Friday, November 6, 2009

PROF DR AZIZ BARI - BILA SENADA DENGAN PAS MAKA BELIAULAH AHLI AKADEMIK YANG JUJUR DENGAN ILMU ILMUNYA - BILA TERKENA BATANG HIDUNG PAS MAKA .....



.....................MAKA BELIAU ADALAH AGEN MUSUH.

Sampai bila kita mahu memiliki mentaliti yang sebegini. Apabila sesuatu pandangan itu menyebelahi keinginan dan kehendak kita, maka kita akan jaja pandangan dan pendapat itu semahu mahunya. Kita akan julang setinggi tingginya.

Malangnya, apabila pandangan atau pendapat itu terkena batang hidung dan batang tubuh kita, maka kita dengan penuh perasaan akan melabelkan individu itu sebagai agen musuh ataupun "pandangan separuh masak".

Sampai bila kita nak begini? Tepuk dada tanya iman.......

Artikel di bawah ini adalah luahan hati Ketua Pemuda PAS Pusat iaitu Ust Tantawi.


Oleh Nasrudin Hassan Tantawi

Dr Abd Aziz Bari semakin menyeringai dengan menunjuk taring dan belangnya hari ini melewati satu wawancara ekslusif beliau bersama Malaysiakini.

Semakin lantang dan celupar kenyataannya. Tidak keterlaluan jika saya kata beliau semakin biadab (tiada adab) menyerang pemimpin PAS tanpa sabar lagi untuk menunggu hari esok.

Sedang esok beliau telah diundang oleh PAS untuk memberi pandangan dan kritikan beliau. Biarpun pedas dan keras, namun atas keterbukaan sikap Presiden PAS dan seluruh pimpinannya, Dr Aziz Bari diundang sebagai tetamu dan panel dalam Seminar Politik yang akan berlangsung esok.

Beliau boleh menunggu hari esok untuk melontarkan idea dan kritikan kepada PAS dan pimpinannya. Tapi beliau seperti mempunyai agenda tersembunyi, apabila secara konsisten memilih media umum untuk menghentam dan membidas serta melemparkan fitnah dan tuduhan tanpa bukti kepada pimpinan PAS.

Sebagai tokoh akademi, beliau sewajarnya kaya dengan adab dan tatacara dalam mengkritik dan membuat tuduhan. Bukan sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan tanpa lampiran bukti yang kukuh. PAS telah membuka medan atau saluran yang betul buat beliau mengkritik (dengan mengundang beliau sebagai panel ke Seminar Politik PAS), tetapi kelihatan beliau gagal memahami kedudukan itu dengan mengambil sikap terus menerus mengasak dan menyerang pimpinan PAS di khalayak ramai.

Lagaknya seperti mata lembing musuh untuk terus menikam pimpinan PAS yang tidak digemarinya malah juga tidak keterlaluan kalau saya pula mengatakan beliau adalah ejen UMno sebagaimana beliau menuduh Presiden PAS dan timbalannya sebagai pro Umno.

Apakah Dr Aziz Bari bimbang untuk berhadapan dengan ahli-ahli PAS dalam Seminar Politik esok sehingga memaksa beliau membuat kenyataan demi kenyataan menyerang Presiden PAS di luar medan yang disediakan? Tiadakah kesabaran beliau untuk menunggu awal pagi esok? Atau sememangnya beliau merancang untuk terlebih dahulu mempengaruhi peserta seminar dan masyarakat umum?

Saya kini tidak lagi melihat kritikan beliau terhadap pimpinan PAS sebagai datang dari seorang tokoh akademik yang ikhlas dan tulus , tetapi ia adalah kritikan yang datang dari seorang ejen musuh untuk menggulingkan Presiden PAS dan mahu melihat PAS terus bergolak. Beliau sangat seronok melihat PAS berkrisis hasil kritikan dan tohmahan yang dilontarkan.

