Monday, August 31, 2009

KISAH LEMBU ADUKA TARUNA




Oleh : AdukaTaruna

Di satu padang masyar khas untuk para bintanang, ada 4 ekor lembu sedang beratur bersama jutaan yang lain menunggu perhitungan.

"Perghhh... lama gile bersapau kat sini beb. Kita tunggu untuk apa eh?" Tanya Lembu Putih kepada 3 rakannya.

"Entahla.. dari yang gua dengar, kita tunggu kesahihan cara kita mati. Kalau kita mati kerana ibadah Allah, kita masuk syurga."

"Kalau tak?"

"Kalau tak, kita dighaibkan."

"Lu biar betik, Tompok." Lembu Putih was-was.

"Entah la... tapi nenek gua bagitau camtu la. Kalau nenek gua kencing, gua kencing lu la."

"Tapi kan nenek lu dulu pernah tipu kita yang dia berasal dari kuda?" Soal Coklat.

"Kau jangan ungkit2, Coklat. Gua bunuh lu sekali lagi kang."

"Dah.. dah. Sampai sini pun nak bertekak. Releks arr beb." Putih mencelah. Kelabu dari tadi memerhati turut mengangguk.

"Weih.. Kelabu. Lu dulu mati sebab apa?"

"Gua mati sebab ibadah kerana Allah."

"Eh.. eh.. Kompiden jer kau cakap. Cer story sket." Sampuk Tompok.

"Imam masjid, dia nak g masjid..."

"OOoo kalau Imam Masjid sembelih lu, kompom la kerana ibadah Allah. Pergh... syurga tu beb." Potong Coklat.

"Lu bikin paru2 gua panas beb. Tunggu la habes cerita." Tompok dah hangen satu badan.

"Hadoi yai. Lu ni biar la matang sket. Habiskan cerita Kelabu." Putih dah berbulu.

"Imam masjid g masjid naik Pajero. Gua tak nampak masa melintas. Dengan gua, dengan Iman Masjid arwah malam tu."

"Warrhhhh kah kah kah kah." Putih menonggeng gelak.

Tompok juga berdekah sambil tangan memegang perut. Coklat jangan cakaplah. Ketawa sambil geletek ketiak sendiri untuk kepuasan maksima.

"Mati eksiden ada hati masuk syurga. Warggrhhhhh kah kah kah kah." Putih gelak lagi.

"Dah tahu kelabu, pakaila jaket pantul cahaya. Warghhhhh kah kah kah." Tambah Coklat.

"Ekeleeee... yang lu plak Tompok? Mati pasal apa?"

"Gua mati pasal gua lembu laga. Gua berlaga dengan Coklat. Tapi sebab Coklat mati dulu, kira gua menang la."

"Warrghhhh.. hahahahaha. Kah kah kah kah." Putih terus gelak.

"Apsal lu gelak?" Soal Tompok dan Coklat serentak.

"Bodoh macam lembu. Kena aniaya kat manusia. Kah kah kah kah." Putih gelak lagi.

"Okeh.. lu plak? Mati pasal apa?"

"Gua mati pasal ibadah Allah beb. Gua kena sembelih hari Jumaat lagi." Putih bangga.

3 yang lain terdiam.

"50 orang raikan kematian gua beb. Siap banner lagi."

"Ha? Yang arak kepala lu kat SUK tu ke?"

"Ha ah."

"Warghhh kah kah kah kah. Tu sembelih kerana UMNO, bukan kerana Allah. Kah kah kah. Bodoh macam Melayu."

"Warrghhhh.. hahahahaha. Kah kah kah kah. Siap kena pijak kepala lagi tu beb. Kah kah kah."

RODZIAH ISMAIL "SOKONG ISA" NAFI SOKONG ISA - KENYATAAN MEDIA



Media putar belit atau anda yang terbelit dalam belitan anda sendiri? Kenapa setiap kali “kantoi”, baik PAS, PKR mahupun DAP, maka alasan atau hujahan rapuh “media putar belit” atau “putar belit media” itu yang menjadi pilihan?

Dah macam macam isu, rakyat nak u all jawab isu, lawan hujah, bukannya beri alasan.

Plslah. Kami dah muak sebenarnya. Kami dah letih dengan gelagat sebahagian daripada anda. Kami, rakyat, tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat kerana kamilah foundation yang memikul beban pembentukan Pakatan Rakyat.

Tapi, sedarilah, rakyat tidak memerlukan pemimpin yang hanya tahu tuding jari dan berdolak dalik.

p/s : Rodziah..khaaaaaaq ppttuuiihhh.


Kenyataan Media
30 Ogos 2009

Penggunaan ISA Secara Double Standard Dipersoalkan

Merujuk kepada laporan berita yang disiarkan dalam mukasurat pertama Sinar Harian hari ini (30 Ogos) bertajuk ”ISA kepada yang terlibat: Exco”, ingin saya memperjelaskan pendirian saya seperti berikut:

1) Tajuk berita yang disiarkan adalah mengelirukan atau misleading kerana saya tidak pernah menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) digunakan ke atas mereka yang menyertai perhimpunan itu.

2) Ketika ditemui wartawan, saya mempersoalkan double standard yang diamalkan oleh pihak pemerintah kerana kelihatan hanya menggunakan ISA ke atas pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa menimbulkan isu perkauman sepertimana dilalui oleh Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok tahun lepas, tetapi tiada tindakan dikenakan ke atas pimpinan atau penyokong Barisan Nasional yang menjurus kepada ketegangan perakuman sepertimana disaksikan dalam perarakan kepala lembu di depan Bangunan SUK pada Jumaat lalu.

3) Adalah jelas bahawa ISA digunakan oleh pihak pemerintah hanya untuk memburukkan imej pimpinan Pakatan Rakyat. Untuk menghalalkan penggunaan ISA, pimpinan Pakatan Rakyat dikaitkan pula dengan isu ketegangan perkauman.

4) Maka saya tetap berpegang kepada pendirian bahawa ISA harus dimansuhkan kerana ISA telah memberi kuasa yang terlalu besar kepada Menteri Dalam Negeri sehingga bertindak secara selektif serta menafikan hak perbicaraan dan hak untuk membela diri seseorang.

5) Dengan ini saya berharap pelaporan berita ke atas isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Sekysen 23 ini tidak teralih dari masalah pokoknya, iaitu isu perancangan komuniti yang bakal diselesaikan dalam pertemuan dengan penduduk Seksyen 23 pada 5 September nanti.

YB RODZIAH ISMAIL
ADUN Batu Tiga
Exco Kerajaan Negeri Selangor

KETUA POLIS SELANGOR MENIPU LAGI - TIPU FAKTA KES KUGAN - TIPU FAKTA KES TEOH BENG HOCK - TIPU FAKTA KES DEMO LEMBU - RAKYAT BELUM LUPA LAGI



Kerajaan Rakyat mengucapkan syabas dan tahniah kepada Polis Selangor, kepada Ketua Polis Selongor, Datuk Khalid Abu Bakar khasnya. Tahniah kerana kali ini beliau cuba bertindak mengikut prosedur siasatan. Kononnya….!!!!

“Kita tidak boleh menangkap orang begitu sahaja dan mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan,” kata Datuk Khalid seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini.

Polis berharap dapat menyiapkan siasatan berhubung protes pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 dan perarakan kepala lembu menjelang Selasa depan, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini.

Hello Datuk Khalid, benar saudara adalah Ketua Polis Selangor. Benar uniform saudara perlu dihormati. Benar pangkat kamu wajar diakui. Tetapi, pembohongan, penipuan, pendustaan, kecuaian dan putarbelit kamu perlu disepak ke longkang..!!!

Kata-kata kamu “Kita tidak boleh menangkap orang begitu sahaja dan mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan,” adalah satu pendustaan. Saya ulangi, satu pendustaan..!!!

Kamu berdusta kerana, kalau benar menangkap orang begitu sahaja bukan amalan kamu serta anggota bawahan kamu, maka atas alasan apa Polis bukan hanya menangkap rakyat yang berhimpun semasa ‘Perhimpunan Bersih’, ‘Perhimpunan Mansuh PPSMI’ dan beberapa perhimpunan aman yang lain malahan pihak Polis dengan segala kezalimannya telah turut mencederakan rakyat yang berhimpun secara aman semasa perhimpunan tersebut?

