kuat buat kami. Terima kasih kepada ayahbonda kerana mempusakakan kepada saya semangat yang kental. Ayahanda tegar bertahan dengan keputusan, bonda meraih kekuasaan tuhan. Saya bertahan dengan sebuah pengharapan. Namun masih samar kelihatan jalan keluar dari kemelut ini. Suami saya tetap bertahan melawan arus yang kian mencengkam.

Ada saatnya ketika itu saya sekeluarga bersedih. Sebuah kerumitan buat kami semua. Namun kami sentiasa optimis masih ada sinar di penghujung cerita ini. Kami diuji, dan kami cuba menerima ujian ini dengan redha. Datangnya kami daripada sebuah keluarga yang berilmu dan beriman. Kami tahu benar untuk membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan. Namun ia sukar, kerana kami terpaksa melawan musuh yang bergelar kawan. Kawan yang makan kawan. Kawan yang menggigit dalam diam, antara sedar dengan tidak, dia terus menghadam, sehingga terjadilah seperti hari ini...


KEMELUT

Pada hemat saya, isu PMBK tercetus hasil dari perselisihan peribadi. Ada seorang kakitangan yang tidak berpuas hati dengan gaji yang ditagihnya untuk menjadi seorang bos di anak syarikat PMBK. Ia bukan masalah luaran yang besar tapi masalah dalaman yang hanya membabitkan seorang kakitangan sahaja. Seorang sahaja! Jawapannya mudah, gaji yang ditagihnya adalah terlalu tinggi, lebih tinggi dari gaji bos PMBK.

Makin hari dia membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi. Lebih-lebih lagi dia mempunyai back-up yang kukuh dari seorang ‘bos lain’. Makan gaji dengan orang lain, bekerja untuk orang lain. Inilah masalahnya!

Tidak perlu diperkenalkan lagi, namanya sudah masyhur satu alam, semasyhur nama suami saya sendiri. Dia sendiri yang mencipta kemasyhuran itu. Dia sendiri yang membuat publisiti murahan itu. Tanpa sebarang iklan. Tanpa sebarang bayaran. Percaya saja jika anda mahu. Tapi, jika anda seorang yang WARAS, AWAS! ada perangkap di hujung pena itu. Seorang yang digelar Kickdefella berjaya membawa semua watak yang diarahkannya sendiri. Mahu jadi apa? Seorang gila? Kurang siuman? Tiga suku? Katakan saja. Semestinya anda tidak kempunan untuk menjiwai peranannya itu. Namun saya masih reserve, kerana saya tahu dia seorang yang kreatif.

Apa yang saya tahu dia seorang umno. Kalangan rakan siber saya tidak menyebut umno, tapi lebih glam katanya jika disebut umngok! Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan. Pada awal kemunculannya di Kelantan, saya begitu tertarik dengan buah tangannya menghasilkan sebuah buku – yang saya lupa tajuknya – yang memaparkan pelbagai gaya ayahanda saya dalam pelbagai acara yang dihadirinya. Itu dulu. Sekarang lain. Kreatifnya itu sudah tersasar. Kali ini dia bukan lagi menghasilkan sebuah buku, tapi sebuah...filem barangkali...yang terlalu banyak dongengnya yang langsung tidak berpijak di bumi realiti.

Saya sendiri mengagumi hasil seninya terlebih dahulu sebelum mengenali empunya diri. Pertama kali saya mengenalinya ketika saya menemani suami yang mahu mencari samping untuk di pakai pada hari raya, kebetulan dia dan isterinya juga begitu. Tanggapan pertama saya, dia seorang yang baik walaupun saya agak terkejut melihat kepada isterinya, sungguh daring bagi rakyat Kelantan. Tapi jika ia boleh dikatakan satu fesyen, masih lagi boleh dimaafkan. Namun jika dilihat dari sudut agama, ia tidak menurut perintah tuhan. Dengan kata lain, berdosa.

Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay...so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok...? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian...Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya.

Jangan cuba membuka aib orang jika aib sendiri sudah tidak tertanggung badan. Semua orang ada aibnya, maka berpada-padalah! Kami yang dididik secara Islam tidak betah untuk bercakaran bagi membuka aib masing-masing, tapi adakalanya syaitan itu terlalu kreatif. Kami takut digoda sehingga melebih-lebih membuka aib saudara seIslam. Jangan sehingga perlu disaman, nanti anda pula diisytihar bankrupt. Tapi tunggulah masanya, kebenaran itu akan bersinar jua. Kami masih boleh bersabar walaupun sabar kami kian menipis. Hidup ini ada maruahnya! Tunggulah harinya! Kami yakin Allah itu Maha Adil. Jika kami tidak mampu membalasnya, kami berkeyakinan penuh bahawa balasan Allah itu adalah sebaik-baik pembalasan.

Jangan kerana satu isu picisan, anda menjadi kurang siuman. Jadilah seorang manusia yang adanya dikagumi, hilangnya ditangisi. Datanglah Kickdefella mengadap suami saya. Suami saya sudah menjemputnya terlebih dahulu di suatu ketika yang harinya masih mampu dibilang perginya. Tapi tiada pula datangnya. Dayuskah anda? Pengecutkah anda sehingga seringkali bertukar ID dalam blog sendiri?

Anda mampu menjadi seorang yang bertuah kerana anda mudah untuk menjenguk Tok Guru. Alangkah beruntungnya jika anda tahu merebut peluang keemasan ini. Tapi sebaliknya, anda sendiri memilih untuk rugi di dunia, jika dunia itu konsisten ke akhirat, maka rugilah juga anda di sana. Tidak terdetikkah di hati anda rasa sedikit bersalah? Jangan pula menyalahkan orang yang sudah tentu salahnya itu sudah terang kelihatan, tapi di mana letaknya akal waras anda? Fikir-fikirkanlah jika masih ada sel otak anda yang masih baik berfungsi.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong perjuangan kami. Terima kasih kepada ayahbonda yang banyak mendoakan kesejahteraan kami.

Tahniah kepada suami saya yang sentiasa taat dan patuh kepada setiap butir bicara ayahanda. Saya sentiasa disisinya untuk sentiasa menyokong kebenaran yang dipertahankannya. Hidup ini ada maruahnya. Berdiam diri bukan bermakna kalah. Berbuat bising bukan satu kemenangan. Diamlah untuk berbicara kepada tuhan yang Maha Mendengar.

Takziah kepada manusia hebat pembentang kejahatan. Usah berselindung disebalik wartawan-wartawan yang berbayar. Walaupun bunga tahi ayam itu cantik, ia tetap busuk!

Buat suami saya, lapangkan hati, tenangkan fikiran. Saya percaya masanya tidak lama untuk sebuah kebenaran tercipta. Berundurlah setapak dengan bermaruah untuk menjangkau terjahan yang lebih jauh. Saya kagum! Tidak sia-sia membiarkan kosong kerusi panas di Darul Digital, kerana jika diisi, skripnya mungkin lebih parah. Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini.

Saya mungkin tidak terlepas dari sebarang kutukan, tapi saya sudah bersedia demi sebuah kebenaran yang perlu dinyatakan. Demi untuk kami sekeluarga. Ini adalah jihad saya. Saya punya kuasa jemari untuk meluahkannya.

Suami saya adalah pemimpin saya. Dia ketua keluarga bagi rumahtangga saya dan saya punya hak untuk mempertahankannya. Andai dia didapati bersalah, ada hukuman menantinya. Tapi untuk berserah kalah, itu bukan jantannya.