Sebelumnya saya tidak ambil kisah kenyataan-kenyataan beliau. Saya berlapang dada. Saya kira ini adalah pandangan dari luar kotak yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan. Alhamdulillah, perhatian telah diberikan oleh pimpinan PAS terhadap tulisan-tulisan beliau dan akhirnya membawa kepada Seminar Politik. Lebih menarik , beliau jua antara panel yang diundang oleh PAS untuk memberi kritikan melalui medan dan saluran yang disediakan . PAS, pimpinan dan seluruh ahlinya sedia mendengar dan bermuhasabah.

Tetapi beliau masih tidak berpuas hati. Pimpinan PAS terus diserang dan ditohmah. Beliau bercakap soal disiplin dan karisma kepimpinan tetapi saya lihat beliau sendiri jelas tidak memiliki disiplin dan jauh sekali dari memiliki karisma. Ramai orang tertanya-tanya, apa sebenarnya yang beliau mahu?

Melihat kepada reaksi brutal beliau menyerang tanpa henti, mudah sahaja jawapannya ialah beliau mahu menjatuhkan Presiden PAS dan beberapa pimpinan yang lain serta mahu supaya PAS terus bergolak. Akhirnya beliau (Dr. Aziz Bari) dan puak-puaknya mendapat advantage dari kekeruhan yang diciptanya.

Jawapan ini saya kemukakan kerana jelas apa yang diinginkan oleh Dr Aziz Bari bukan penyelesaian kerana pelan penyelesaian telah dibuat dan medan perbahasan telah dibuka dengan penganjuran seminar ini. Tapi beliau menunjuk rasa tidak puas hatinya dengan terus melanyak pimpinan PAS. Ertinya beliau bukan inginkan kedamaian dan penyelesaian tetapi apa yang beliau mahu ialah menyingkirkan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang lain bagi memuaskan hatinya dan hati puak-puaknya.

Dr. Aziz Bari dan kumpulannya kelihatan terancang dan teliti dalam mengatur plot untuk menjatuhkan presiden PAS. Tulisan dan kenyataan beliau terutamanya hari ini bukan lagi bersifat teguran dan kritikan tetapi serangan dan tohmahan untuk menjatuhkan Presiden PAS dengan memberi pelbagai label. Saya berdoa kepada Allah swt semoga Allah memelihara jamaah Islam ini dan menggagalkan perancangan Dr Aziz Bari dan kumpulannya.

Saya menyesal kerana hampir-hampir mempercayai beliau dan menghormati seluruh tulisan beliau. Ternyata saya silap dan beliau tidak ikhlas sebagaimana yang disangka. Apa salahnya beliau menunggu esok yang tidak berapa jam sahaja lagi untuk memberi teguran direct kepada seluruh pimpinan PAS dari segenap peringkat yang hadir berseminar nanti. Kenapa setelah dibuka ruang dan diberi peluang kepada beliau dengan penuh hormat dan penuh dengan sikap keterbukaan pimpinan PAS, beliau masih tidak menghormatinya sebaliknya memilih untuk terus menghentam pimpinan PAS di media umum?

Menurut rekod daftar ahli PAS sekarang dan pengakuan beliau sendiri , beliau bukanlah ahli PAS dengan maksud beliau memang bertindak sebagai orang luar dari PAS. Realiti itu tiada masaalah bagi saya . Boleh sahaja sesiapa pun mengkritik PAS dan pimpinan PAS mestilah peka dengan kritikan tersebut. Tetapi apabila kritikan itu bernada tuduhan dan tohmahan, beliau mestilah tampil dengan hujah dan bukti yang kukuh.

Malangnya beliau menulis tanpa sebarang bukti kukuh malah menampilkan fakta yang salah.

Pun begitu saya masih menaruh harapan agar esok, Dr Aziz Bari dapat hadhir dan kemukakan hujjah serta bukti-bukti kukuh beliau. PAS telah sediakan medan yang telus dan tulus buat beliau.

Kelak, jika tiada bukti yang meyakinkan terhadap segala tuduhan dan tohmahan maka selesailah sebuah kemelut ciptaan Dr Aziz Bari dan puak-puak yang mendokongnya dan harapan saya selepas itu, pimpinan dan ahli PAS tidak perlu lagi terseret dalam kancah yang sengaja di creat oleh ejen-ejen musuh untuk terus melihat PAS retak dan lemah.