Bohong sekiranya pihak Polis mengatakan mereka tidak bersedia terhadap perancangan perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pengkhianat agama, bangsa dan negara yang ditaja oleh umno. Lama sebelum perhimpunan tersebut diadakan beberapa blog dan laman web pro UMNO telah menyiarkan dan mengajak orang ramai untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Rumusan saya, Polis hanya bertindak terhadap mana-mana perhimpunan yang diusahakan oleh mereka yang tidak sehaluan dengan parti UMNO/BN. Gambaran yang cuba dipaparkan ialah tindakan hanya dilakukan dan dilakukan dengan penuh kekerasan terhadap sesiapa sahaja yang menentang UMNO/BN.

Persoalan yang timbul, apakah tugas Polis tertakluk kepada menjaga kepentingan politik UMNO/BN atau menjaga keselamatan dan membantu memartabatkan kedaulatan serta kesejateraan RAKYAT?

Saya amat yakin kiranya yang melakukan demonstrasi itu terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat, maka belum sempat kepala lembu itu diarak, berpuluh orang yang akan disiram dengan air asid atau ditembak dengan gas pemedih mata.

Maka itu, tidak keterlaluan jika rakyat kerap mengatakan polis bertindak menurut telunjuk pemimpin UMNO/BN demi kepentingan politik kepartian mereka dan bukan atas kesedaran menjaga kesejahteraan rakyat.

Walau bagaimanapun kira benar Polis telah insaf, (saya kurang yakin) maka Alhamdulillah, bersyukur kita kepada ALLAH SWT.

Salam Takzim dan Salam Ramadhan kepada seluruh anggota Polis yang beragama Islam. Bertugas dan bertegaslah demi Agama, Bangsa dan Negara, jangan bertugas dan bertegas demi UMNO kerana UMNO/BN akan pupus dan lupus selepas pru-13 nanti, InsyaALLAH.

Kepada Ketua Polis Selongor, Datuk Khalid Abu Bakar, maaf saya pohon kira saudara sakit hati membaca titipan saya ini. Walau apapun di bulan Ramadhan yang mulia ini saya doakan saudara dilimpahi taufik dan hidayah dari ALLAH SWT.

SUMBER : http://kerajaanrakyat.com

Sunday, August 30, 2009

KITA BERDEMO MENENTANG ISA - KITA MENYOKONG MAHKAMAH TERBUKA - MALANGNYA RODZIAH ISMAIL MENYOKONG ISA



Pengalaman berdemo menentang kewujudan ISA bersama GMI pada 1 Ogos lalu masih segar diingatan. Kenikmatan bermandikan air kimia dan bermain kejar kejar dengan polis dan rasaksa Water Canon juga masih belum hilang.

Tujuan kita tidak lain hanya mahu menyaksikan akta zalim ISA dimansuhkan sepenuhnya dan tidak digunakan untuk menahan sesiapa juga.

Kita mahu setiap yang ditahan tidak kira apa ideologi politiknya dibicarakan di mahkamah terbuka. Kita mahu setiap yang ditahan tanpa mengira apa parti politiknya dibicarakan di mahkamah terbuka.

Kita menentang apa juga bentuk penahanan tanpa bicara walau atas apa jua alasan sekalipun. Hatta, kita menentang penggunaan akta zalim itu ke atas sesiapa sahaja termasuk ahli UMNO juga !!

Malangnya, ada pula pimpinan kita yang mahukan akta itu digunakan ke atas kepala demo "kepala lembu" !!

Aku tertanya tanya kepada diri aku sendiri, adakah kita juga mengamalkan double standard seperti mana UMNO/BN?

Adakah kita menentang akta zalim itu apabila "terkena" pada kelompok kita dan kita menyokong akta zalim itu apabila "terkena" pada kelompok musuh?

Sedih sangat. Aku baca berulang kali kenyataan Rodziah Ismail nih. Antara percaya dengan tidak. Kenapa kemunafikan milik UMNO ini masih ada pada sebahagian pimpinan kita?

Aku marah apabila orang tulis "RODZIAH BABI" dan "RODZIAH ANAK BABI" tetapi sekarang aku rasa bersalah jika aku berasa marah dengan tulisan tulisan itu kerana anugerah "babi" hanya layak dianugerahkan kepada munafik dan Rodziah Ismail, dalam hal ISA ini, layak untuk menerima anugerah itu.

Kami, rakyat, tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat tetapi pimpinan Pakatan Rakyat wajib menyedari bahawa rakyat tidak memerlukan pemimpin yang memiliki pemikiran "double standard" seperti Rodziah Ismail ini.

Rodziah, anda sangat memalukan. Khaaakkk pppttuiiihhhhh......

ANTARA DUA KALDAI - MAHYUDDIN "KEPALA LEMBU" DAN KHAIRUL AZAM "SOKONG ISA"



Sementara dok tunggu masuk waktu berbuka nih, terlintas di kepala aku beberapa perkara berkaitan kepala demo "kepala lembu" dengan kepala demo "sokong ISA". Rupa rupanya banyak persamaan antara dua ekor badigol nih.

Persamaan Pertama
Mahyuddin, kepala demo "kepala lembu". Khairul Azam, kepala demo "sokong ISA". Dua dua kepala demo.

Persamaan Kedua
Sebelum demo, hampir setiap hari buat kenyataan akhbar. Selepas demo, merapu meraban macam orang giler meroyan.

Persamaan Ketiga
Sebelum demo, bercakap berdegar degar. Selepas demo, bila dah kantoi, kecut teloq.

Persamaan Keempat
Kedua duanya menjadi kaldai tunggangan UMNO.

Persamaan Kelima
Kedua duanya mengaku sebagai ahli PAS selepas berdemo. Haprak wal haramjadah betullah.

Persamaan Keenam
Demo yang mereka anjurkan hanya disertai oleh "pendemo hantu" yang saper pun tak tau daripada mana datangnya termasuk penganjur.

Persamaan Ketujuh
Kedua duanya berdemo ala pondok pondok. Hari nih "terfikir" nak demo, minggu depan terus arak sepanduk. Giler babi tahap babun.

Persamaan Kelapan (akan datang)
Mahyuddin pun akan kantoi "bukan ahli PAS" seperti mana kantoinya kaldai bernama Khairul Azam.

Persamaan Kesembilan (akan datang)
Mahyuddin akan meraban sorang sorang sebab dah takde orang nak layan otak mereng dia. Sama macam Khairul Azam tu lah.

Persamaan Kesepuluh (akan datang)
Dua dua ekor ini telah berjaya menjadi "kera sumbang berotak lembu".

Pergi mati laaa......

Woi Noh Omar !!

Memang hamlau tahap lahabu puak puak nih.....

BILA MANUSIA DIPIMPIN OLEH LEMBU - MAKA TERSERLAHLAH UMNO YANG PENUH KEHINAAN



Oleh Matkeri

Izinkan aku memulakan blog kali ni dengan ketawa berdekah2:

Kah… Kah… Kah!

Tiba2 gerombolan kepala lembu yang berdemo Jumaat lepas bagaikan tesentot telo2 mereka selepas tindakan bangang mereka dikutuk secara sebulat suara oleh semua orang, baik ameno, mahupun PR.

Ketua gerombolan yang nak jadi ‘hero Islam’, yang kebetulan nama nak sama dengan TPM ‘hero Melayu’, berpusing2 menjawab dan menafikan soalan berkaitan siapa yang membawa kepala lembu pada hari tersebut.

Dia kata dia tak tau. Pada hari 50 orang penyokongnya berdemo, sms telah bertebaran, dan juga di Facebook menyatakan ada perhimpunan dianjurkan bersama kepala lembu. Pada waktu demo itu juga, ketua gerombolan ini menyatakan bahawa tidak akan berganjak walau seinci. Sanggup bermandi darah bagai.

Gambar2 di media2 juga memaparkan mereka mengusung kepala lembu, menyepak, dan menghina kepala lembu dengan kaki, meletakkannya di hadapan pejabat kerajaan, dan ‘mewakafkan’ kepala lembu yang masih berdarah tu kepada MB dan YB di situ.

Selepas sehari kejadian berlaku, dan kutukan serta kemarahan umat membara terhadap tindakan mereka ni, tiba2 semua peserta demo ni tak tau dari mana kepala lembu tu datang!

Kah… Kah… Kah…!!!

Ketua gerombolan cuba menaichi kepala lembu tu dengan mengatakan bahawa ianya ‘kerja orang luar’. Nak membuat kesimpulan bahawa himpunan mereka ‘disabotaj oleh kepala lembu’. Demo mereka yang tidak rasis dan anti-agama itu telah diganggu dan disalahtafsir disebabkan kepala lembu.