Fitnah ini melingkari kami sudah hampir tiga minggu. Saya mengharapkan ia beransur pergi sebagaimana perginya banjir dari bumi Kelantan ini. Suami saya masih muda, masih bersemangat dalam mencapai impiannya. Saya optimis masih ada peluang untuknya melangkah jauh ke hadapan, meninggalkan hari ini dengan sebuah kejayaan. Saya tetap teguh di sisinya hingga ke akhir hayat kami. InsyaAllah terbentang luas rezeki untuk kami.

Ini luahan hati seorang isteri...

Untuk ayahanda tercinta, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami. Menantu ayah ini adalah pilihan terbaik sebenarnya. Tapi apakan daya...Terima kasih ayah kerana menerajui bumi Kelantan yang mana keberkatannya terserak kepada zuriat kami. Kepada bonda, terima kasih atas segala-galanya. Anakanda tahu bonda banyak menitis air mata mendoakan kesejahteraan kami...

Nik Amalina binti Nik Abdul Aziz
Isteri Ir Arifahmi Abdul Rahman

SUMBER : www.drsitimariah.blogspot.com

29 comments:

  1. semua anak beranak nik aziz dah jadi cacing kepanasan gara-gara hilang jwtn ceo pmbk.

    tremasuklah ustza pil kuda pemilik blog ini. jgn lupa pulangkan balik lap top pmbk

    ReplyDelete
  2. Woi RBF !! Ko nih manusia atau babi?!!

    Ust pil kuda tu bukan aku dan laptop aku nih bukan milik PMBK.

    Ko tak reti bahasa ker, babi? Kesian mak bapak ko ada anak babi mcm ko.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Saya bersimpati atas ujian ini, tetapi adalah lebih baik jangan menulis di khalayak awam menceritakan kebaikan suami kita dan keluarga kita berlebihan,takut nanti cerita lain pula yang menjadi...sekadar ingatan dari saya yang tak terkenal ini

    ReplyDelete
  4. sabar pemburu shayid...
    jangan sesekali kita terpengaruh dengan provokasi mereka-mereka yang memang tak senang melihat islam maju di kelantan..

    tunjukan kematangan kita..orang seperti faisal tue jangan dilayan kerenahnya..buat berdosa kita jerk dok maki hamun die...orang macam die nie bukan faham bahasa maki hamun..

    teruskan perjuangan saudara..jangan ragu-ragu walau pelbagai dugaan datang melanda...teruskan menyebarkan syiar islam sebagaimana yang ditutut oleh islam..takbirr!!!

    ReplyDelete
  5. kepada cposawit
    adalah tidak menjadi satu kesalahan menceritakan kebaikan suami..yang salahnya apabila menceritakan keburukan suami..

    kita harus faham apa yang cuba disampaikan oleh nik amalina adalah suatu pembelaan bagi menpertahankan suaminya..

    jika saudara ditempat ariffahmi,saudara juga menharapkan isteri menpertahankan dan menyokong saudara..tak gitu??

    ReplyDelete
  6. aku lg kesian kpd ibu bapa kerana mempunyai anak iblis seprti kau. ha ha ha

    dah lah balun lap top pmbk, lepas tu main pil kuda lagi...

    ReplyDelete
  7. Ko buktikan aku adalah Ust pil kuda yg kickdefella maksudkan dan ko buktikan juga laptop aku nih milik PMBK.

    Jika aku adalah Ust pil kuda tersebut dan jika laptop ini mmg milik PMBK, maka kafirlah aku.

    Tetapi jika Ust pil kuda itu bukan aku dan jika laptop ini bukan milik PMBK, maka kafirlah ko.

    ReplyDelete
  8. Tuan tanah gilo doh.... baso jahat

    ReplyDelete
  9. Lagi sore anok Tok Guru wat malu Tok Guru....

    Make beledo belako.....

    Sek kito sat pecoh.....


    Mije Kubang Lebur

    ReplyDelete
  10. aik, tetiba pula ambil tugas Allah SWT dan para Malaikat untuk mengkafirkan org. Hebat !!!!

