Berita berita sahih yang telah lama tersebar tetapi "dikhabaranginkan" oleh pimpinan Pakatan Rakyat sering kali memakan diri.
Dulu, di Perak. Kini, di Kedah. Nanti, di Selangor. Kita sibuk mempertahankan "kemenangan" tetapi kita lupa untuk menjaga kerusi yang dimiliki.
Mana "mulut mulut" seperti mulut Che'gu Bard? Mana hilang "mulut mulut" seperti Zuraidah? "Mulut mulut" ini bukannya lantang tetapi lancang.
Kenapa tidak berbunyi? Dulu, waktu ada "bunyi bunyi" PAS nak duduk bincang dengan UMNO, makhluk nih siap buat statement nak pulau semua program PAS. Sekarang, kenapa tak berbunyi?
Pakatan Rakyat adalah pakatan rakyat. Bukannya Pakatan antara PAS-PKR-DAP. PAS-PKR-DAP hanyalah wadah atau platform untuk rakyat menumbangkan UMNO/BN.
Rakyat tidak mungkin mengkhianati Pakatan Rakyat. Lompatlah berapa ekor katak sekalipun, rakyat tetapi akan berpakat dan bersatu padu atas platform Pakatan Rakyat. Namun, pimpinan Pakatan Rakyat wajib menyedari bahawa "suara rakyat suara keramat" dan jangan sesekali memperbodohkan rakyat sepertimana yang dilakukan oleh UMNO/BN.
Jangan sembunyikan kebusukan pimpinan Pakatan Rakyat daripada rakyat kerana rakyat ini punya suara keramat untuk menghantar setiap pengkhianat ke kubur. Baik UMNO atau PAS atau PKR atau DAP.
Apa guna berkokok sombong kononnya "pimpinan kami bakal PM Malaysia" tetapi rumah yang didiami robek dan runtuh di depan mata. Apa guna berbangga dengan rumah yang cantik "design"nya tetapi di mamah anai anai sana sini.
Berhentilah beretorik wahai pimpinan Pakatan Rakyat yang dikasihi sebelum kasih dan cinta ini bertukar menjadi meluat dan menyampah seperti mana meluat dan menyampahnya rakyat dengan UMNO/BN.
Tahniah PAS !! Setakat ini, anda mampu mempertahankan amanah rakyat.
Tahniah DAP !! Kerana telah berjaya melakukan sesuatu supaya tiada lagi katak di dalam organisasi anda.
Takziah PKR !! Kerana anda yang paling banyak berkokok tetapi dalam masa yang sama andalah lubuk pengkhianat.
Rakyat tidak akan mengkhianati Pakatan Rakyat tetapi rakyat tidak akan melupakan "kebodohan" dan "kesombongan" serta "keegoan" pimpinan Pakatan Rakyat yang sukar untuk bercakap benar dan sering mempotretkan berita benar sebagai cerita rekaan.
Wahai PKR !! Pilihanraya Umum Ke 13 sudah semakin hampir.Jangan sombong dan jangan tamak. Ukur baju di badan sendiri. Jangan tangkap binatang untuk menjadi calon. Rakyat tidak memerlukan binatang untuk menjadi ADUN atau Ahli Parlimen.
Jangan lagi anda menganggap pihak anda "terkuat" dalam Pakatan Rakyat kerana hakikatnya pihak andalah yang sering membuatkan Pakatan Rakyat "terkulat kulat".
Oleh itu, jangan sesekali berkokok hebat tetapi hakikatnya menyalak hina.
salam...
ReplyDeletesetuju sangat...
suara2 kuat dalam PKR dulu sekarang hilang terus...
nak pulau tu, nak pulau ni...
memalukan...
"Keluar UMNO" bererti bebaskan diri daripada UMNO dari sudut pemikiran, perbuatan dan kehidupan.
ReplyDeleteBukannya sekadar "tidak menjadi ahli UMNO" sahaja.
Jika pemikiran, perbuatan dan kehidupan masih "UMNO" juga, takde gunanya.
Pakailah baju PAS ker PKR ker DAP ker, anda tetap "UMNO" jika gagal memisahkan diri anda daripada 3 unsur tersebut.