Friday, August 21, 2009

SESUMPAH AKAN BERSUMPAH - IBARAT MUSANG BERSUMPAH TIDAK AKAN MAKAN AYAM LAGI



Abu Jahal dulu pun bersumpah juga. Abu Lahab pun. Saiful dah sumpah Anwar liwat dia. Najib pun pernah sumpah gak masa PRK Permatang Pauh dulu. Kononnya, tak kenal Altantuya.

Sekarang, Muhyiddin minta Rohaizat bersumpah jika perlu. Pada aku, Muhyiddin pun patut bersumpah gak. Nafikan dia memang tak lelong tanah Johor kepada Singapore. Jangan dok nafi dengan air liur jer.

Tapi, kita selaku manusia yang dikurniakan akal oleh Allah swt nih harus ingat bahawa sumpah orang kafir, sumpah orang munafik dan sumpah orang yag beriman, ada bezanya.

Ibarat si kulit gelap bersumpah bahawa kulitnya cerah. "Percayalah. Saya difitnah. Kulit saya cerah sebenarnya. Tanya peguam saya". Kepala hotak hang !!

Jangan dipercaya apabila sesumpah bersumpah untuk tidak menukar warnanya.

Jangan percaya apabila musang bersumpah tidak makan ayam.

No comments:

Post a Comment