    Ternyata blogger2 peliharaan arif fuckmi hebat2

    ReplyDelete
  11. RBF, u sahut jer sumpah laknat tu. Janganlah nak lari tajuk pula.

    PS dah bersedia tu.

    Kalau u tak sahut, memang nampak sangatlah u tong kosong.

    ReplyDelete
  12. saya berpandangan cukuplah segala komen atau luahan hati dari ahli keluarga Tok Guru atau sesiapa yg mempunyai kaitan kekeluargaan dengan beliau mengenai isu ini.

    jika ini berterusan, ia kelihatan seakan-akan ada unsur pengaruh keluarga di dalam setiap tindakan yg diambil oleh kerajaan negeri mahupun perhubungan pas negeri.

    isu ini juga dilihat akan lebih berpanjangan dan meleret2.

    cukuplah sekadar komen dan ulasan dari Tok Guru sahaja bagi menjernihkan keadaan sekarang. cukuplah dengan apa yg disampaikan oleh Tok guru. cukuplah..

    sudah cukup berat bebanan yg dipikul dan jangan ditambah lagi. kasihanilah Tok Guru kami.

    berpesan dan nasihatilah mereka. cukuplah di sini..

    biarlah kami (sekadar pendokong perjuangan Tok Guru) dapat menumpukan segala perhatian kepada apa yg akan berlaku dalam perjuangan ini di masa hadapan.

    cukuplah..

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  13. .........Teruk sangat tuduhan yang dilemparkan kepada insan yang bernama arif fahmi,TG nik aziz dan keluarga.......ibarat tiada lagi rasa hormat dalam diri blogger yang tak tahu terima kasih atas budi dan peluang yang diberikan selama beliau melawat di PMBK suatu ketika dulu,maaf sebab tak boleh kata berkhidmat sebab selalu tak datang ofis.....macam budak yang selalu ponteng sekolah tapi dia beritahu ibubapa yang guru tak masuk kelas.......bila dia tak pandai dan kena buang macam kickdafella yang kemungkinan waktu itu dia sibuk menulis blog hingga lewat malam dan mengumpul maklumat serta mengorek apa sahaja rahsia dan keburukan parti mahupun peribadi semua pemimpin negeri dan akan menghebahkannya bila kehendaknya ditolak......bila kena buang sekolah mula la dia mengamuk kat guru disiplin dan guru besar,tuduh guru disiplin garang, guru besar tak pandai mentadbir sekolah,sebab tu dia tak pandai sampai kena buang dari sekolah,segala kebaikan guru-guru disekolah dulu dah tiada dalam ingatan,sudah terhapus dari fikirannya yang sememangnya bengap.....dia lupa jasa guru padanya,segala keaiban guru dijaja.........segala keburukan guru dijadikan modal untuk dia menghentam gurunya......jika benar gurunya pernah ponteng sekolah waktu belajar dulu pun hakikatnya sekarang dia sudah berjaya dan menjadi seorang guru,berjaya memegang segulung ijazah,tapi pelajar ponteng ni belum berjaya apa-apa lagi.....sebagai seorang islam kita hendaklah menjaga aib orang lain dari dihebahkan kepada orang ramai......apatah lagi apa yang cuba disensasikan itu cerita lama dan basi.......sanggup mensensasikan cerita yang arif fahmi ahli umno dahulu,ianya dipaparkan dengan tujuan untuk memalukan TG nik aziz dan keluarga,wal hal ianya langsung tidak sensasi,apa yang nak dihebohkan sangat jika dulu arif fahmi ahli Umno?itu semua sudah lepas dan lama berlalu.....mungkin kerana waktu itu beliau terpaksa........Saidina Umar dulu pun kafir,Khalid al walid dulu panglima perang kafir menentang Rasulullah.tapi sekarang????????mereka adalah ikon perjuangan islam............mungkin bagi siponteng ini dengan menghebahkan kepada rakyat kelantan dan malaysia amnya dia akan dapat duduk dikerusi panas DARUL DIGITAL.......bergaji RM10k sebulan.....Kickdefella sekarang semakin kekurangan idea untuk menyerang arif fahmi,TG nik aziz dan keluarga sehinggakan cerita yang didedahkan didalam blognya makin merapu,maklumat yang dia korek sudah semakin tiada sensasinya bahkan semakin jauh dari kebenaran.......sehinggakan cerita stesen minyak dan sekolah darul anuar pun cuba disensasikan......tak ubah seperti serangan surat layang BN sewaktu pilihanraya ke12 lepas.....stesen minyak pun dikatakan dari modal rasuah.......mungkin beliau mengambil maklumat dari sumber BN.......atau mungkin beliau sendiri memang ahli batin.....pas zahir sahaja........jika tidak tahu perkara sebenar tak perlulah anda menghebahkannya......