Aiseymen, encik lembu. Seluruh alam maya nampak berapa ramai yang datang demo encik lembu tuhari - lebih kurang 50 jer. Ada dalam youtube. Kepala lembu tu jadi macam simbol korang haritu. Kepala lembu tu lebih banyak dapat liputan daripada encik lembu sendiri. Takkan la encik lembu tak perasan ada kepala lembu? Kalau perasan, kenapa encik lembu tak tegur atau suruh buang? Adakah sebab encik lembu pun sukakan perkara tersebut? Adakah sebab encik lembu bersetuju dengan perkara tersebut? Adakah encik lembu tahu tentang perkara tersebut tetapi bertindak berdiam diri agar ianya boleh memprovok agama lain dan seterusnya menimbulkan huru hara, bergaduh sehingga menimbulkan MAGERAN di Selangor yang akhirnya menjatuhkan kerajaan PR dan inisiatif encik lembu akan dibayar dengan harga yang paling tinggi?

Sudah semestinya, kot?! Jika tidak, takkanla encik lembu terus menerus menyokong tindakan itu dengan membekap (backup) dalam statement kepada watawan bahawa kepala lembu itu sebagai simbol kebodohan. Encik lembu tidak membantah penggunaan kepala lembu tersebut. Encik lembu membantah bina kuil, biarkan kepala lembu yang menjadi binatang suci Hindu dipermainkan, dan kemudian menambah kedukaan Hindu dengan mengaitkan lembu dengan kebodohan pada hari kamu membantah pembinaan kuil. Semua dalam satu tajuk yang sama!

Encik lembu… Encik lembu….

*sigh*

Untuk makluman encik2 lembu sekalian, rakyat tidak lagi bangang sepertimana yang diharapkan. Mereka memilih PR di Selangor, dan sudah semestinya setiap perkara yang dibangkitkan akan dicari jawapannya oleh pengundi. Kenapa rakyat memilih PR? Sebab mereka memberi jawapan yang memuaskan untuk setiap tindakan mereka. BN tidak pernah menjawab soalan2 pengundi dengan baik, sebab itu mereka ditolak.

Dalam kes kuil, umum rakyat Selangor telah berjumpa dengan jawapan yang jelas, bahawa kuil2 baru tidak dibenarkan, dan kuil2 haram akan direlokasikan supaya memudahkan semua orang. Tidak timbul soal majoriti atau minoriti, sebab kalau nak difikirkan majoriti, AMENO KENA KELUAR DARI SABAH SERAWAK SEBAB MELAYU DI SANA HANYA MINORITI!

Mereka yang baru berjinak2 dengan demokrasi, terbodoh dengan fahaman mereka sendiri bahawa hak majoriti itu mengatasi segalanya sekaligus menafikan hak minoriti. Bangang ka hapa?

Oklah. Tapayah kita bersoal tentang hukum dan peranan demokrasi. Itu bukan isunya. Isunya di sini ialah encik lembu yang tidak berkata apa2 bila kepala lembu disepak tendang pada hari demo, bernada lain pada keesokan harinya.

Encik lembu dan gerombolan yang nak bermandi darah dan tak berganjak walau seinci pada hari demo telah berundur lapan tiang pada keesokan harinya apabila tindakan mereka itu dikutuk, bukan sahaja oleh orang Hindu dan bukan Islam, malahan dari orang2 kuat ameno sendiri!

Aku bukan nak provok, tapi sekadar nak memberikan gambaran jelas bahawa tindakan2 gerombolan ameno ini dari dulu, kini dan selamanya tidak pernah cerdik. Dan bila mereka tau bahawa tindakan mereka itu telah dikesan bodohnya, mereka cepat2 bertindak dengan memperbodohkan orang lain. Mereka ini tak pernah nak ambik tahu bahawa tahap kecerdikan orang di Tanah Melayu ini sudah meningkat berpuluh kali ganda selepas peristiwa ‘98.

Mereka ini - manusia2 gerombolan - adalah terdiri dari golongan orang2 yang jahil, dan untuk itu, blog ini diwajibkan ke atas mereka.

SUMBER : http://perakexpress.com

BLOGGER LEMBU UMNO SUDAH BUAT GUA PANAS



Bukan soal binatang apa dia bawa. Soalnya fahami isu dulu sebelum buat keputusan nak bawa lembu ker kerbau ker babi ker anjing ker.

Bukannya main bawa sembrono jer.

Kalau dia kata kepala lembu tu bukan penganjur yang bawa, selaku penganjur, kenapa dia tak halang bila ada makhluk usung kepala lembu tu??

Malah, dia sendiri pun pijak kepala lembu tu.

Kalau u all nak kata ini merupakan himpunan rakyat sebab ada ahli UMNO, PAS dan PKR, teliti semula demo PPSMI dam demo Bantah ISA.

Macam macam parti ada dan turut serta. Puluhan ribu lagi. Bukannya 50 orang macam puak puak kepala lembu nih.

Apsal u all tak kata itu suara rakyat?

Guna akallah beb kalau nak bagi komen. Bukannya menjadi burung kakaktua yang dok ulang ulang apa yang orang lain cakap.

Come on...wake up...

Mana hilang puak puak nih masa surau Kg Berembang kena runtuh dulu?

Mana hilang puak puak nih masa Aisyah Bukhari murtad dulu?

Mana hilang puak puak nih ketika mana almarhum Mufti Ishak Baharom dipecat dulu?

Kata u all pembela dan pencinta Islam kan?

Kalau betul u all cinta dan nak bela Islam, tutup dulu jambul Rosmah tu.

Kalau hal sekecil itu pun u all tak boleh nak buat, tak yah lah nak berkokok lebih lebih.

Kokok berdegar degar tapi taik bertempek tempek di punggong.

Tak payah nak berlakonlah wahai puak puak songkok tinggi. Rakyat bukan bodoh.

Ribuan penduduk Seksyen 23 tapi yang hadir demo hanya dua tiga ekor.

Ribuan yang solat Jumaat di masjid Shah Alam ari tu tapi yang ikut demo hanya 50-70 ekor jer.

Fikir sendirilah. Kalau betul penduduk Seksyen 23 membantah, takkanlah yang hadir tu hanya dua tiga ekor tu jer?

Fikir sendirilah. Kalau penduduk Shah Alam bantah, takkan hanya 50-70 orang jemaah jer yang ikut demo tu?

Kalau tolak orang luar, tinggal berapa ekor agaknya dalam demo tu?

Persetanlah kalau Utusan nak tulis 200 orang ker 2000 orang ker, memang dah Utusan tu perangai kuat menipu.

Hanya yang hadir jer yang tahu berapa ekor "lembu" yang hadir.

Pergi mati laa....

BLOGGER PENCACAI UMNO - DASAR BINATANG BABI



Aku panas betul dengan anjing anjing belaan UMNO nih. Tulis sesedap hati, sesedap rasa, pastu "tapis" komen. Hanya komen yang "puja puji" jer yang disiarkan. Komen yang lain semuanya disekat dan tidak disiarkan.

Kalau setakat menulis untuk syok sendiri, babi pun aku rasa kalau babi tu boleh menulis, maka babi tu lebih berani daripada hangpa.

Bila aku kata anjing anjing belaan UMNO nih takde maruah, tak kiralah parpukari ker, depakata ker, GAP ker, kamalfrasya ker, perakbangkit ker atau spesis spesis anjing yang lain, depa marah. Bermaruah apa kalau macam nih? Semua serupa. Penakut nak mampos.

Kalau jantan, siarkan semua komen. Jangan dok tapis. Gebang berapi-api tapi munafik tahap haramjadah. Tembak membuta tulis pastu dok teriak kata hangpa yang jadi mangsa. Maki dan fitnah membabi buta tapi takut nak berdepan !! Babi buta pun tak macam puak puak hangpa nih !!

Hangpa hasut sana sini !! Hangpa fitnah sana sini !! Hangpa tohmah sesuka hati !! Bila orang nak jawab, hangpa sekat !! Jantan ker macam tu?

Pastu masuk blog orang, bagi komen yang racist, berselindung di sebalik ANON !! Babi betullah.....

Harap badan jer besar tapi teloq kecik !! Anak jantan kepala bapak hangpa !! Lahanat !!

Kali nih memang aku nak maki hangpa. Melampau sangat. Bila aku kata hangpa nih bakal ahli neraka kalau tak sempat taubat, hangpa marah kat aku. Kalau nak masuk syurga, buat perangai cara nak masuk syurga.

Nih dak !! Mulut kata nak masuk syurga tapi perangai macam ahli neraka !!

Dasar binatang babi !!

Nak marah?! Marahlah. Ada aku kesah.......

Pergi mati laaa......

