Tuesday, August 25, 2009

DULU DIA KATA "U JANGAN MIMPI I AKAN MENJADI MUSLIM" - MALAM NIH MULUT YANG SAMA AKAN UCAP KALIMAH SYAHADAH



Alhamdulillah. Setelah 2 3 hari berbincang dan bermuzakarah, akhirnya kami memutuskan untuk mengadakan satu majlis kecil pengIslaman 3 orang sahabat kami ini.

Majlis tersebut akan diadakan selepas 4 rakaat pertama solat sunat tarawikh. Aku tidak bercadang untuk menyatakan di mana lokasi majlis ini kerana kami tidak mahu wujud gangguan kepada 3 orang sahabat kami ini.

Bukan niat untuk merahsiakan kebaikan tetapi kami tidak mahu orang ramai datang ke masjid semata mata mahu menyaksikan majlis ini dan tidak lagi ke masjid pada hari hari berikutnya.

Biarlah majlis ini kecil sekalipun, itu sudah cukup pada 3 sahabat kami ini. Kepada yang bersungguh sungguh mahu menjadikan 3 orang pemuda ini sebagai anak angkat, bersabarlah. Jangan gopoh.

Hin Tze Yang @ Muhammad Hafizz. Khoo Kuan Tai @ Muhammad Aliff. Kee Thian Heng @ Muhammad Ameen. Welcome back to Islam.

Marilah sama sama kita doakan semoga kita dan mereka bertiga sentiasa mendapat rahmat, keampunan dan keberkatan daripada Allah swt. Ameen.

Allahu Akbar !! Allahu Akbar !! Allahu Akbar !!

2 comments: