Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini disaran keluar dari Umno kerana kredibiliti beliau sebagai Ketua Pemuda langsung tidak diiktiraf oleh pimpinan Umno sendiri.
"Saya ingin mencadangkan kepada Khairy, beliau juga patut meninggalkan UMNO apabila tidak ditawarkan apa-apa jawatan menteri ataupun timbalan menteri biarpun beliau adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
"Sedangkan Naib Ketua Pemuda UMNO merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan," ujar Mahfuz dalam seidang media harian PAS sempena pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.
Saranan yang dibuat Mahfuz itu atas cabaran Khairy yang mendesak PAS menjawab 3 persoalan yang ditimbulkannya semalam. Mahfuz berkata bahawa Khairy tidak perlu menasihati PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana kononnya Allahyarham Datuk Hamdan tidak diberikan kedudukan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.
Tetapi beliau mempersoalkan semula kenapa Khairy tidak diberi sebarang jawatan walaupun dia Ketua sayap utama dalam parti itu dilantik menganggotai jemaah menteri.
Mahfuz yang juga Pengarah Jentera Induk PAS untuk pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir memberi tempoh sehingga lusa untuk Khairy keluar daripada UMNO bagi merealisasikan hujjahnya.
"Saya cabar Khairy umumkan bahawa dia telah keluar Umno selewat-lewatnya esok!," tambahnya mempersoalkan kemenangan Khairy yang menang jawatan Ketua pergerakan itu antara yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno berhubung kesalahan politik wang tetapi sekadar diberi amaran keras berbanding calon timbalan presiden, Mohd Ali Rustam.
Keciciran Khairy dari kabinet baru Najib Mac lalu mencipta sejarah tersendiri - dan mencetuskan kontroversi - kerana selama ini ketua pergerakan Pemuda umumnya dilantik menganggotai kabinet, yang terakhir ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Pelajaran.
http://teropongduri.blogspot.comhttp://unitmediabaru.blogspot.com/2009/08
ReplyDeletehttp://analisisringan.blogspot.com/
http://pisau.net
Anwar ibrahim hanya nak menggunakan pas sj utk kepentingannya..suh nik aziz & hadi awang & semua ahli pas pikir balik masak2-perjuangan anda semua telah tersasar
JANGANLAH KITA MENJADI GOLONGAN YANG CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN KERANA SIKAP BEGITU MEMBAWA KITA MENUJU KE NERAKA.(ini adalah kata2 ketua anda yg tidak buat kerja tahu kata org masuk neraka itu kerja Allah mana boleh manusia buat..anda kena belajar agama lagi..tahu kah anda munafiq itu apa..boleh anda jelas)
ReplyDeleteJANGANLAH JUGA KITA MENJADI GOLONGAN YANG BIKIN TIDAK SERUPA CAKAP KERANA ITU SEPERTI MENEMPAH KERUSI DI NERAKA.(neraka bg orang yg menjatuhkan hukuman Allah kerana itu adalah hak Allah...siapa buat kerja siapa ni..Allah buat kerja utk Nik aziz ke...Pas dah buat ajaran sesat ni)
JANGANLAH JUGA KITA ASYIK MEMEBERIKAN KOMEN DI ATAS KERJA BUAT ORANG LAIN SEDANGKAN KITA SENDIRI YANG SEBENARNYA TIDAK PERNAH MENYUMBANGKAN APA APA PUN KEPADA PERJUANGAN INI.(Pas ada menyumbang kpd negara kah..yg jadi ustaz pun Bn tanggung masa pergi sekolah sampailah ke universiti AlAzhar semua BN bagi..peh tu cakap byk- cuba muhasabah diri dan tgk sesama islam baru boleh pandan ke depan dan lawan kafir---fikir balik)
Salam....
ReplyDeleteNanti i jawab dalam posting
Memberi komen dengan berselindung di sebalik ANON ibarat suara salakan di dalam gelap.
ReplyDeleteTak dapat nak membezakan yang menyalak itu adalah anjing jantan atau anjing betina.
Namun, harus difahami bahawa anjing kurap tetap anjing kurap tanpa perlu diambil kira jantan atau betina jantinanya.
Komen orang yang berilmu dengan komen orang yang perasan berilmu, boleh kita bezakan.
Jadi, ANON, cermin diri kerana anda belum kenal diri anda.