KEPALA DEMO "KEPALA LEMBU" - AHLI PAS ATAU BUKAN - ATAU SAMA SPESIS DENGAN KHAIRUL AZAM YANG SOKONG ISA



Saya diberitahu ada pihak yang menyatakan bahawa Ibrahim dan Mahyudin, dua watak utama demo kepala lembu tempohari telah mengaku diri mereka sebagai ahli/penyokong PAS. Oleh itu ada yang bertanya kepada saya samada ianya benar.

Maka saya pun menjawab, “biasalah, pada masa ini siapa sanggup mengaku dirinya ahli UMNO?”

Saya berikan contoh seperti penyokong Manchester United. Kalau datang ke Malaysia dan dibelasah teruk hingga 7 – 0, semua penyokong MU Malaysia tidak akan mengaku menyokong (kecualilah MU tok tok) dan akan mengaku dirinya penyokong setia pasukan bola sepak Malaysia! Betul tak?

Maaf ya penyokong MU, sekadar contoh sahaja... Tapi dengar-dengar khabar mereka menang semalam.

Maka jika kita kembali kepada kisah mereka berdua ini, jika benar mereka ini ahli PAS, maka wajar mereka ini disingkirkan atas sebab tindakan mereka yang BERCANGGAH dengan ajaran Islam. Tindakan mereka menjatuhkan imej Islam yang tidak selari dengan prinsip parti Islam.

Tetapi saya yakin mereka BUKAN ahli PAS. Ini kerana sudah lebih 10 tahun saya menjadi YDP PAS Shah Alam dan tidak pernah saya lihat muka kedua-dua penganjur demo ini. Lagipun tiada ahli PAS yang akan sanggup menukarkan kalimah ‘Takbir’ kepada ‘Take Beer’ seperti yang dilaugkan oleh golongan ini.

Mereka mengecam pimpinan PR tanpa menyentuh sedikit pun pimpinan UMNO. Walhal rata-rata semua tahu bahawa perkara ini berpunca dari kelemahan pentadbiran kerajan Negeri warisan UMNO/BN yang terdahulu. Mereka juga dilaporkan telah bertemu dengan Noh Omar...!

Hmmmmmm.......begitulah perangai UMNO dulu kini dan selamanya. Baling batu, sorok tangan.

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

KETUA DEMO KEPALA LEMBU - MACAM GAYA ORANG JUAL UBAT KUAT DI CHOW KIT




Ini Ketua Pemuda UMNO Selayang. Mamat nih turut serta dalam demo "kepala lembu" di Shah Alam last Friday. Maknanya, mamat nih di antara manusia manusia yang telah berjaya dilembukan oleh UMNO.

Demo "kepala lembu" ini bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan kuil di Seksyen 23. Kuil ini sebenarnya adalah kuil yang dipindahkan daripada Seksyen 19.

Kelompok ini mendakwa mewakili penduduk Islam Seksyen 23 tetapi apa yang boleh dilihat adalah hanya dua tiga orang sahaja penduduk sebenar Seksyen 23 manakala yang lainnya adalah merupakan "penduduk hantu" Seksyen 23.

"Penduduk hantu" nih peranannya samalah seperti "pengundi hantu". Bukan orang tempatan tetapi orang luar yang "ditempatankan" oleh UMNO.

Jumlah yang hadir dalam demo itu hanyalah di antara 50 - 70 orang sahaja. Itupun jika dijumlahkan sekali dengan pemerhati, jurugambar dan wartawan.

Maknanya, demo atau himpunan itu adalah demo atau himpunan yang GAGAL dan dikendalikan oleh orang orang yang GAGAL.

Kenapa GAGAL? Kerana hanya dua tiga orang sahaja penduduk Seksyen 23 yang hadir dan yang lainnya adalah budak budak UMNO yang "dilembukan". Takkanlah hanya "muka muka" itu sahaja yang mendiami Seksyen 23? Jika benar penduduk Seksyen 23 membantah "kuil" itu, maka sudah tentulah mereka akan hadir beramai ramai untuk menyertai demo tersebut kerana Seksyen 23 adalah "hak" mereka.

Kenapa GAGAL? Kerana daripada ribuan jemaah yang solat Jumaat di masjid itu, puak puak hamlau nih hanya mampu menarik kehadiran 50-70 orang sahaja. Maknanya, masyarakat tidak berminat dengan puak puak hamlau nih. Masyarakat hari nih sudah pandai membezakan di antara bangkai dan daging segar. Yang berdemo itu adalah bangkai bangkai bernyawa yang pura pura tahu tetapi hakikatnya dungu dan bangang.

Berbalik kita kepada perihal Ketua Pemuda UMNO Selayang tadi. Aku tidak bercadang untuk "menghentam" beliau. Aku cuma bercadang mahu menjadikan beliau sebagai contoh "kebangangan" dan "kedunguan" pemuda pemuda UMNO.

Ketika surau Kampung Berembang menyembah bumi, di manakah mamat nih dan puak puak kaldai nih? Hilang entah ke mana.

Ketika murtadnya Aisyah Bukhari beberapa tahun lepas, di manakah mamat nih dan puak puak kaldai nih? Hilang entah ke mana.

Ketika mana Rasulullah saw dihina dengaan cara "dikartunkan", di mana mamat nih dan puak puak kaldai nih? Hilang entah ke mana.

Ketika surau APIUM dicemarkan dengan daging babi, di manakah mamat nih dan puak puak kaldai nig? Hilang entah ke mana.

Jika nak bagi contoh, banyak lagi contoh yang boleh diberikan tentang betapa munafiknya UMNO termasuklah mamat yang di atas nih.

Jadi jadilah hidup berpura pura kerana anda menghina diri anda sendiri. Lainlah kalau memang anda sememangnya makhluk yang tidak bermaruah.

Seperti yang selalu aku soal dalam kebanyakan artikel aku, jika UMNO benar benar membela Islam, pastikan dulu Rosmah tidak lagi berjambul.

Jika soal jambul itupun "pemuda" UMNO tak mampu nak tegur, maka tidak perlulah untuk UMNO mendabik dada kononnya mereka pembela Islam.

Pemuda UMNO memang bertelur tetapi apa gunanya jika telur yang dicelah kangkang itu adalah telur tembelang.

Namun, kita tidak perlu hairan dengan sikap sikap kaldai UMNO ini kerana memang begitulah perangai "orang orang yang nak habis umurnya".

Inilah juga Melayu haprak dan Melayu mudah lupa yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir dulu. Hanya pandai berkokok tetapi taik bertempek tempek di punggong.

Biarkan sahaja luncai terjun dengan labu labunya. Pedulikan mereka kerana jika mereka tidak bertaubat, maka merekalah ahli neraka yang melata di atas muka bumi.

Pergi mati laa......

Woi Najib !!

Memang hamlau tahap lahabau puak puak nih.....

Saturday, August 29, 2009

H1N1 - WHO SAHKAN KEBODOHAN MENTERI KESIHATAN DAN KERAJAAN LAKI BINI



WHO hari ini melaporkan bahawa Malaysia mempunyai pemahaman yang rendah dan pengetahuan yang kurang berkaitan wabak H1N1.

Itu apa yang WHO laporkan hari nih. Bukan aku kata. Tapi WHO. Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang bernaung di bawah PBB.

Maknanya, tidak salahlah kita melabelkan Menteri Kesihatan kita sebagai bodoh piang. Tidak salahlah juga kita melabelkan kerajaan laki bini sebagai kerajaan siput babi dalam mengambil langkah mencegah H1N1.

Dulu, ada pencacai UMNGOK yang berselindung di sebalik ANON marah aku sebab aku "bodoh piang"kan Menteri Kesihatan. Sekarang, takkan ANON tu nak kata WHO nih "takde ilmu kesihatan" kot? Takkan ANON tu nak kata WHO bergantung dengan maklumat media alternatif kot?

Kalau dah bodoh tu bodoh jugalah. Kalau kaldai tu tetap kaldai jugalah. Toksah dok soleklah kaldai tu sebab "telinga" kaldai tu tetap panjang. Begitu jugalah dengan kerajaan laki bini nih. Toksah dok tegurlah kerajaan laki bini nih sebab "telinga" mereka tetap pekak.

Takde cara lain untuk kita ajar puak puak nih selain daripada "kubur"kan UMNO.

Woi Najib !!

Memang hamlau tahap lahabau puak puak nih......

PENGANJUR DEMO KEPALA LEMBU BERLIDAH BIAWAK - TERANG TERANGAN MENGUSUNG KEPALA LEMBU - PASTU KATA TAK TAU SAPER YANG BAWA - MUNAFIK





Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri.