    kifayatullah.PM

    ReplyDelete
  14. Tepat sekali pandangan dua ANON di atas. Malangnya, masih ada lg yg gemar menyalak. Selesai PMBK dah muncul pula MPKB-BRI.

    ReplyDelete
  15. Kickdefella dah wat hal dgn artikel nih... Mmg x pernah rase bersalah mamat Kicks nih...

    http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/27/surat-daripada-nik-amalina-nik-abdul-aziz

    Saya merupakan bekas pekerja Global Media Channel (GMC), dan pernah bekerja dibawah Syed Azidi atau dikenali sbg Kickdefella (yang merupakan CEO di GMC). Sy rase agak malu dgn tindakan ex-bos sy nih, mengata orang lebih2 tp diri sdiri xmau cermin. Dah la GMC tu dah nak tutup, nampak sgt Kicks nih org yg x berkaliber membawa satu institusi utk maju ke depan... Asyik main politik kotor je, mmg tertutup laa pintu rezeki... Kat GMC, Kicks jd CEO, istri jd pengurus, ntah2 segala harta syarikat kat GMC bawak blik umah wat harta sdiri... Malu, malu...

    Sy dah lame dah memerhati blog Kicks tu, segala artikel yang ditulis byk fitnah dr yang betul... Dah la tu, comment yg ditunjuk tu penuh ngan PhD (perasaan hasad dengki), comment sy plak x pernah nak tunjuk, sengaja nak api2 kan lg suasana... Knp sy katakan byk fitnah, sbb segala huraian yg dilakukan diberi tanpa bukti... Kalu yg ade cam bukti gambar AAF bersama pompuan tu ble la diterima, tp dlm kes ni, yg amik gambar tu bkn ke Kicks sdiri, mlh Kicks pun ade jugak amik gambar ngan pompuan tu... Malu, malu...

    Dah laa nak tunjuk alim, angkat sumpah depan tok guru mengata bhw dia sdiri x pernah buat aduan kat SPRM, x pernah beri maklumat kat ADUN BN... Mmg laa x beri, dah dia kasi tau kat rakan dia, pastu rakan dia bgtau kat SPRM @ ADUN BN tuu (lebih kurang begitu la kronologi nyer)... Mmg Kicks nih seorg mulut tempayan kot... Malu, Malu...

    Kat GMC dlu, pekerja2 x pernah nak dibayar PERKESO dan KWSP, agak nyer duit masuk poket Kicks sdiri kot... Dah la tu, sume pekerja yg dipecat, dipecat 24j je tanpe beri pe2 notis dlu, ade jugak yg byk cari modal utk syarikat GMC tu dibuang begitu saje sbb dengki ngan kejayaan mrk... Mmg dah Kicks ni jenis org PhD, x ble nak tgk anak melayu jaya skit, trus dia jatuhkan... Malu, malu...

    Sy pun turut malu sbb pernah keje under mamat Kicks nih... Malu, malu...

