Wednesday, November 11, 2009

PAS KELANTAN BELA TG HJ NIK AZIZ DALAM ISU TAJAAN MENUNAIKAN HAJI



PAS Kelantan mempertahankan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerima tajaan mengerjakan haji pada minggu depan kerana menganggapnya sebahagian amalan dan budaya di negeri itu.

"(Penajaan) itu biasa di sini. Tok-tok guru pondok, tok-tok imam kebanyakannya ditaja untuk mengerjakan haji.

"Itu sebahagian daripada cara kita (penduduk Kelantan) meraikan orang agama," kata setiausaha PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim.

Beliau diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilaporkan mengakui menerima pembiayaan untuk menunaikan ibadah haji bernilai RM65,000 selama dua minggu.

Nik Abdul Aziz juga dilaporkan menerima tajaan itu kerana beranggapan ia bukanlah amalan rasuah kerana pihak penaja tidak meminta sebarang ganjaran balas.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Zaki menolak tanggapan bahawa tindakan Nik Abdul Aziz, sebagai seorang menteri besar, boleh menimbulkan tohmahan.

"Memang dia seorang menteri besar, tetapi dia juga seorang ahli agama," katanya.

Mohd Zaki juga tidak terkejut sekiranya terdapat pihak yang mahu menjadikan tajaan terhadap mursyidul am PAS itu sebagai modal politik masing-masing.

"Biasalah, kalau orang hendak buat isu boleh," katanya. - MALAYSIAKINI

ULASAN : Mana PAS Pusat? Mana Ketua Penerangan? Mana Ketua Dewan Ulama? Mana Ketua Pemuda PAS Pusat? Kenapa yang bela TG Hj Nik Aziz itu namanya Mufti Harussani?

4 comments:

  1. Dalam isu tajaan Haji nie, kat mana Mufti Perak bela TG Nik Aziz? Ada link tak? Harap bleh kongsi.

    ReplyDelete
  2. Baca akhbar Sinar Harian versi cetak edisi Selangor/KL.

    ReplyDelete
  3. Jika ini dilakukan oleh UMNO, maka akan dikatakan rasuah atau penyelewengan.
    TGNA kena lebih tegas untuk membanteras amalan - amalan seperti ini. RM65000, masih ramai anak yatim, ibu tunggal di Kelantan dari menaja ahli agama mengerjakan haji. Jika tidak mengharapkan balasan, Tidak Salah tetapi Tidak Utama. Apatah jika boleh menimbulkan fitnah. Tuan Guru lebih arif dalam perkara ini. Amalan terdahulu tidak semestinya betul.
    Bab Mufti Harussani, kalau betul, rasanya bukan nak sokong Nik Aziz tetapi nak mengiakan amalan yang mungkin biasa dilakukan.
    Rasanya lebih baik kita mengutamakan KEUTAMAAN.

    ReplyDelete
  4. Benda nih dah lama berlaku dan bukan TG seorang jer yang pernah ditaja. Ramai lagi alim ulama yang pernah ditaja.

    Kenapa tidak dipersoalkan? Kerana itu budaya orang Kelantan yang suka memuliakan orang alim tidak kira PAS atau UMNO.

    ReplyDelete