"Kami melakukan bedahsiasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya,” katanya kepada Malaysiakini.

Mahyuddin juga tidak pasti sama ada sesetengah daripada mereka yang menyertai protes itu adalah penduduk sebenar Seksyen 23.

Katanya, terdapat beberapa pemimpin NGO yang turut hadir semalam, tetapi beliau tidak mengenali mereka secara peribadi.

Beliau juga menegaskan bahawa protes tersebut tidak berniat untuk mencetuskan ketegangan kaum tetapi sebaliknya untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berkaitan dengannya.

Beliau yang mengaku seorang ahli PAS, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan.

Menurutnya, apa yang dihasratkan ialah untuk mengadakan satu protes secara aman.

Pada mulanya, jelas Mahyuddin, ahli jawatankuasa berkenaan merancang untuk mengadakan demonstrasi yang disertai kira-kira 3,000 orang tetapi beliau membantah idea itu kerana mahu protes itu diadakan secara aman.

Mahyuddin juga menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang rasis.

Dari awal lagi, tegasnya, beliau mementingkan sensitiviti agama dan mahukan perpaduan.

Katanya, mereka bukan menolak kuil, tetapi tidak mahu ia dibina di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.

p/s : Lidah biawak. Pergi matilah dengan dolak dalik ko tuh. Hanya orang yang "iman ikut ikutan" jer yang akan bercakap macam ko nih.

Walaupun ko kata ko tak tahu dari mana datangnya kepala lembu tu tapi ko tentu tahu ada makhluk yang mengarak kepala lembu tu, kan? Why tak halang?

Kalau ko kata ko ahli PAS, PAS Cawangan atau PAS Kawasan tahu tak agenda ko nih? Atau ko ahli PAS "secawangan" dengan Khairul Azam yang sokong ISA tu?

Lembu pun mulia daripada ko laaaa.....

POLIS MINTA MAAF KEPADA PAKATAN RAKYAT - IBARAT MUSANG MEMINTA MAAF KERANA MENCURI AYAM



Pihak polis telah memohon maaf kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di Shah Alam semalam, kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar.

Katanya, Ketua Polis Daerah Shah Alam Noor Azam Jamaluddin menyuarakan perkara itu kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu pertemuan pagi ini.

Menurutnya, Noor Azam menjelaskan bahawa pegawai yang ditugaskan di tempat kejadian adalah seorang pegawai junior.

"Jadi Noor Azam telah memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil segera terhadap mereka yang bertanggungjawab (menganjurkan protes dan perarakan tersebut)," kata Jeyakumar yang bertanggungjawab menjaga halewhal bukan Islam di Selangor.

Menurut Dr Xavier, banyak laporan polis telah dibuat berhubung kejadian semalam.

"Banyak (laporan) dibuat oleh NGO, ahli majlis, Pemuda PAS, Pemuda PKR dan beberapa individu," katanya.

Pertemuan selama setengah jam itu diadakan di ibupejabat polis Shah Alam dan dihadiri oleh ahli parlimen DAP, Charles Santiago dan juga exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu.

Semalam, kira-kira 50 penduduk yang membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam, telah berarak membawa kepala lembu ke bangunan pejabat kerajaan Selangor petang semalam.

BLOGGER PERAK BANGKIT - SELAMA NIH JILAT UMNO - SEKARANG MAKI UMNO



UMNO ADALAH PARTI CELAKA


Itulah istilah yang paling tepat buat masa ini untuk sebuah parti yang bernama UMNO. Terutamanya ini ditujukan kepada barisan kepimpinannya sekarang.

Kerana apa? Kerna mereka semuanya lembik nak mampus. Penakut dan tak berani. Takder telor!!!!

Apa pedaskah penulisan ini buat ahli dan penyokong UMNO? Pergi mampuslah semuanya!

Sindrom bangga diri, belagak dan perasan kangkang. Memang lanciaw!

Adilkah kita menulis sebegitu kepada sebuah pergerakan Melayu berzaman yang telah membebaskan bumi Tanah Melayu dan Malaysia amnya.

Apa yang penulis tulis itu benar realitinya pada majoriti pengundi masakini yang menewaskan UMNO dalam semua pilihanraya kecil yang ditandinginya.

Jawapannya mudah! UMNO masih tak sedar diri. Masih tidur dan lena. Ingat!!!!

Kerajaan Perak beralih arah bukan kerana UMNO mempunyai kerusi yang cukup untuk menubuhkan kerajaan.

Kerajan Perak kini adalah sebuah "kerajaan ihsan", tapi orang UMNO masih bahalol dan tongong!

Saya menyeru kepada bloggers rakan sekalian tulislah yang sebenarnya jika kamu semua sayangkan parti UMNO ini.

Telanjangkan mereka yang benar-benar kongkang dan mangkuk. Sepak muka mereka sorang-sorang dan terajang kepala butuh mereka yang tengin itu!

Jika kita lakukan ini saya yakin UMNO akan kembali dipulihkan!

SUMBER
: www.perakbangkit.blogspot.com


p/s
: Ini adalah apa yang diluahkan oleh blogger Perak Bangkit yang selama nih menjilat dan bercomolot dengan UMNO.

Walaupun artikel beliau nih ala ala karangan budak darjah 4 tapi takper, kita layan jer.

Kita doakan semoga sahabat kita yang bernama Perak Bangkit ini "bangkit" dari tidurnya dan sedar akan dirinya.

Berkat Ramadhan. Saper tahu kan....

KHAIRY "BELASAH" BUDAK BUDAK UMNO YANG BUAT DEMO KEPALA LEMBU - JAIS ABDUL KARIM JANGAN RENDAHKAN MARUAH GPMS



Pemuda Umno dan BN mengutuk sekeras-kerasnya perarakan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, dalam demonstrasi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam, petang tadi.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan tersebut tidak langsung menyerlahkan sensitiviti dan penghormatan wajar terhadap agama dan kepercayaan orang lain yang perlu demi keharmonian antara kaum.

"Sebaliknya, tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara," kata Khairy yang juga pengerusi Pemuda BN, dalam satu kenyataan hari ini.

"Sekiranya mereka yang melakukan perarakan ini tidak senang dengan cadangan pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka pun, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang sedia ada untuk meluahkan ketidakpuashatian sejajar dengan semangat sivik atau kemasyarakatan.

"Saya sedar bahawa memorandum membantah cadangan tersebut yang dihantar oleh Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 kepada ADUN Batu Tiga barangkali tidak mengubah keputusan kerajaan Selangor untuk meneruskan rancangannya membina kuil tersebut, berdasarkan kenyataan menteri besar.

"Namun, ini bukan satu alasan untuk wakil-wakil penduduk berdemonstrasi dengan cara menghina seolah-olah negara kita tidak bertamadun. Kalaupun kemahuan mereka tidak tercapai, sensitiviti terhadap agama dan kaum lain tidak boleh sekali-kali diketepikan," katanya.

Yang menyedihkan, kata Khairy, ialah demonstrasi itu diadakan atas nama NGO Melayu selepas solat Jumaat di bulan Ramadhan al-Mubarak.

"Saya percaya ini bukanlah tindakan yang diterima di sisi Islam, agama yang memuliakan kesederhanaan dan menghormati kepercayaan orang lain," tambahnya.

Sebaliknya, tegas Khairy, tindakan tersebut barangkali akan mengakibatkan kemarahan orang Hindu.

"Orang Melayu Islam yang menganjur dan terlibat dengan demonstrasi ini sepatutnya fikir sejenak, apa perasaan mereka jika cadangan membina masjid di kawasan bukan Melayu - yang memang pun berlaku - membawa kepada golongan bukan Melayu membakar dan memijak al-Quran?

"Tidakkah orang Melayu akan bangkit dengan kemarahan membara?

"Jika ya, tidakkah perarakan kepala lembu yang dipenggal itu tidak serupa hina? Di manakah semangat 1Malaysia yang wajar dipraktikkan terutamanya oleh orang Melayu Islam sebagai golongan majoriti negara ini?" soalnya.

Sehubungan itu, katanya, beliau mendoakan agar kelakuan petang tadi tidak akan membawa kepada sebarang insiden yang lebih serius.

"Jika ada yang menganggap agama Islam dihina atau diperlekehkan sepertimana yang berlaku dengan isu jualan arak di negeri Selangor baru-baru ini, saya akan bangkit mempertahankan maruah agama Islam.

"Tetapi saya juga akan bersuara sekiranya agama lain dihina. Islam mengajar kita untuk mengenali dan membuat baik dengan bangsa lain, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat, ayat 13:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal."

