Monday, August 24, 2009

BILA CHE'GU BARD DENGAN ZURAIDAH NAK JILAT SEMULA LUDAH DAN KAHAK MEREKA - KAMI DIPANDANG SINIS TETAPI YANG LOMPAT TU HANGPA - BUKAN KAMI



Aku masih tak dapat nak "relax" dalam membicarakan isu "PKR dan lompat". Dulu, waktu dua orang ADUN bertukar menjadi dua ekor katak, mereka juga dari PKR. Sekarang, seorang ADUN lagi bertukar menjadi katak, dia juga dari PKR. Nanti, dengar kata lagi dua ADUN di Selangor pun akan bertukar menjadi katak juga. Mereka juga dari PKR.

Apa yang tidak kena dengan PKR nih sebenarnya? Perjuangan rakyat atau "rakyat diperjuangkan"? Apa cerita nih Pak Syeikh?

Yang bekerja sampai "berair punggong" adalah rakyat tetapi yang menghancurkan kerajaan rakyat adalah PKR. Apa cerita nih Pak Syeikh?

Yang berkokok dengan pelbagai teori dan falsafah perjuangan adalah PKR tetapi yang mengkhianati falsafah perjuangan yang "dikokok" itu adalah juga PKR. Apa cerita nih Pak Syeikh?

Sampai bila nak begini? Sampai bila PKR nak khianati kami? Dulu, ada pimpinan PKR yang kata kat aku - "Kami pandai tarbiyyah ahli kami. PAS tidak perlu ikut campur". Sekarang apa cerita? Ishak, apa cerita nih?

1998-2009 bukanlah tempoh yang pendek. At least, hasil "tarbiyyah" yang Sdra Ishak "dakwa" dulu tu dah bercambah benihnya. Mananyer Ishak? Bukan benih yang bercambah nih. Yang ada nih hanyalah anak anak siput babi yang baru menetas.

Lain kali, jangan sombong dan jangan banyak beretorik kerana yang sombong dan beretorik itu hanyalah UMNO. Anda tukar baju jer ker?

Aku dah fed up nih sebenarnya dengan puak puak mata lebam nih. Lambat siang nak jadi ketua tapi kompang jer kuat. Tin kosong. Bercakap bercakap bercakap tapi sekadar bazir air liur jer. Habuk pun takde.

Munafik tak? Sah.

Woi Anwar !! Woi Che'gu Bard !! Woi Zuraidah !! Woi Samsul !! Jilatlah ludah dan kahak hangpa tu semula. Tunggu apa lagi? Takkan malu kot........

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jika takut menderita, jangan berbicara soal perjuangan. Jika malu nak jilat ludah sendiri, jangan jadi manusia bermulut lancang.

Nak marah? Marahlah. Ada aku kesah?!

4 comments:

  1. Salam Bro,

    Aku sokong hang, aku pun dah jelak dengan politik gila babi puak PKR nih...

    Sembang je lebih... Selangor ni pun tunggu masa je...

    ReplyDelete
  2. aku dari dulu tak suka...
    nak marah, marah laa

    ReplyDelete
  3. JOIN PAS BEB!!!!!!!!! meh kempen JOIN pas atau DAP hahahhaahhahaah

    ReplyDelete
  4. Join mana mana pun tak kisah. Yang penting, jangan join UMNO dan suku sakat UMNO.

    Aku ahli PAS. Aku lebih selesa orang join PAS tetapi kita kena faham tak semua orang ada kekuatan untuk menjiwai perjuangan PAS.

    Mereka nak join PKR ker PAS ker DAP ker itu hak mereka. Kita demokrasi.

    Tapi, janganlah poyo tahap babun. Dok dalam PKR tapi buat perangai UMNO.

    Pakatan Rakyat adalah platform kerjasama di antara PAS-PKR-DAP. Kerjasama bukan bererti PKR lead dan yang lain ikut. Itu perangai UMNO tu.

    Kerjasama bererti bincang sama sama dan buat sama sama. Takde saper leader dan takde saper pengikut. Sama sama buat.

    Nih tidak, yang berkokok, PKR. Yang jaga parking, pemuda PAS. Yang pungut sampah, Unit Amal PAS. Yang perasan bagus, AMK.

    Ppiiirraahhhh....

    ReplyDelete