Wednesday, August 19, 2009

H1N1 - TIADA KEMATIAN DILAPORKAN - KEBENARAN ATAU KEBENARAN TELAH DISEMBUNYIKAN



Dalam pada saban hari kita dikejutkan oleh kematian demi kematian dan kerajaan laki bini pula menerima tekanan demi tekanan daripada pelbagai pihak, tiba tiba kejaiban berlaku.

Dalam keadaan kita "bising" soal langkah pencegahan yang tidak tuntas dan tidak proaktif, dalam keadaan kita "bising" kerana karenah peniaga zalim yang menjadikan nyawa kita sebagai komoditi dengan menaikkan harga face mask, dalam keadaan kita "bising" kerana keengganan kerajaan laki bini mengisytiharkan darurat kesihatan, tiga hari lepas kelihatan jumlah kematian menurun mendadak.

Semalam, jumlah kes baru langsung tidak diisytiharkan. Manakala, hari ini lebih mengejut bila mana angka kematian dicacatkan sebagai 0 atau tiada kematian dilaporkan semalam.

Adakah penularan H1N1 sudah berjaya dikawal atau maklumat yang telah dikawal? Adakah yang didedahkan kepada kita itu suatu kebenaran atau kebenaran sebenar telah disembunyikan?

Hairan bin ajaib. Persoalan semakin banyak namun jawapan tetap tiada.

2 comments:

  1. kemingkinan kematian ada...
    tetapi pihak hospital mengubah diagnosis...
    dan berhati-hati...kematian di hospital sering didiagnos dgn pneumonia dan kegagalan jantung bagi menutup kes kecuaian...

    ReplyDelete
  2. ANA JUGA BERFIKIR BEGITU. BUKAN BERERTI KITA MEMBANTAH SEGALA GALANYA TETAPI SANGAT JANGGAL UNTUK MELIHAT PENURUNAN SECARA MENDADAK SEBEGINI.

    ReplyDelete