“Ana akan ambil tindakan undang-undang jika mereka masih berterusan mengaibkan ana dan keluarga,” kata penyanyi, pengacara dan penceramah bebas, Akhil Abdul Hai, 40, atau Akhil Hayy mengenai tulisan beberapa laman blog mengenai perkahwinannya dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda baru-baru ini. Akhil Hayy yang selamat diijabkabulkan dengan Waheeda di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu, 16 Ogos lalu berkata, tulisan yang dibuat pemilik blog itu membuka ruang kepada orang ramai untuk mengutuk dan mengeji dia dan Waheeda. “Jika masih berterusan menyiarkan tulisan terbabit, ana tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang, termasuk saman,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Dia menjelaskan, dengan perkahwinan itu sepatutnya segala kemelut serta teka-teki mengenai hubungannya dengan Waheeda sudah terjawab dan perlu dinoktahkan.Bagaimanapun, katanya, ada lagi pihak mengambil kesempatan dengan menulis bagi menjatuhkan maruahnya dan keluarga. “Ana dan Wawa (panggilan manja Waheeda) salah atau tidak, hanya Allah yang tahu. Jangan suka-suka tabur fitnah kata kami salah dan tidak betul. Muhasabah diri sendiri dulu sebelum mengata orang lain. Urusan kehidupan di dunia ini Allah yang tentukan dan bukan anda semua menetapkan.
“Ada yang kata ana tidak layak dipanggil ustaz kerana perbuatan ana ini. Ana nak tahu, ada sebelum ini ana minta dipanggil dengan gelaran ini? Anda semua yang panggil ana dengan gelaran ustaz, jadi tidak timbul masalah ana layak atau tidak,” katanya.
Menurut Akhil, dia tidak peduli kehilangan sebilangan peminat yang membencinya berkahwin dengan Waheeda.
Ini kerana dia tidak pernah meminta atau mendesak supaya diminati orang ramai.
Lagipun sepanjang pembabitan dalam kerjaya seni, dia melakukannya kerana Allah dan rezeki yang diberi.
Mengulas status hubungannya dengan Waheeda sebelum berkahwin, Akhil Hayy berkata, dia mempunyai hak untuk berdiam diri berikutan isu terbabit terlalu peribadi dan orang ramai tidak perlu mengetahuinya.
Malah, komen yang mengatakan dirinya melakukan penganiayaan terhadap bekas isteri, Maizawati Zainal, 33, sepanjang hidup bersama juga dikatakan tidak masuk akal.
“Anda semua tahu ke apa yang berlaku dan apa ana sudah buat? Ana tidak buat sebarang kezaliman dan tidak pernah buat jenayah, jadi siapa korang yang nak menghukum ana.
“Orang kata ana lari, bila masa ana lari? Kalau ana berdiam diri, itu disebabkan ia perkara peribadi. Takkan masalah dalam selimut sampai nak beritahu. Ada ke orang yang memberitahu hal dalam selimut kepada orang lain,” katanya dalam nada agak keras.
Dia berharap sempena Ramadan ini mereka yang mengejinya dapat menghentikan segala tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dan Waheeda.
“Ana harap sangat pihak terbabit, sama ada blogger atau media, dapat menghentikan segala tohmahan dan fitnah kerana daripada mengeji ana sekeluarga, lebih baiklah banyakkan amalan,” katanya.
Mengenai rancangan Cafe Akhil Hayy yang dihentikan sementara, Akhil berkata, dia menerima segala keputusan dibuat Astro sama ada mahu meneruskannya atau tidak.
“Ana akur segala keputusannya nanti. Jika mereka mahu ana teruskan, ana sentiasa bersedia, namun jika sebaliknya, ana tetap boleh menerima kerana mungkin bukan rezeki lagi dan mungkin di tempat lain,” katanya.
Ekenaaaa... ulama sekor nih. Saman atas kesalahan fitnah selalu gua dengar. Tapi saman pasal kutuk / tekan / keji tak pernah plak gua dengar. Muhyiddin bodoh piang pun tak saman pasal orang tulis dia bodoh piang.
