Wednesday, August 19, 2009

"HANYA ORANG YANG BERFIKIRAN SEMPIT SAHAJA YANG AKAN TERUJA DENGAN ISLAM DAN I SAMPAI BILA BILA PUN TIDAK AKAN TERPENGARUH DENGANNYA"



Waktu aku tengah concentrate makan jap tadi, Hin Tze Yang telefon aku. Katanya, dia ada depan pintu rumah aku. Aku cepat cepat makan. Bayar. Then, balik rumah.

Dia datang bertiga. Aku ingatkan dia sorang. Ini kali pertama dia datang rumah aku secara berteman.

Hin Tze Yang nih adalah seorang pemuda Cina yang aku kenal ketika mengendalikan Kursus Motivasi dan Kepimpinan untuk sebuah syarikat swasta last two years.

Umur dalam lingkungan 26-27 tahun dan lulusan kejuruteraan daripada USM, Penang. Berkaca mata. Tinggi lampai dan suka menyoal.

Pada mulanya, kami sekadar kenal setakat peserta dan pengendali modul sahaja. Lama kelamaan kami bertukar menjadi sahabat yang agak rapat.

Percaya atau tidak, persoalan "Islam membunuh orang sesuka hati", "di mana Tuhan orang Islam", "Islam menyekat kebebasan asasi", "Islam perkauman", "Islam sukar tolak ansur", "Islam tidak rasional", macam macam lagi, inilah yang membuatkan kami berdua menjadi terlalu rapat walaupun pasti bertegang urat setiap kali bertemu.

Biasanya, muzakarah kami akan berlangsung sama ada di rumah aku akau di Restoran Pelita Jalan Ampang. Kadang kadang di Restoran Hajris Utama Bandar Sri Permaisuri.

Kami pernah tidak bertegur sapa berbulan bulan lamanya hanya sanya kerana dia gagal untuk menerima pandangan aku - "jika sesuatu objek itu boleh ditembikarkan oleh tangan tangan manusia, maka bodohlah manusia tersebut jika yang ditembikarkan oleh tangan tangan sendiri itu kemudiannya disembah sebagai Tuhan".

"Cikgu, setakat ini sahaja persahabatan kita. U menghina Tuhan saya".

"I tidak menghina Tuhan u but itu common sense. Islam ajar i, katakan kebenaran walaupun pahit. Jika u sakit hati dengan apa yang i cakap, maknanya itu adalah kebenaran dalam konteks perbincangan kita".

Itu dialog last kami malam tu. Akibatnya, malam tu aku terpaksa balik naik teksi daripada Restoran Pelita ke rumah aku.

**********

Kami bertemu semula dalam secara tidak sengaja ketika Demo Bantah ISA anjuran GMI. Aku tidak menyangka bahawa pemuda Cina yang aku tarik tangannya untuk membantu beliau daripada kelemasan dalam asap pemedih mata itu adalah Hin Tze Yang.

Aku terperasan wajahnya ketika aku menuangkan air mineral ke atas mukanya. Dia pula terperasan aku sewaktu dia mengelap mukanya dengan tuala kecil.

Kami berpelukan seperti teman rapat yang sudah lama tidak berjumpa. Padahal, belum setahun pun.

"Cikgu, i ada berita gembira untuk u but i nak rahsia dulu. Bila i dah sedia, i akan bagitau u". Itu kata kata Hin Tze Yang sebelum kami berpisah di stesen LRT PWTC selepas "puas bermanja" dengan rasaksa Water Canon.

**********

Hari Jumaat lepas, Hin Tze Yang telefon aku. Katanya, ada kejutan untuk aku dalam minggu nih. Itupun jika aku tidak ke Permatang Pasir. Jawapan aku mudah, "insyaAllah, u boleh call i next week". Maknanya, dalam minggu nih.

So, today dia call aku. Bukan setakat call, tapi dia dah tercegat depan pintu rumah aku.

**********

"Cikgu, i datang bawa hadiah untuk u. Ini kejutan yang i janjikan masa demo hari tu".

Aku gelak besar dengan ayat "gurauannya" itu. "Tak habis habis nak main main".

"Cikgu, i serious. Bukan satu hadiah tapi tiga. Kejutan besar untuk u. Kami ada hajat murni datang jumpa u".

Aku terus terdiam. Aku pandang tepat kle wajah Hin Tze Yang. Ada genangan air mata di wajahnya.

"Cikgu, kami nak BALIK ASAL. We dont want to convert but we want to revert".

Aku tak tahu nak kata apa. Mulut aku hanya mengucapkan Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

"Cikgu, u pernah sebut dulu - setiap bayi yang dilahirkan itu suci, suci tu Islam, dan parentslah yang menjadikan bayi itu Islam atau bukan Islam. Cikgu, kami mahu kembali sebagai bayi yang suci itu".

Air mata aku meleleh laju selaju lajunya. Antara percaya dan tidak percaya. Antara teruja dengan terkejut. Memang benar, ini memang kejutan besar bagiku.

Dulu Hin Tze Yang pernah sebut "hanya orang yang berfikiran sempit sahaja yang akan teruja dengan Islam dan i sampai bila bila pun tidak akan terpengaruh dengannya".

Sekarang, Hin Tze Yang yang sama berada di depan mataku dan Hin Tze Yang yang sama mengatakan "kami mahu revert".

Ya Allah......aku tak mampu nak kata apa apa.

**********

Aku minta mereka pulang dulu. Aku masih kelu. Tak tahu nak kata apa.

Waktu kami berpelukan sebelum mereka masuk ke kereta, aku cuma sempat mengucapkan "My brothers, welcome back to Islam". Air mata aku mengalir lagi.

**********

Muhammad Amin, Muhammad Aliff, Muhammad Hafiz, semoga Allah swt memberikan kekuatan kepada kalian dalam mencari kebenaran kehidupan di dunia dan di akhirat.

Allahu Akbar !! Allahu Akbar !! Allahu Akbar !!

2 comments:

  1. ALLAH MEMBERIKAN ANTA PERISTIWA ISTIMEWA YG TAK SEMUA ORG DAPAT MERASAINYA...ANA SGT TERHARU MEMBACA POST ANTA KALI INI...TAHNIAH DR ANA KERANA ANTA TELAH BERJAYA MENUNJUKKAN JLN2 SYURGA ALLAH...ALLAHU AKBAR!!!ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKHBAR!!!

    ReplyDelete