Tuesday, August 18, 2009

H1N1 - RISALAH UNTUK SEBARAN KEPADA ORANG RAMAI



Jam 8.30 pagi tadi aku ke Kementerian Kesihatan untuk ambil risalah H1N1 yang aku dah adjust sejak last week lagi.

Naik ERL dari stesen Bandar Tasek Selatan pastu naik bas ke kementerian. Tercangak cangak juga mencari bangunan E10.

Risalah nih untuk aku dan kawan kawan aku edarkan kepada orang ramai. Walaupun, kami selaku rakyat Malaysia sangat terkilan dengan tiadanya langkah proaktif kerajaan laki bini menangani penularan wabak ini, namun, atas kesedaran sendiri, kami mahu melakukan sesuatu untuk selamatkan anak bangsa ini.

Apa yang kami mampu hanyalah mewujudkan kesedaran dalam diri penduduk sekitar kediaman kami.

Risalah nih akan kami edarkan dari pintu ke pintu malam nih atau malam esok. InsyaAllah, semua 1 440 unit kediaman akan menerimanya. Risalah selebihnya akan kami edarkan kepada pelajar sekolah berdekatan.

Buat rakan rakan di luar sana yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, terdapat banyak risalah di Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan.

Tulislah surat kepada pihak berkenaan dan jadikan diri kita sebagai sebahagian daripada "pencegah" wabak H1N1. Jangan buang masa lagi.

Jika anda adalah ahli mana mana persatuan ataupun pertubuhan terutamanya Rukun Tetangga, Persatuan Penduduk atau apa sahaja, tulislah surat kepada pihak terbabit dan dapatkan risalah yang perlu. Edarkan demi menyelamatkan anak anak kita.


Ini alamatnya :-

Pengarah,
Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590, PUTRAJAYA


Ini pula nombor telefonnya :-

03 88 83 45 71


Lakukan sesuatu untuk selamatkan anak bangsa kita. Hanya ini yang kita mampu lakukan.

Usah dipedulikan lagi kerajaan laki bini yang sudah ternyata gagal itu.

No comments:

Post a Comment