Ke lu ulama tak boleh dikeji hasil perbuatan lu sendiri? Ahli PAS boleh la lu kencing. Diorang tadah jer mulut masing2 apa saja doktrin yang ulama buat.
Dey ulama bangang, lu pernah dengar niat baik Abrahah tak? Abrahah niat dia baik beb. Nak buat satu lagi Masjidil Haram. Lu kompom tahu cerita ni, tapi kompom tak tahu tafsir sudut lain, sebab lu Melayu bangang. Ulama Melayu akan kekal dalam keadaan bodoh macam lu la.
Abrahah berniat nak buat satu lagi Masjidil Haram. Kan ke murni tu. Bina masjid. Tapi yang bangsat tahap Gorgonnya, apa ke he dia dengki nak robohkan Masjidil Haram lama? Tak boleh ke buat elok2, salurkan dana secara adil kepada Masjidil Haram lama dan MAsjidil Haram baru?
Lu sekat dana zahir dan batin setahun dua kat Masjidil Haram lama, then dah roboh berkecai lu buat Masjidil Haram baru, then lu suruh gua doakan kebaikan lu. Pahala lu bina Masjidil Haram?
Ceh... gua bukan bodoh macam ahli PAS maa.... gua tak setukil ulama Melayu beb.
SUMBER : www.adukataruna.blogspot.com
yes. betul lu cakap. saya amat sokong komen u pada ini al ustat. hmmmm
ReplyDeleteApa kene mengena dengan ahli PAS pulak dalam kes ni.. Ada ke dari Pimpinan Pas yang secara rasmi bagi tau yang PAS setuju dan menyokong apa yang di buat dek Usataz Akil Hayy. Sapa yang bodoh sebenarnya ni?? Engkau lagi bodoh mengaji tak habis nak relate kan pulak kes Abrahah yg terang-terang di bala dan dilaknat tuhan boleh pulak nak kata niat dia baik, balik mengaji habih-habih dulu pastu belajar tafsir baru boleh buat komen terbuka. Bagi aku PAS takde kena-mengena dengan Ustaz Akil Hayy dalam hal peribadi dia
ReplyDeleteMaaf. Nak mencelah sikit.
ReplyDeleteBukan niat aku nak bela Aduka Taruna tapi Encik Anon kena relax dan baca pelan pelan. InsyaAllah Encik Anon akan faham mesej yang si Aduka Taruna nih nak sampaikan.
Encik Anon kena "tahu" beza antara ayat sindiran dalam bentuk tulisan Aduka Taruna. Jangan main "faham sembrono" jer.
Yang kita kena "fahami dan hadami" adalah tafsiran dan huraian. Bukannya terjemahan. Jika Encik Anon marah marah macam nih, maknanya Encik Anon gagal mentafsir dan menghurai dengan baik.
Encik Anon marah orang kutuk PAS, kan? Dulu masa TG Hj Nik Aziz diserang berbulan bulan dengan pelbagai kutukan dan penghinaan, Encik Anon bersuara tak?
Lagi satu, bersuaralah secara bermaruah dan secara berjatidiri. Jangan sembunyi di sebalik Anon.
Tidak kira sama ada Anon itu pro UMNO atau pro-PAS atau pro-BN atau pro-PR atau pro apa sahaja. Anon tetap Anon. Takde bezanya.
Sah la..ko ni la yang bodohnya adukateruna & pemburu syahid...dengki le tu...biasak!..nama mcm wali..ekor bergelumang taikk...dalam kelambu org pun nak bising...dia dah kawin ok le tu. Lg satu yg ko kata ulama2 melayu tu bodoh & penyokong pas tu bodoh apa related dgn cerita ni...dasar hati busuk...bangsat...kawan kpd ubai bin salul...nampak kata2 mcm baikk..tapi setan...
ReplyDeleteAlhamdulillah..syukur dengan apa yg ada.
ReplyDelete