Tuesday, August 25, 2009

RADZI LOMPAT DAN RAMAI LAGI NAK LOMPAT - PIMPINAN KATA "DAH LAMA KAMI TAU" - THEN WHY TAK CEGAH DARIPADA AWAL



Aku menyampah betul kalau ada orang yang bersikap "kenduri selesai kuali berbunyi". Sebelum berlaku sesuatu peristiwa, semua diam. Buat buat tak faham. Buat buat cool. Buat buat macam takde apa yang berlaku. Bila ditanya, mulut makhluk macam nih akan jawab "itu khabar angin sajer dan jangan percaya dengan muslihat musuh".

Bila Radzi dah lompat, maka keluarlah macam macam. Dia rasuahlah. Dia ada masalah disiplinlah. Dia ditawar juta jutalah. Dia gagal berfungsi sebagai Excolah. Dia ada bini empatlah. Dia memang dah lama dok bincang dengan UMNOlah. Macam macam.

Ust Azizan pun dok kata macam tu. Pak Syeikh Anwar Ibrahim tu tok sah dok kata apalah. Kita memang dah faham pun sikap dan "pe'el" dia.

Kalau Ustaz Azizan dah tau dia nak lompat sejak awal tahun, apsal tak buat sesuatu yang tuntas atau proaktif? Kenapa tak tukar Exco masa tu? Takkan dah takde ADUN PKR yang boleh jadi Exco kot? Apsal biar juga?

Kalau Pak Syeikh Anwar Ibrahim dah vtahu Radzi nih ada problem sejak dulu, why tak tangani masalah nih sejak dulu? Sekadar bagi nasihat jer ker? Sekadar telefon dia dan tanya khabar jer ker?

Come on laaaa. Do something to save Pakatan Rakyat. Tak belajar lagi ker dengan apa yang berlaku di Perak? Atau memang puak puak pimpinan nih dia perasan dia tau semua macam Ustaz Azizan juga?

Sepatutnya apabila Perak jatuh dengan cara UMNO membeli ADUN Pakatan secara pukal, semua negeri Pakatan yang berisiko dibeli atau berisiko jatuh, sudah menyediakan pelan tindakan bagi mengelakkan peristiwa hitam DUN Perak berjangkit ke negeri Pakatan yang lain.

Bukannya dok bersilat "kami tau lama dah", "dia memang ada problem", "dia memang tak boleh buat tugas ADUN", "dia itu" dan "dia ini". Bukan dolak dalik atau alasan yang rakyat mahukan. Rakyat mahukan "pelan tindakan" yang hidup dan bukan sekadar pelan tindakan "air liur" atau pelan tindakan atas kertas sahaja.

Fikir balik wahai pimpinan. Kemenangan ini adalah anugerah Allah swt atau lebih kepada ujian daripada Allah swt kepada kita?

Jika beginilah kita mentadbir, padanlah PAS hanya mampu hidup subur di Kelantan sahaja.

Munafik tak? Sah.

Woi Che'gu Bard !! Woi Zuraidah !! Bila nak pulau program anjuran PKR?! Kan PKR khianati Pakatan nih?! Malu ker?! Ker memang korang nih muka tak malu?!

Jadi jadilah memperbodohkan kami.

Memang hamlau tahap lahabau puak puak mata lebam nih.....

No comments:

Post a Comment