Dan surah Al-Kafirun, ayat 6: "Untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku". Maka budaya menerima kepelbagaian agama ini termaktub dalam kitab suci al-Quran."

"Kepada umat Islam, marilah sama-sama kita menghayati ajaran agama yang sebenar. Janganlah kita mencemari bulan Ramadhan al-Mubarak ini dengan tindakan dan perbuatan yang menghina orang lain. Salah tetap salah. Benar tetap benar," tegas Khairy

Friday, August 28, 2009

BOLEH MAKAN LEMBU - TAPI OTAK JANGAN OTAK LEMBU



Budak budak UMNO sekali lagi membuat onar di Shah Alam. Selepas solat Jumaat tadi, budak budak nih berhimpun beramai ramai bagi menyatakan bantahan mereka terhadap keputusan memindahkan kuil Hindu daripada Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Lepas berucap lebih kurang, budak budak nih berarak ke Pejabat Menteri Besar dengan menjinjing kepala lembu silih berganti. Maksud aku, seketul kepala lembu dijinjing secara bergilir gilir oleh budak budak UMNO nih.

Itu hal demonstrasi "ribu riban" UMNO tadi.

Pertamanya, budak budak nih kata mereka membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 kerana lokasi kuil itu hanya berada dalam jarak lingkungan 200 meter daripada surau. Manakala, penduduk di situ pula majoritinya Islam.

Aku nak tanya, salahkah jika kuil dan masjid sebelah menyebelah sekali pun? Mazhab mana ajar kuil dan surau atau masjid atau musolla tak boleh dekat dekat? Agama mana ajar macam tu? Kitab mana ajar macam tu? Nabi mana ajar macam tu? Rasul mana ajar macam tu?

Yang aku tahu, Islam mengajar kita untuk menghormati agama lain supaya Islam juga turut dihormati. Setahu aku Islam adalah agama yang menganjurkan tolak ansur. Di manakah tolak ansur budak budak nih?

Mamat yang bercakap kepada Malaysiakini tu kata yang hadir tu bukan hanya ahli UMNO tetapi juga ahli PKR dan ahli PAS. Benarkah? Atau sekadar dakwaan liar berniat mahu menutup malu kerana hanya berjaya mengumpul lebih kurang 50 - 70 ekor budak budak sahaja?

Lagi satu, apa masalah dengan kepala lembu tu? Apa tujuan diarak kepala lembu tu? Apa tujuan dipijak pijak kepala lembu tu? Untuk menyindir Khalid Ibrahim atau untuk membangkitkan kemarahan penganut Hindu?

Dulu kepala babi di Melaka dan sekarang kepala lembu di Shah Alam. Maknanya, puzzle kepala babi yang dulu tu dah ada jawapan. Dulu, kita semua tertanya tanya saper punya angkara menggantung kepala babi sana sini walaupun kita masing masing sudah boleh mengagak siapa dalangnya.

Tetapi, hari ni, semuanya sudah terang lagi bersuluh. Sah lagi sahih !! Budak budak ni lah yang menjadi petualang bangsa !!

Yang peliknya, apsal masing masing berkopiah putih? Muka muka tu biasanya bersongkok tinggi. Kenapa waktu demo tadi pakai kopiah putih? Sebab songkok tinggi dah tak boleh cari makan, kan?

Bila pakai kopiah putih, maka sedikit sebanyak dapat menarik perhatian ahli PAS untuk turut serta walaupun sekadar menjadi pemerhati. Bila berkopiah putih, maki maki bukan Islam, maka diharapkan bukan Islam akan membenci PAS dan akan menjauhi PAS.

Nak bantah, bantahlah, tapi jangan hina agama orang lain. Islam tak ajar kita hina dan keji agama orang lain. Tak tahulah pula kot kot "Islam Hadhari" ajar macam tu. Tak tahulah pula kot kot Mufti Harussani mempunyai hujah "tersendiri" dalam hal nih.

Kenapa UMNO tak habis habis nak jauhkan bukan Islam daripada Islam? Jawapannya mudah. UMNO tidak tahu apa apa pun tentang Islam. UMNO hanya mempergunakan Islam untuk menyambung hayatnya. UMNO hanya tahu berslogan tentang Islam tetapi perlaksanaan Islam dihalang hidup hidup !!

Macam yang aku selalu sebut, kalau betul UMNO nak bela Islam, tak perlu pergi jauh jauh, betulkan sahaja persoalan jambul Rosmah. Itu sudah memadai untuk membuktikan UMNO "cinta"kan Islam.

Jika perkara sekecil itu pun UMNO tak mampu nak betulkan, janganlah di"jihad" perkara yang lain lain. Buat malu jer....

Nak marah? Marahlah !! Ada aku kisah?! Memang dah perangai UMNO suka dok buat negara nih macam "bapak depa punya".

Pergi matilah.........

Buat rakan rakan bukan Islam, yang berdemo tadi bukanlah Muslim dan bukanlah Melayu. Yang berdemo tadi adalah UMNO. Janganlah kita salah faham di antara Islam, Melayu dan UMNO.

Bersatulah wahai sahabat sekalian kerana hanya hati yang bersih sahaja yang mampu memadamkan api perkauman yang dinyalakan oleh UMNO itu.

Jika api perkauman itu mampu kita padamkan, maka UMNO pasti turut padam bersamanya.

Woi GPMS !!

Memang hamlau tahap lahabau puak puak nih.....

SAMY VELLU SUDAH NAIK HANTU - DEY THAMBI - APA PASAL PIJAK ITU KEPALA LEMBU




Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengecam tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.

Katanya, lembu merupakan binatang suci kepada penganut Hindu, dan tindakan kumpulan tersebut tidak boleh diterima dan dianggap mencabar kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ia menjadi hak rakyat pelbagai agama, termasuk penganut Hindu untuk membina kuil dan tempat-tempat ibadat.

"Saya amat sedih kerana kumpulan ini telah mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (Selangor)," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiada sesiapa pun yang harus dibenarkan untuk mencabar atau mempersendakan sebarang agama di negara ini.

Beliau bimbang tindakan tersebut boleh mengundang tindak balas dari masyarakat Hindu.

"Bagaimanapun, saya menggesa penganut Hindu khususnya supaya bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan," tambahnya.

Samy Vellu berkata, MIC mahu kerajaan dan pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur protes tersebut.

Katanya, mereka mesti dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerana membahayakan keharmonian kaum di negara ini.

TINDAKAN TERDESAK UMNO - MENYANYIKAN LAGU PERKAUMAN SEBAGAI TALIAN HAYAT TERAKHIR SEBELUM KE KUBUR




Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.

Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut, selepas solat Jumaat tadi.

Mereka berarak sebagai membantah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.

Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Dihubungi Malaysiakini sebelum perhimpunan tersebut, setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd Jurit Ramli berkata, beliau difahamkan kepala lembu itu sebagai simbol "pemimpin yang dicucuk hidung".

Bagaimanapun, tegasnya, membawa kepala lembu itu bukan inisiatif pihaknya. Kelmarin, Dr Xavier dilaporkan meminta penduduk seksyen itu menimbang semula bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan memindahkan kuil ke kawasan itu.

Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri bercadang memindahkan pembinaan Kuil Sri Maha Mariaman kira-kira 300 meter dari tapak cadangan asal pembinaannnya kerana ia berdekatan dengan surau.

Berikutan tapak itu dianjakkan agak jauh, kerajaan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina jalan raya di situ bagi memudahkan penganut Hindu ke kuil tersebut.

Sebelumnya, kuil di Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 kerana kedudukannya terlalu rapat dengan kawasan kediaman.

Keputusan ini dibantah oleh sekumpulan penduduk Seksyen 23 dengan alasan mereka beragama Hindu hanya minoriti di situ. Kuil itu dibuat untuk keperluan penganut Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 Shah Alam.

p/s : Islam ajar ker pijak pijak kepala lembu tu? Cermin diri lah weh....lagi gambar di ruangan ALBUM. Video pun ada kat tepi tu kalau hangpa nak tengok.

GILIRAN SPRM DIBOGELKAN SAKSI



Aduan berhubung saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didera dengan ditampar beberapa kali, dibogel dan dipukul dengan batang besi, bakal didedahkan dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata beliau akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi SPRM berhubung dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alami.

Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini.

Peguam itu juga bercadang untuk mengemukakan beberapa soalan kepada Mohd Ashraf berhubung laporan polis itu yang mengaitkannya dengan dakwaan melakukan penderaan terhadap saksi tersebut.

