Thursday, November 12, 2009

PENDEDAHAN KICKDEFELLA - JANGAN SAMPAI DICOP PEMBOHONG



Aku cuma nak sentuh beberapa perkara berkaitan "pendedahan" kickdefella berkaitan Ir Arifahmi dan PMBK.


Pertama - Isu umrah

Umrah ini bukanlah atas usaha Ir Arifahmi tetapi lebih merupakan anugerah TG Hj Nik Aziz kepada seorang individu yang bertungkus lumus membantu kerajaan Kelantan untuk mewujudkan model perbankan Islam yang benar benar Islamik.

Individu ini dengan rela hati tanpa meminta sebarang bayaran telah sanggup untuk memperkenalkan PMBK kepada Kuwait Finance House di Kuwait bagi mendapatkan model perbankan Islam yang diamalkan di sana.

Sebagai balasan, kerajaan negeri Kelantan bersetuju untuk menaja kos umrah individu terbabit dan perkara ini diputuskan di dalam mesyuarat dan bukannya diputuskan di rumah oleh TG Hj Nik Aziz dan Ir Arifahmi.

5 orang telah berangkat ke Kuwait dan 3 orang daripadanya telah pulang ke Malaysia selepas selesai urusan perbincangan dengan Kuwait Finance House.

Dalam masa yang sama, TG Hj Nik Aziz sedang menunaikan umrah di Makkah dan individu terbabit berhajat untuk turut serta dengan TG Hj Nik Aziz di Makkah.

Adab orang berbudi, takkanlah Ir Arifahmi nak biarkan individu tersebut terbang berseorangan ke Makkah? Maka, atas dasar adab dan hormat, Ir Arifahmi menemani individu terbabit ke Makkah dan menunaikan umrah bersama sama dengan rombongan TG Hj Nik Aziz.

Isunya, kos umrah itu bukan dibuat secara peribadi tetapi dibuat di dalam mesyuarat dan diminitkan.

Jadi, tidak timbul soal penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan kewangan.

Wallahu a'lam.


Kedua - Isu memberikan tekanan kepada kakitangan yang mendedahkan penyelewengan kepada SPRM

Sebelum ini, kickdefella mendakwa dirinya dianiaya kerana beliau bukanlah individu yang menyalurkan maklumat kepada SPRM.

Tetapi, jika diteliti penjelasan kickdefella, beliau begitu membela kakitangan PMBK terbabit. Sekiranya beliau mendakwa kakitangan tersebut bukan beliau, kenapa beliau tidak dedahkan sahaja nama kakitangan tersebut kepada TG Hj Nik Aziz supaya namanya dapat dibersihkan?

Soalnya, bukan laporan yang dibuat kepada SPRM. Soalnya adalah laporan palsu serta tuduhan palsu yang dibuat kepada SPRM.


Ketiga - Isu dihalau daripada pejabat

Isu ini perlu dilihat dalam konteks keseluruhan dan bukan hanya dalam konteks kickdefella "dihalau" keluar daripada pejabat.

Secara ringkasnya begini : -

Pihak PMBK dan Persatuan Peniaga yang menaungi para peniaga di Pasar Besar MPKB pada awalnya telah bersetuju dengan syarat syarat pemindahan dan telah bersetuju untuk berpindah seperti mana yang telah diputuskan.

Namun, atas hasutan dan tangan tangan jahat kickdefella dan seorang Exco, para peniaga ini telah menuntut perkara baru yang tidak terkandung di dalam perjanjian awal.

Pihak yang mahu mencalarkan imej PMBK amnya dan imej Ir Arifahmi khususnya telah menghasut pihak peniaga untuk mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan PMBK atas alasan Ir Arifahmi enggan bertemu para peniaga.

Untuk pengetahuan, pada tarikh tersebut, Ir Arifahmi perlu menguruskan satu urusan melibatkan PMBK Sawit di Gua Musang dan meminta agar perjumpaan itu ditetapkan pada suatu tarikh yang lain.

Kesempatan ini telah diambil oleh Exco yang "tak sabar sabar untuk jadi MB Kelantan" untuk menerima "kunjungan" para peniaga terbabit. Exco ini dengan penuh angkuh membawa para peniaga ini ke Bilik Mesyuarat PMBK dan pencerobohan beliau ini telah dihalang oleh beberapa pihak.

Walaupun beliau seorang Exco, namun itu tidak bererti beliau boleh melakukan apa sahaja yang beliau suka di PMBK.

Walaupun telah dihalang, Exco terbabit dan kickdefella telah berjaya masuk ke dalam Bilik Mesyuarat bersama sama lebih kurang 20 orang peniaga dan beliau sendiri @ kickdefella telah mengunci pintu Bilik Mesyuarat daripada dalam.

Staff PMBK tidak pernah mengunci Bilik Mesyuarat tersebut seperti mana yang didakwa oleh pihak tertentu. Kickdefella pula bukanlah dihalau daripada pejabatnya tetapi dihalang masuk ke Bilik Mesyuarat PMBK atas alasan "onar" yang ingin dilakukannya.

Memang ada pegawai PMBK yang meminta kickdefella meninggalkan Bilik Mesyuarat atas arahan CEO PMBK tetapi kickdefella tetap dengan sikap pekak badaknya.

Beliau hanya diminta meninggalkan Bilik Mesyuarat dan bukannya dihalang daripada memasuki pejabatnya di PMBK.

Jadi, soal beliau dihalau ini tidak timbul sama sekali.


Keempat - Isu pejabat beliau diberikan kepada pegawai yang lain tanpa dimaklumkan kepada beliau.

Bilik itu sememangnya diperuntukkan kepada beliau dan beliau amat jarang masuk ke pejabat tersebut sejak zaman CEO PMBK yang lama lagi.

Sehubungan dengan itu, akibat daripada ruang yang terhad dan pertambahan beberapa orang pegawai, maka ruang pejabat beliau telah dikecilkan bagi memberi ruang pejabat kepada seorang pegawai baru.

Tidak lama selepas itu, oleh kerana kickdefella tetap tidak menunjukkan minat untuk hadir ke pejabat, maka ruang yang masih berbaki itu pun telah dijadikan ruang pejabat untuk seorang lagi pegawai baru.

Walaupun ruang pejabat beliau telah diberikan kepada pegawai baru dan kickdefella tetap tidak hadir ke pejabat, namun gaji kickdefella tetap dibayar dan tidak pernah tertunggak.

Hatta, walaupun kontrak beliau telah ditamatkan serta merta, namun baki gaji beliau yang berjumlah lebih RM20 ribu tetap dibayar menerusi sekeping cheque bertarikh 9 Nov 2009 yang dikepilkan bersama sama dengan surat penamatan kontrak yang diterima beliau.

So, what?

2 comments:

  1. nak tanya..yolo ko baki gaji Kickdefella yg dh kena kick tu RM20 ribu?berapo nah gaji dia 1 bln?ambik fakta mana nih?ken jadi fitnah pulok..

    ReplyDelete
  2. RM20 ribu tu adalah jumlah gajinya dari tarikh dipecat sehinggalah tarikh kontraknya tamat pada tahun depan.

    RM20 ribu itu bukan gaji bulanan beliau.

    Di dalam artikel di atas, ada ditulis BAKI GAJI. So, sila baca dan fahami dengan betul supaya anda tidak salam faham.

    ReplyDelete