Thursday, August 20, 2009

TG HJ NIK AZIZ SEDIA BERSEMUKA DENGAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN - MAJLIS FATWA BERANI KER?




Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bersemuka dengan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan UMNO tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga.

“Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul,” katanya ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.

“Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengakui bahawa beliau bukan orang yang boleh menentukan seseorang masuk syurga atau neraka.

3 comments:

  1. Takpe TGNA.. kami faham maksud TGNA..

    Yang tak paham bahasa tu hanya media penjilat dan UMNO/BN saja..

    mangkuk betul media penjilat nih..

    ReplyDelete
  2. MAJLI FATWA KEBANGSAAN WAJIB SAMBUT PERMINTAAN TGNA JIKA KEREKA ADA KREDIBILITI.

    ReplyDelete