Wednesday, August 26, 2009

KALAU MENANG - ANAK EMAS - KALAU KALAH - ANAK TIRI - KALAU UMNO - ANAK HARAM



Dulu di Manek Urai pun macam tu juga Muhyiddin janji. Kalau nak jambatan, undi BN. Manek Urai akan jadi anak emas kerajaan pusat jika BN menang. Last last, tersungkur juga walaupun PAS luka parah di Manek Urai.

Di Permatang Pasir, lagu yang sama juga dinyanyikan oleh Muhyiddin. Cuma, lagu jambatan jer takde. Pencacai pencacai UMNO pun naikkan banner berlambak lambak untuk mengumpan pengundi Permatang Pasir. Kononnya, kalau BN menang di Permatang Pasir, maka bersalut emas dan intan dan berlianlah pengundi Permatang Pasir. Last last, tersembam juga.

Aku memang heran tahap gaban dengan UMNO nih. Kenap suka sangat ludah ke langit? Kan tak pasal pasal kahak dan air liur basi tu jatuh ke muka sendiri?

Kalau Manek Urai jatuh ke tangan UMNO, maka Manek Urai akan menjadi anak emas kerajaan pusat. Itu Muhyiddin kata.

Bagaimana pula dengan DUN DUN di Kelantan yang UMNO dah menang? Dah jadi anak emas atau belum? Belum, kan? Maknanya, DUN DUN itu telah menjadi ANAK HARAM kerajaan pusat.

Sama juga di Pulau Pinang. Muhyiddin kata kalau UMNO menang di Permatang Pasir, maka Permatang Pasir akan jadi anak emas kerajaan pusat. Bagaimana pula dengan DUN DUN yang UMNO dah menang di Pulau Pinang? Tak jadi anak emas, kan? Maknanya, DUN DUN itu telah menjadi ANAK HARAM kerajaan pusat.

Bagaimana pula dengan DUN DUN dan Parlimen UMNO di negeri lain? Bukankah mereka juga berhak untuk menjadi anak emas kerajaan pusat? Kenapa tidak "dianakemaskan" DUN DUN dan Parlimen tersebut? Sebab kerajaan pusat hanya memasang umpan untuk menang di Manek Urai dan Permatang Pasir.

Maka, kekallah DUN DUN dan Parlimen milik UMNO yang lain sebagai ANAK HARAM.

Kenapa menjadi ANAK HARAM dan tidak menjadi ANAK TIRI? Kerana status ANAK TIRI itu telah lama dimiliki oleh DUN dan Parlimen yang dimemangi Pakatan.

2 comments:

  1. ank haram malaun ... gerombolan penyangak dan penyamun ... kah kah kah

    ReplyDelete