Wednesday, August 26, 2009

DULU MALEK HUSEIN - KEMUDIAN MAHFUZ - SEKARANG DR HATTA - NANTI NANTI TG HJ NIK AZIZ - NAJIB ROSMAH ROHAIZAT BILA LAGI



Sedikit masa dulu, mahkamah memerintahkan pembayaran gantirugi kepada Abdul Malek Hussin. Last few weeks, mahkamah mengarahkan pembayaran gantirugi kepada Mahfuz Omar. Today, mahkamah mengarahkan pembayaran gantirugi kepada Dr Hatta Ramli.

Kenapa jadi begitu? Adakah mahkamah Malaysia telah hilang "takutnya" kepada UMNO? Jawapannya, TIDAK.

Apa yang jelas adalah "penyalahgunaan kuasa" oleh polis akibat daripada "diperanjingkan" oleh UMNO dan "keceluparan" media akibat "dilacurkan" oleh UMNO.

Adakah media dan polis perlu dipersalahkan sepenuhnya? TIDAK tetapi media dan polis tetap tidak boleh lepas tangan walau apa sekalipun alasannya.

Malek Hussin vs PDRM/Kerajaan Malaysia. Mahfuz vs Berita Harian. Dr Hatta vs PDRM. Semuanya sudah selesai.

Selepas ini, kita tunggu pula TG Hj Nik Aziz vs media UMNO.

Kita juga mengharapkan mangsa mangsa kekejaman polis ketika berdemonstrasi tampil ke depan dan bawa kes ke mahkamah. Kita negara demokrasi dan negara merdeka. Hak kita dijamin oleh undang undang walau siapa pun pun kita. Tampillah ke depan wahai teman teman. Seret pihak pihak terbabit ke muka pengadilan. Menang atau kalah, itu cerita kedua. Yang penting, lawan tetap lawan.....

Boleh jadi pihak Pakatan perlu memperhalusi soal "seret polis ke mahkamah" ini supaya rakyat faham hak hak mereka.

Aku secara peribadi masih menunggu tiga perkara. Juga berkaitan dengan saman menyaman nih.

Pertama, bila Najib nak saman pihak pihak yang kononnya "memfitnah" beliau dalam isu Altantuya/Monggolia?

Kedua, bila Rosmah nak saman pihak pihak yang kononnya "memfitnah" beliau dalam isu "bini puaka"?

Ketiga, bila Rohaizat nak saman Ust Tantawi dalam isu "bini yang diabaikan"?

Atau, memang tak akan saman? Jika tidak mahu menyaman, maka tahulah kita 'jantan betina"nya. Maka, tahulah kita "putih hitam"nya.

2 comments:

  1. Fuhh..pukul habis nampaknya bro.
    Beri lah sikit depa nak bernafas..ok
    Nanti tak sempat sambut raya ...hhmmm

    ReplyDelete
  2. UMNO nih elok ditaham hidup hidup jer......BE NO MERCY TO UMNO

    ReplyDelete