Friday, August 21, 2009

WOI ROHAIZAT - "BINI SAYA SATU SAJA" - SAMANLAH KALAU ITU FITNAH - SETAKAT NAFI DENGAN AIR LIUR SESAPER PUN BOLEH



Belum sempat jawab isu lesen peguam ditarik balik, dihempap pula dengan isu pecah amanah Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang. Baru nak angkat kepala nak bernafas, dihempap pula dengan isu abai isteri kedua yang disembunyikan di Pahang.

Itulah tekanan tekanan yang dihadapi oleh calon UMNO dan UMNO di DUN Permatang Pasir. Lepas satu, satu. Lepas satu, satu. Sampai dah mati akal dah UMNO sekarang nih.

Rohaizat menafikan beliau mempunyai isteri kedua. Kalau sungguh hang takde bini nombor dua, kalau sungguh hang tak sembunyi dan tak abaikan bini nombor dua, samanlah. Tunggu apa lagi?! Nak tunggu Muhyiddin bagi "fatwa" dulu ker?!

Ustaz Tantawi kata dia bertanggungjawab di atas apa yang dia dedahkan. Maknanya, dia bersedia untuk disaman jika kenyataan dia itu fitnah dan palsu. Rohaizat, hang tunggu apa lagi?! Samanlah !!

Setakat nak nafi guna air liur, yahudi mabuk pun boleh. Woi Rohaizat, samanlah. Ishk...

Awat hang tak buka mulut kata nak saman? Sebab cerita tu cerita betul, kan? Hahahahahahaha. Kantoi beb........

Lagi satu, TG Hj Nik Aziz kata PAS tidak akan serang peribadi dan aku yakin sesiapa juga yang taat kepada Mursyid al-'Am akan patuh.

Mendedahkan keaiban orang walaupun keaiban itu benar adalah ditegah kecuali atas alasan alasan yang syar'ie dan bukannya alasan alasan yang disyar'iekan.

Bukankah mendedahkan masalah rumahtangga Rohaizat itu menyerang peribadi? Bukankah itu mendedahkan keaiban beliau? Kenapa berlaku begitu sedangkan Mursyid al-'Am dah bagi nasihat dari awal lagi?

Mudah. Sebab dulu Ust Tantawi pernah kata ketaatan ahli jemaah adalah kepada "presiden". Salah Presiden PAS ker? Tidak sama sekali.

Yang salah adalah "individu" itu.........lu fikirlah sendiri.

Woi Rohaizat !! Samanlah.......


NOTA : Yang kat bawah nih jawapan Rohaizat yang dah semakin kantoi. Lain orang bangkitkan, lain dia ulas. Nampak sangat dah semakin tak keruan.

Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman malam tadi mencabar PAS supaya membuktikan dakwaan terbaru parti itu bahawa beliau mempunyai isteri kedua, yang kini tinggal di Pahang tanpa diberikan nafkah sewajarnya.

Setiausaha Umno Permatang Pauh ini berkata, walaupun beliau menafikan isu demi isu yang telah dibawa oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, tetapi pelbagai isu peribadi terus dilontarkan terhadapnya.

Isu terbaru itu mendakwa Rohaizat mempunyai isteri yang kedua tetapi ‘dibiarkan’. Dakwaan yang dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Al-tantawi petang semalam menyebut mereka telah bernikah empat tahun lalu tetapi tidak diberi perhatian selaku isteri.

“Tuan-tuan dan puan-puan, ini satu tuduhan liar… sungguh sekali tidak benar. Hari ini saya ingin mencabar PAS agar mengemukakan dokumen apa yang membuktikan sedemikian. Jika gagal, insya-Allah, setelah berbincang dengan peguam-peguam saya, tindakan undang-undang akan kita ambil,” kata beliau dalam ucapan kempen ringkasnya pada majlis Pentas Pemuda di Permatang Pasir malam tadi.

Rohaizat, 38, yang diserang bertubi-tubi sejak Jumaat lalu berkata, beliau secara peribadi telah menjelaskan kesemua perkara yang dibangkitkan termasuk isu dakwaan salah laku firma guamannya tujuh tahun lalu.

“Ini dapat dibuktikan dengan surat tarik balik yang dikemukakan oleh koperasi (Koperasi Pekebun-pekebun Getah Pulau Pinang) kepada saya.

“Saya percaya bukan sahaja tuan-tuan dan puan-puan sedar, pihak media juga sudah diserahkan dengan perkara ini. Tetapi, malangnya apabila isu ini sudah berakhir, isu lain pula yang timbul. Hari ini saya diberi tohmahan, saya diberi fitnah, saya pula ada perempuan lain.

“Saya ingat kalau saya jawab hari ini, mereka akan kata saya ada binatang lain pula, lusa akan kata macam lain pula. Jadi inilah budaya dia orang (parti lawan),” katanya.

Dakwaan terbaru ini didedahkan kira-kira 6.30 petang semalam – hampir lapan jam selepas rakan kongsi firma guaman beliau, Yusri Isahak muncul pada sidang media untuk menjelaskan wujudnya elemen penggunaan wang koperasi berkenaan.

Yusri berkata, beliau mahu soal itu dipikul bersama oleh Rohaizat tanpa menyalahkan beliau seorang sahaja.

Dalam ucapannya, Rohaizat juga menyentuh kemunculan Yusri pagi semalam.

“Saya sebenarnya berbesar hati apabila bekas rakan kongsi saya tampil untuk menyatakan keterangannya.

“Setelah lama saya menunggu. Insya-Allah kebenaran akan muncul tidak lama lagi. Sesungguhnya tujuan saya, tujuan kita semua sebenarnya ialah memenangkan Barisan Nasional di Permatang Pasir,” katanya.

4 comments:

  1. hahahahhahahahahaha.................

    ReplyDelete
  2. Nak gelak jugalah.....hahahahahahaha

    ReplyDelete
  3. blog sampah , hanya fitnah sahaja ! PAS dah jadi hanjing DAP

    ReplyDelete
  4. Hahahahahaha...itu jerlah modal yang puak puak jahanam nih ada.

    Blog sampah - blog fitnah - hanjing DAP.

    Lain takde. Lawan fakta lah bongok....

    Dasar anjing kurap.

    ReplyDelete