Sebaliknya, jika Dr Aziz Bari berjaya mengemukakan bukti yang jelas atas setiap pertuduhan yang dilemparkan, PAS janganlah teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas siapa jua yang menggadai prisip perjuangan dan polisi parti.

Akhirnya saya menyeru agar semua sahabat seperjuangan agar tidak mudah untuk terpengaruh dengan propaganda musuh yang mahu melihat parti terus bergolak. Kerana apabila PAS teguh dan bersatu, maka pastinya akan menyusahkan mereka untuk melaksanakan agenda-agenda jahat menghancurkan perjuangan Islam ini.

Marilah kita cantumkan semula pecahan-pecahan hati dan rasa dikalangan kita, agar kita kembali bertaut dengan semangat ukhuwwah fillah. Biarlah orang lain bercakap, mengkritik, menuduh dan menabur fitnah sementara kita terus utuh memberikan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan. Melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang masih terbengkalai kerana asyik dan hanyut dalam arus pergolakan yang dicipta oleh ejen musuh.

11 comments:

  1. Yang aku tahu Aziz Bari lagi zuhud dan berilmu dari Tantawi.

    ReplyDelete
  2. Tionaseng sungguh mamat serban ni. Adakah semua pimpinan PAS ini syok sendiri? Sehinggakan PAS tidak boleh dikritik? Sombong betul.

    ReplyDelete
  3. Ada ilmu tapi hanya bagus di atas kertas sahaja. Fahanmnya entah ke mana. Jujurnya entah ke mana. Amanahnya entah ke mana.

    ReplyDelete
  4. tantawi? hero kampung. dia marahkan prof aziz bari, tak leh tunggu besok. tunggu apa, 20 minit. nak cakap apa? lepaskan semua, besok tak payah bentang kertas kerja lagi. 20 minit padand dengan soal jawab je. tantawi mesti ada banyak nak tanya. dia pun tak leh tunggu besok... tatak celedik punya olang...

    ReplyDelete
  5. Hujah level intelek paras lutut btl tantawi ni.. Aduss, nape la perwakilan PAS ni melantik pemimpin2 yg syok sdri aje kja.. Klu PAS masih tk berubah menjelang PRU13, mintak maaf, aku tkkn ngundi PAS.. Igt, setiap undi adlh penting.. Jika asyik kalah, bila Islam nk mng???

    ReplyDelete
  6. Inilah masalah apabila tidak faham erti ulama dan jemaah. Main sokong jer. Sampai bila kita nak taklid buta tuli?

    ReplyDelete
  7. Bukan team Malaysiakini tu yg dtg pejabat prof Aziz ke mintak pandangan? bukannya dia tak sabar2 sgt nak heboh kat media.rilek aa ketua pemuda pas

    ReplyDelete
  8. Saper yg tak sabar sebenarnya? Aziz Bari atau Tantawi?

    Why Tantawi tak bela TG Hj Nik Aziz waktu beliau kena hentam dulu?

    ReplyDelete
  9. Salam,


    dah tahu kan, Abu Bakar Chik sound TGNA masa mesyuarat khas malam itu sehingga menyebabkan TGNA balik awal, rujuk http://baganutama.blogspot.com/2009/11/kenapa-tg-nik-aziz-tidak-hadir-sidang.html

    ReplyDelete
  10. Ya Allah, selamatkanlah jemaah Islam ini dari mereka yang menyangka berbuat baik tetapi sebenarnya merekalah yang melakukan kerosakan...

    ReplyDelete
  11. Jika jemaah ini masih ada jujur dan amanahnya terhadap agama-Mu Ya Allah, Engkau peliharalah jemaah ini daripada kehancuran.

    Namun Ya Alllah, jika jemaah ini sudah bukan di landasan yang sepatutnya, Engkau gantikanlah jemaah ini dengan jemaah yang lain yang mampu memelihara agama-Mu ini.

    Ameen.

    ReplyDelete