Berikutan itu, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding ke 8 September bagi membolehkan Mohd Ashraf untuk melantik peguam kerana soalan yang bakal ditanya Gobind boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah.

Gobind berkata laporan polis itu menerangkan secara terperinci bagaimana saksi berkenaan didera oleh pegawai SPRM di Tingkat 14, pejabat SPRM Selangor.

"Antaranya ialah pegawai bergilir-gilir menampar saksi, menutup mata saksi dan menyuruhnya berbogel, membalut batang besi dengan surat khabar dan menggunakannya untuk memukul perut, punggung, tangan dan kaki saksi, menendang di bahagian perut serta merotan untuk membelasah kemaluan dan tapak khaki sehingga saksi hampir pengsan.

"Ini bukan satu-satunya laporan polis yang ada pada kami, banyak lagi yang akan kami kemukakan," kata Gobind, yang enggan mendedahkan identiti pengadu buat masa ini.

Berhubung dakwaan itu, peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa berkata: "Itu sudah menjadi amalan biasa, itulah kerja mereka (untuk membuat tuduhan) selepas keluar dari pejabat SPRM atau balai polis.

"Kita tidak boleh menerima dakwaan itu begitu sahaja, sehingga ia dibuktikan kerana kes ini masih dalam siasatan," kata Abdul Razak.

Beliau berpendapat laporan polis itu tidak relevan untuk dikemukakan dalam prosiding itu kerana kejadian penderaan yang didakwa pengadu tidak ada kena-mengena dengan kes kematian Teoh.

Peguam yang dilantik bagi pihak kerajaan Tan Hock Chuan turut bersetuju bahawa kes penderaan yang didakwa itu tidak bersangkutan dengan prosiding inkues, malah nama Mohd Ashraf juga tidak dinyatakan dalam laporan polis itu.

Beliau berkata Mohd Ashraf berhak diwakili peguam jika mahkamah memutuskan untuk membenarkan Gobind melakukan pemeriksaan balas terhadap saksi itu (Mohd Ashraf) berhubung laporan polis berkenaan.

"Saksi (Mohd Ashraf) juga perlu diterangkan mengenai haknya untuk menjawab atau berdiam diri terhadap soalan yang akan dikemukakan oleh Gobind kerana ia boleh mendedahkannya kepada satu pertuduhan jenayah," kata peguam itu.

Ketika ditanya koroner sama ada beliau faham mengenai kesan dan akibat jika menjawab soalan Gobind kelak, Mohd Ashraf, yang kelihatan tenang di dalam kandang saksi berkata: "Saya faham."

"Kamu ada pilihan untuk menjawab atau tidak soalan itu. Jika kamu rasa soalan itu boleh menyebabkan kamu dituduh (atas satu pertuduhan jenayah), kamu ada hak untuk tidak menjawabnya," jelas koroner kepada Mohd Ashraf.

Beliau juga memberi tempoh masa kepada peguam SPRM untuk menyediakan soalan balas serta membuat penjelasan terhadap dakwaan penderaan dalam laporan polis itu, yang masih di peringkat siasatan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di Tingkat Lima, Plaza Masalam pada 16 Julai lepas, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor di plaza itu.

ISU ZAID IBRAHIM DAN ARAK - PANDANGAN AKU YANG TIDAK TAHU APA APA



Mudahnya kita melabelkan si anu si anu sebagai musuh Islam.

Kenapa kita begitu gemar menjatuhkan hukum berbanding memahami hukum? Sedarkah kita bahawa "kegemaran" menjatuhkan hukum itu sebenarnya membuahkan bibit bibit perpecahan di kalangan kita?

Maksud saya, bukan menjatuhkan hukum terhadap Kartika tetapi terhadap Zaid Ibrahim. Bukan tujuan saya mahu membela Zaid Ibrahim. Luka "saman" sudah sembuh tetapi "parut" di hati masih belum hilang.

Namun, kita perlu melihat sesuatu perkara itu dari sudut keutamaan dan keuntungan jangka panjang. Bukannya berdasarkan "sajian" di hadapan mata.

Contohnya, apabila kita disajikan dengan kurma kambing, maka melelehlah air liur kita jika kita hanya mampu menilai kurma kambing yang disajikan itu sebagai "kurma kambing". Maka, kita akan "melantak" kurma kambing itu dan bukannya kita "makan" kurma kambing.

Tetapi, jika kita melihat kurma kambing itu dari sudut jangka panjang, tentulah kita akan lebih berhati hati menikmatinya kerana kurma kambing itu dilihat menerusi fikiran kita sebagai "agen darah tinggi".

Kita tentu akan memilih untuk menikmati kurma kambing itu untuk jangka panjang berbanding "melantak" kurma kambing itu semahu mahunya tetapi tahun tahun kemudiannya kita tidak lagi mampu menikmatinya kerana "pantang" darah tinggi.

Begitu juga soal hukum, lihatlah dalam bentuk keutamaan dan jangka panjang. Jika hari ini kita "berkeras tidak bertempat" dalam soal hukum, pastinya hukum itu akan berjalan lancar. Namun, apa natijahnya di masa depan?

Sikap keras kita "menegakkan" hukum tanpa meletakkan keutamaan akan membuatkan hukum itu terlaksana sekarang tetapi gagal di masa hadapan.

Maksud saya, hari ini kita mungkin berjaya "menghalang" berlangsungnya konsert itu tetapi dengan "kejayaan" itu, anak muda mula menjauhi kita. Untungkah Islam di masa depan kerana yang akan tinggal dengan kita nanti hanyalah orang orang yang seperti kita sahaja.

Tidak salah untuk kita membantah tetapi sediakanlah dulu "ruang" lain untuk hiburan. Bukankah Islam membenarkan kesenian? Tampilkanlah dulu "ruang ruang" untuk seni Islam disuburkan kerana apabila suburnya seni Islam, maka akan ke kuburlah "seni" yang lain lain.

Itu Zaid Ibrahim dalam isu konsert MLTR dan isu Dr Hassan Ali.

Begitu juga soal Kartika dan arak. Perumpamaannya adalah seperti anda meninggalkan laptop di hadapan pintu dan kemudiannya anda masuk tidur di dalam bilik tanpa menutup pintu. Maka, laptop anda itu tentulah akan dilarikan oleh malaun malaun yang ada. Renungannya, salah anda atau salah malaun itu?

Betul, malaun itu bersalah kerana mencuri. Benar, Kartika bersalah kerana minum arak. Namun, apa puncanya? Adakah pencegahan telah dilakukan sebelum hukuman dijatuhkan? Bukankah Islam itu mencegah sifatnya dan bukan bersifat menghukum? Tanya diri, sudahkah kita melaksanakan pencegahan sebelum hukuman dikuatkuasakan?

Ingat, teliti sejarah dakwah Rasulullah saw. Kebijaksanaan Rasulullah saw wajib dicontohi kerana itulah sunnah yang paling utama. Bukannya sunnah pada pakaian dan budaya. Ya, sunnah tetap sunnah tetapi kenali perbezaannya. Umpama, nasi tetap nasi tetapi nasi lemak dan nasi dagang itu berbeza sifatnya.

Telitilah pandangan pandangan yang ada kerana semuanya membawa kita kepada kebaikan. InsyaAllah.

Pandangan TG Hj Hadi menerusi "mata" ilmunya. Pandangan Zaid Ibrahim juga menerusi "mata" ilmunya. Raikan dan cari titik pertemuan. Jangan wujudkan titik permusuhan.

Kita menjatuhkan hukum bahawa TG Hj Hadi hanya mahir di atas kertas tetapi gagal menzahirkan hukum Islam dalam bentuk perlaksanaan. Apa sandaran dan rujukan kita? Tanya diri kita. Apa sandaran dan rujukan kita dalam hal ini?

Kita menjatuhkan hukum bahawa Zaid Ibrahim musuh Islam kerana membantah sebatan ke atas Kartika, membantah bantahan konsert MLTR dan membantah penguatkuasaan arak ala Dr Hassan Ali. Apa sandaran dan rujukan kita? Tanya diri kita. Apa sandaran dan rujukan kita dalam hal ini?

Jika kita hanya membantah sembrono sahaja maka samalah kita dengan UMNO. Jika kita membantah "ala ala bersandaran" tetapi hakikatnya berlandaskan perasaan sendiri, maka tidak ada juga bezanya antara kita dan UMNO.

Di sinilah munculnya jawapan kenapa Islam memfardhukan menuntut ilmu. Komen orang yang berilmu dengan komen orang yang perasan berilmu dengan komen orang yang tidak berilmu, ada bezanya.