    ReplyDelete
  16. sekarang apa yg ditulis oleh kickdefella adalah fitnah. dulu semuanya benar. dasar setannnnn

    ReplyDelete
  17. 1. rbf
    u silap org la. yg pil kuda dan pinjam laptop tu bloger yg sorang lg la. bukan ps.

    2. baik2 anak2 TGNA berdiam diri je. kl tulisan mcm ni yg nak dijadikan pembelaan, memalaukan je.

    3. aku rs, nick name ex-pmbk atau ex-gmc kat mana2 blog tu sume penyamaran belake.

    4. apa komen ps sdiri plak ttg. surat nik amalina ni?

    ReplyDelete
  18. PS, patutnya kau toksah nak letak apa-apa dah pasal PMBK. Kau fokus kat isu lain yg berlambak.

    Contoh surat Nik Amalina ni. Memang tak berkesan langsung kalau tujuan dia nak mengharap simpati pembaca. Apa yg nampak ialah perasaan kecewa seorang isteri yg sendiri pun menulis tidak berasional. Pada saya la, perasaan lagi meluat kat Ariffahmi dan isteri dia ada lah. Dan secara tak langsung akan membabitkan perasaan saya pada TGNA disebabkan yg (kononya) menulis tu anak TGNA.

    - kuntau

    ReplyDelete
  19. anak nik ajiz memang bangang.

    berlagak anak tok guru, tapi blh perli2 org lain lg. siap ckp lagi suami dia tak sehitam kj. bangang......

    betina sundal...

    ReplyDelete
  20. Aku pun sedang tunggu ulasan PS tentang surat Nik Amalina nie.

    Aku sokong juga cadangan kuntau tue. PS, aku seru hang kembali menjadi PS yang dulu. Hang jangan lagi tertipu dengan mana mana blogger tak kiralah blogger tu lulusan dari mana sekalipun.

    Lebih baik kita kawan dengan orang yang sekolah tak tinggi daripada kita ditipu oleh Ust Pil Kuda.

    PS, aku dan officemate aku memang pengikut setia blog hang. Malah, ramai kawan kawan aku di Penang nih yang follow blog hang.

    Alih alih hang buat kami semua terpinga pinga.

    PS, kami tau hang ikhlas nak bela TGNA tapi hang silap kerana membiarkan diri hang diperkudakan oleh Ust Pil Kuda.

    Dulu kami semua nie PKR tapi banyak artikel hang yang buat kami menjadi hijau terutamanya dalam bab ketelusan PAS yang hang selalu tegaskan dalam artikel hang dulu dulu.

    PS, kembalilah menjadi PS yang dulu.

    ikhlas,
    Abg Usop Penanti

    Tambahan : PS dan kawan kawan tidoq rumah saya masa PRK Pmtg Pauh hari tu.

    ReplyDelete
  21. Sorry sbb bz sikit skrg.

    Komen komen oleh ANON ANON tertentu tu ada rasionalnya tetapi cuba kita tanya diri kita - apa yg akan kita lakukan jika kita adalah Nik Amalina dan apa yg akan isteri kita lakukan jika dia di tempat Nik Amalina?

    Kita renungkan isu di atas dalam konteks suami-isteri dan letak tepi konteks menantu-anak Tok Guru.

    Seorang isteri yg mithali adalah seorang isteri yang bersedia untuk jatuh dan bangun bersama suaminya.

    RBF, ko boleh terjun gaung. Jaga rumahtangga ko tu dulu.

    ReplyDelete
  22. rbf..ko mmg sial..u fucking son of the bitch!!!

    ReplyDelete
  23. Yang duduk dengan UMNO tu semuanya sial. Kalau ustaz pun ustaz sial. Apatah lagi RBF yang hanya penjilat kahak Noh Omar nih.

    ReplyDelete
  24. Salam.... Apa salahnya Nik Amalina meluahkan isi hatinya terhadap suaminya yang difikirkan dianiyai? Kenapa luahan hati beliau dihina dan dikeji sedemikian rupa?Kenapa luahan rasa Kickdefellah selepas pemecatannya dari PMBK disokong habis-habisan oleh penyokong2nya? Apa kelebihan Kickdefella. Itu yang perlu kita kaji. Nik Amalina menulis mungkin baginya satu titik permulaan baginya untuk memulakan perjuangan terhadap suaminya sendiri? Adakah itu salah? Luahan isi hatinya mungkin akan meredakan kegusaran hatinya kerana dia yakin suaminya berada di pihak yang benar. Apa yang perlu kita buat ialah meneliti kronologi di sebalik luahan hatinya bukan menghinanya sedemikan rupa.

    Kepada sesiapa yang menghina, menghasut dan memfitnah sesiapa dalam mana2 blog, pernahkan anda terfikir, DISAAT JARI JEMARI ANDA MENULIS SEBARANG BENDA YANG TIDAK ELOK, NYAWA ANDA DIAMBIL OLEH ALLAH S.W.T TANPA SEMPAT ANDA MEMOHON MAAF, APAKAH BALASANNYA? Ingatlah Allah itu Maha Melihat, Mendengar dan Mengetahui Niat sebenar anda. Untuk Nik Amalina, teruskan perjuangan anda untuk menegakkan keadilah biarpun luahan isi anda mendapat tentangan dan komen yang hebat.Yakinlah bahawa Allah s.w.t sentiasa bersama orang-orang yang benar.........

    ReplyDelete
  25. Kepada sesiapa yang menghina, menghasut dan memfitnah sesiapa dalam mana2 blog, pernahkan anda terfikir, DISAAT JARI JEMARI ANDA MENULIS SEBARANG BENDA YANG TIDAK ELOK, NYAWA ANDA DIAMBIL OLEH ALLAH S.W.T TANPA SEMPAT ANDA MEMOHON MAAF, APAKAH BALASANNYA?
    =====

    Cuba kau sampaikan pesan ni kat Nik Amalina. Dia ada menulis tentang Sheih dan isterinya yg dia pun hanya ...mendengar...bukan melihat sendiri. Nik Amalina menulis untuk bacaan beribu pembaca yg kemudian akan terpengaruh dgn apa yg ditulisnnya.

    Fitnah? Apa yg awak maksudkan sebagai 'fitnah'? Sila beri makna perkataan 'fitnah' ini. Bagaimana pula perkataan 'hasut'?

    ReplyDelete
  26. Kan aku dah kata. Cuma orang Pas yang sayang TGNA. Anak dan menantunya tak sayangkan TGNA. Sebab itu mereka hidup mewah. Kalau Amalina sayangkan TGNA, dia akan tegah TGNA ke Makah ditaja RM65K. Ini tak dia yang tumpang sekaki.

    ReplyDelete
  27. Tak sangka betullah blog aku nih dah jadi blog forum.

    Takper. Yang penting korang bahagia.

    Aku tetap tak akan sekat komen komen korang. Teruskan berforum.

    ReplyDelete
  28. salam,
    dulu tgna kutuk pak lah pasai menantunya. allah maha kaya, kini allah kenakan pulak kes yg serupa di dunia, bagi tok guru sedar akan kekuasaan allah. mcm mana rasanya tok guru? nik amalina, saya rasa baik lah cik puan berdiam diri jgn mengalutkan suasana. dengan kuasa allah kebenaran akan datang jua akhirnya. anda tidak menulis dengan fakta dan kebenaran hnya hersay dan agak2 jer. nanti benda ni makan diri. org yg menuduh tu lengkap dgn fakta, bukti dan saksi. kredibiliti anda akan di ragui nanti jika anda gagal menyertai bukti. jika setakat dengar jer laki cik puan cakap tak leh pakai. baik saja anda berdiam diri......

    lebai malang

    ReplyDelete