Abu Hassan sendiri tidak hadir pada Sidang Dewan pada 19 April sebelum itu bermakna dia tidak hadir dua kali bertutut-turut.
Menurut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir ke mesyuarat dewan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, maka kerusinya hendaklah dikosongkan.
Demikian kata Speaker Dun Kedah, Datuk Abdul Isa dalam sidang medianya hari ini.
Menurut Dr Abdul Isa, Abu Hassan hanya memaklumkan perkara demikian kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Mahdzir Khalid melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Katanya, Abu Hassan memperolehi sijil cuti sakit dari sebuah klinik swasta di Jitra pada 9 hingga 10 Ogos dan dimaklumkan kepadanya melalui surat bertarikh 10 Ogos dan difakskan ke pejabat Speaker pada 12 Ogos.
Image"Sebaliknya, saya hanya mendapat makluman dari beliau melalui surat yang bertarikh 10 Ogos yakni sehari selepas sidang dewan dan difakskan pada 12 Ogos. Beliau sendiri hadir menyerahkan surat yang asal pada 16 Ogos.
"Yang peliknya, dalam surat beliau menyebut dia dia sakit, dia tak beritahu saya tapi dia hantar SMS kepada Ketua Pembangkang. Dia boleh hantar SMS kepada Mahdzir tapi tak boleh bagitau saya.
"Kalau saya tak ada pun, dia boleh menghubungi pejabat. Beliau bukannya orang baru tapi telah menjadi Adun selama empat penggal. Ketua Pembangkang juga tidak memaklumkan kepada saya,"jelasnya kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di Wisma Darulaman di sini hari ini.
Menjelaskan lebih lanjut, Dr Abdul Isa menyatakan pada hari dewan bersidang, terdapat seorang lagi ahli dewan iaitu Suraya Yaakob (BN-Sungai Tiang) yang tidak hadir tetapi telah mengemukakan surat kebenaran untuk tidak menghadiri sidang kerana berada di luar negara.
"Saya telah meluluskannya dan juga membuat pengumuman semasa sidang dewan bermula. Bagaimanapun, Adun Kota Siputeh tidak mengemukakan sebarang surat. Perkara ini tak sepatutnya terjadi memandangkan dia adalah seorang Adun yang veteran.
"Begitu juga, setiap ahli dewan telahpun dibekalkan dengan satu salinan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Peraturan-peraturan Dewan yang seharusnya mereka baca dan fahami," ujarnya.
Selain itu, Dr Abdul Isa telahpun menghantar surat kepada Abu Hassan menjelaskan kesalahan yang telah dilakukannya selain menghantar surat makluman kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertarikh 17 Ogos berkaitan kekosongan kerusi tersebut mengikut undang-undang yang ada.
"SPR juga telah memberi maklum-balas melalui surat bertarikh 19 Ogos menyatakan perkara ini telah dipanjangkan kepada SPR Pusat.
"Bagi perkara ini, saya berharap agar pihak SPR mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan," katanya lagi.
Mahdzir nak saboo kawan sendiri ler tu,, tu lah pasal dia tak mahu kasi tahu pada speaker hahahahahhahaah,,,,,,
ReplyDeleteHahahhahahahahaha.....jahanam UMNO !!
ReplyDeleteASsalamualaikum...
ReplyDeleteterkejut saya jahanam UMNO tulisnya...hahah
Terus terang saya akui pada pilihanraya yg lepas sy mengundi PAKATAN RAKYAT...kerana terlalu kecewa dgn pemerintahan ketika itu....
UMNO yg ada pada zaman skarang mmg jahanam...ianya seperti dah rosak...Ianya berlaku akibat kebanyakkan orang UMNO niat untuk menjadi wakil2 rakyat kerana sendiri mahu kaya....tidak lagi memperjuangkan hak-hak orang Melayu.........
PAKATAN RAKYAT pula..saya suka dgn perjuangan pemimpin2nya....semuanya berani,kental dan bercita2 tinggi....
Cuma harapan saya sebagai orang Melayu...
Janganlah dihapuskan HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DI BUMI BERTUAH INI...
ALLAHUAKBAR!!!
SALAM BRO ANON.......
ReplyDeleteMULIA BANGSA KERANA AGAMANYA. PERTAHANKAN ISLAM. INSYAALLAH, MELAYU AKAN AKAN MULIA DENGANNYA.
MALANGNYA, HARI INI KELOMPOK ITU MENGERAH KITA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK MELAYU TETAPI MEREKA SAHAJA YANG MENDAPAT MANFAAT DARIPADANYA. BUKANNYA MELAYU SECARA KESELURUHAN.
YA AKHI, TELITI DAN TELUSURI SEJARAH ISLAM. BANGSA ARAB SANGAT HINA SEBELUM DATANGNYA ISLAM TETAPI MENJADI MULIA APABILA MENERIMA ISLAM.
AMBIL BAHASA SEBAGAI CONTOH, HARI INI BAHASA ARAB ADALAH DIANTARA BAHASA UTAMA DUNIA.
DULU, BAHASA MELAYU JUGA BEGITU. BAHASA MELAYU PERNAH MENJADI LINGUA FRANCA.
TAPI, ITU DULU. KENAPA SEKARANG TIDAK LAGI? MUDAH. KERANA MELAYU DULU TAAT BERAGAMA TETAPI MELAYU KINI LUPA AGAMA.
YA AKHI, BUKAN SOAL UMNO ATAU PAS ATAU PKR ATAU DAP. BEGITU JUGA BUKAN SOAL BARISAN NASIONAL NASIONAL ATAU PAKATAN RAKYAT.
SOALNYA, HALAL ATAU HARAM. SOALNYA, DOSA ATAU PAHALA. SOALNYA SYURGA ATAU NERAKA.
MANA MUNGKIN MENDAPAT SYURGA JIKA BERLUMBA LUMBA KE NERAKA.
YA AKHI, KEMBALILAH KEPADA ISLAM KERANA MELAYU PASTI MULIA DENGANNYA.