Perbezaan inilah yang akan membawa kita ke syurga mahupun ke neraka.

Wallahua'lam....

ISU ARAK - JAWAPAN ZAID IBRAHIM



Sejak saya mula “blogging” dua bulan dahulu, komen yang paling banyak dan hangat saya terima ialah mengenai tulisan saya yang paling mutakhir sekali.

Saya mengutarakan pendapat dalam tiga hal.

Pertama, mengenai arahan Exco Kerajaan Negeri Selangor Hassan Ali dari PAS mengenai usaha menangkap mereka yang minum arak dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan penjualan arak di Selangor itu sebagai satu tindakan yang tidak wajar.

Kedua, pendapat saya supaya Pemuda PAS tak perlu melarang atau mendesak pembatalan konsert Michael Learns To Rock di Genting.

Ketiga dan akhir sekali, mengenai hukuman rotan terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno kerana minum beer. Saya tidak bercadang mengulangi pendirian saya yang ditulis sebelum ini selain dari menjawab beberapa komen yang pedas dan hangat tetapi sayangnya tidak berasas dan menyeleweng dari isu sebenar.

Menegenai cadangan Hassan Ali itu, saya mengatakan arahannya sukar dilaksanakan kerana melibatkan banyak isu, termasuklah kuasa Raja dan polis. Juga ianya tidak sepatut dibuat pada hari orang mengundi di Permatang Pasir kerana hal-hal kontroversi boleh merugikan Pakatan Rakyat dan PAS.

Saya lebih memikirkan masa depan PAS kerana sekarang ini sudah mula diterima oleh orang Islam dan bukan Islam.

Jadi dalam soal mentadbir kita mesti teliti, berhati-hati dan berhemah. Jangan menampakkan diri kita ini ekstrem. Itulah cara kita menjaga hati rakyat; terutama yang lain kepercayaan dari kita.

Tetapi kalau cadangan Hassan Ali ini dipersetujui oleh pihak-pihak yang bertanggung jawab, dan juga memberi keuntungan kapada PAS, buat sajalah.

Adalah tidak adil bagi sesetengah pembaca membuat tuduhan yang menghina saya secara peribadi dalam soal ini. Soal tunduk kepada tekanan orang bukan Islam tidak timbul sama sekali.

Mengenai konsert itu, saya cuma mencadangkan kepada Pemuda PAS supaya berikhtiar memikirkan masalah negara yang jauh lebih serius seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya.

Ini semua punca keruntuhan masyarakat dan tamadun. Pemuda PAS boleh berusaha secara proaktif membela nasib orang miskin dan kurang upaya.

Mereka sepatutnya memberi tumpuan kepada isu pengangguran orang muda yang sekian hari makin bertambah. Soal kesan muzik Barat kepada anak muda kita, carilah pendekatan yang lain yang tidak perlu sampai melarang orang lain yang nak tonton.

Disiplin diri kan lebih baik kalau diajar dan dilatih terlebih dahulu. Manusia mana pun tak suka dipaksa. Lagi pun lagu-lagu pop boleh dibeli atau diperolehi dimana-mana, dan Michael Learns To Rock ialah kugiran tahun 90-an yang sesuai kepada orang yang lebih dewasa yang sudah pasti lebih tahu menjaga moral dan nilai hidup mereka.

Dalam soal rotan wanita yang minum beer itu, banyak komen saya terima. Kesemuanya penuh emosi tetapi jelas banyak yang tidak memahami isu sebenar.

Sebagai contoh, pertubuhan NGO yang menggelar diri mereka Pembela Islam telah dengan bongkaknya memberi amaran kepada Peguam Negara dan Kerajaan Pusat supaya tidak masuk campur dalam soal Mahkamah Syariah.

Mereka juga marah-marah kepada pihak yang tidak setuju dengan hukuman itu dengan menuduh orang yang berbeza pandangan dengan mereka sebagai orang yang tidak menghormati Islam.

Pada masa yang sama, mereka konon nya merujuk kepada undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan sebagai asas hujah mereka itu. Jadi saya terpaksa memperjelaskan isu ini sekali lagi. Ingat ya, saya menyentuh mengenai undang-undang yang ada di negara kita.

Undang-undang Syariah adalah undang-undang negeri, iaitu digubal oleh Dewan Undangan Negeri.

Mengikut Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, undang-undang negeri, termasuk enakmen agama Islam, mestilah tidak bercanggah dengan undang undang Persekutuan dan Perlembagaan Persekutuan. Kalau bercanggah, maka ia tidak sah.

Jadi bila kita katakan hukuman rotan Mahkamah Syariah Negeri Pahang itu tidak sah, ia adalah kerana undang-undang Persekutuan atau “Federal law” di Malaysia melarang wanita dirotan.

Jadi hukuman rotan itu dalam kes khusus itu tidak sah. Ini bukan bererti kita menolak Islam atau undang-undang Islam. Undang-undang Syariah Negeri Pahang mestilah tak lari dan bercanggah dengan Muslim Court (Criminal Jurisdiction) Act 1965 dan juga Criminal Procedure Code (rujuk Seksyen 289). Oleh kerana ianya bercanggah, maka hukuman rotan terhadap wanita itu tidak sah.

Saya harap Pembela dan penyokong mereka, terutamanya peguam-peguam di kalangan mereka, selalu membaca dan terus membaca supaya dapat mengeluarkan pandangan yang jujur, benar dan tepat.

Tidak semua tokoh Islam sependapat dalam semua perkara. Ini sememangnya hikmah dalam kebebasan bersuara dalam Islam sejak zaman-berzaman lagi; malah di kalangan imam-iman besar dahulu pun ada perbezaan pendapat.

Dalam kes yang kita bincangkan ini, Imam Feisal Abdul Rauf dan beberapa intelek serta ulama Islam juga berpendapat hukuman rotan tidak wajar untuk kesalahan minum arak. Kata mereka arak itu lebih banyak buruk dari baik nya. Jadi jauhkanlah diri dari arak. Ini bukan saya kata, ini kata mereka.

Malah, pada bulan Mei yang lalu, Mahkamah Persekutuan Syariah Pakistan yang terdiri daripada Ketua Hakim Besar Haziqul Khairi, Hakim Sallahudin Mirza dan Hakim Fida Mohamad telah membuat keputusan sebulat suara – setelah mendengar hujah dan pandangan ahli fikir dan ulama Islam – bahawa Al-Quran tidak menetapkan hukuman rotan kerana minum arak.

Ketiga-tiga hakim itu memerintahkan kerajaan Pakistan supaya meminda undang-undang Syariah yang sedia ada. Untuk pengetahuan umum, undang-undang Syariah di Pakistan lebih keras dan tegas daripada undang-undang Syariah di negeri Pahang. Terpulanglah kepada ulama dan ahli fikir Islam di Malaysia untuk menilai dan menimbang perkara ini.

Apa pun hujah dan pandangan kita janganlah mudah menuduh orang yang berfikiran lain dari kita itu sebagai musuh Islam.

Kita tahu Islam itu bermahzab dan banyak pula para imamnya. Jika Islam dijadikan seperti satu pasukan bolasepak yang kita sokong, termasuk membenci dan mencaci pasukan lawan, maka akan hancurlah Islam itu sendiri.

Tak mungkin orang Melayu/Islam akan maju kalau pemikiran sempit dan jumud menjadi petunjuk. Islam menggalakkan kita mencari ilmu. Kalau kita sendiri menutup pintu ilmu dan merasakan diri sudah pandai, sukar untuk kita kembali ke zaman gemilang Islam seperti dahulu.

Kalau kita mahu nilai dan hukum Islam berjaya dilaksanakan, maka kita perlu kepada pemikir dan ulama Islam yang jujur, pintar dan berhemah, yang juga tahu bagaimana untuk menggubal undang-undang yang tidak bercanggah dengan undang undang Persekutuan.

Ini bukan soal tunduk kepada sesiapa atau apa-apa; ia juga bukan soal nak tunjuk megah dan bongkak serta tak mahu bertolak ansur. Ia adalah soal hikmah untuk memastikan undang-undang Islam itu sah dipakai dan tidak dipertikaikan orang.

Masa saya kecil-kecil dahulu pun, orang di kampung saya sudah diajar awal-awal lagi tentang sejarah dakwah Nabi Muhammad S.A.W. setelah mendapat wahyu di Makkah.

Tiada paksaan sama sekali melainkan menyampaikan dakwah dengan cara yang sopan, mulia dan terhormat walaupun berada di tengah-tengah masyarakat Jahiliah.