Thursday, August 20, 2009

YA AKHI, KEMBALILAH KEPADA ISLAM - INSYAALLAH MELAYU AKAN MULIA DENGANNYA



MULIA BANGSA KERANA AGAMANYA. PERTAHANKAN ISLAM. INSYAALLAH, MELAYU AKAN AKAN MULIA DENGANNYA.

MALANGNYA, HARI INI KELOMPOK ITU MENGERAH KITA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK MELAYU TETAPI MEREKA SAHAJA YANG MENDAPAT MANFAAT DARIPADANYA. BUKANNYA MELAYU SECARA KESELURUHAN.

YA AKHI, TELITI DAN TELUSURI SEJARAH ISLAM. BANGSA ARAB SANGAT HINA SEBELUM DATANGNYA ISLAM TETAPI MENJADI MULIA APABILA MENERIMA ISLAM.

AMBIL BAHASA SEBAGAI CONTOH, HARI INI BAHASA ARAB ADALAH DIANTARA BAHASA UTAMA DUNIA.

DULU, BAHASA MELAYU JUGA BEGITU. BAHASA MELAYU PERNAH MENJADI LINGUA FRANCA.

TAPI, ITU DULU. KENAPA SEKARANG TIDAK LAGI? MUDAH. KERANA MELAYU DULU TAAT BERAGAMA TETAPI MELAYU KINI LUPA AGAMA.

YA AKHI, BUKAN SOAL UMNO ATAU PAS ATAU PKR ATAU DAP. BEGITU JUGA BUKAN SOAL BARISAN NASIONAL NASIONAL ATAU PAKATAN RAKYAT.

SOALNYA, HALAL ATAU HARAM. SOALNYA, DOSA ATAU PAHALA. SOALNYA SYURGA ATAU NERAKA. SOALNYA IMAN ATAU KUFUR. TIDAK ADA SOAL YANG LAIN MELAINKAN ITU SAHAJA.

MANA MUNGKIN MENDAPAT SYURGA JIKA BERLUMBA LUMBA KE NERAKA.

YA AKHI, KEMBALILAH KEPADA ISLAM KERANA MELAYU PASTI MULIA DENGANNYA.

2 comments:

  1. Dari setitis air mani yang hina ALLAH jadikan kamu manusia yang kejadiannya sebaik-baik kejadian, mengapa kini kamu menjadi penentang yang kuat?
    Firman ALLAH S.W.T:
    [1]
    (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
    [2]
    Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
    [3]
    Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
    [4]
    Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
    [5]
    Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
    [6]
    Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
    [7]
    Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
    [8]
    Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
    [9]
    Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
    [10]
    Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
    [11]
    Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
    [12]
    Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
    [13]
    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
    [14]
    (Surah Ar-Rahman ayat 1-13)

    ReplyDelete
  2. Sodaqallah al-'aliyy al-'adhim........

    ReplyDelete