Dari sudut pemikiran, kita boleh membezakan hujah hujah itu sama ada hujah itu kuat atau hujah itu dangkal dan "diskripkan".
Bukan itu yang mahu kita persoalkan. Apa yang mahu dipersoalkan di sini adalah DI MANA DEWAN ULAMA PAS PUSAT DALAM ISU INI?
Kenapa dibiarkan TG Hj Nik Aziz berseorangan menangkis serangan serangan itu? Kalau pun Dewan Ulama PAS Pusat menganggap itu adalah serangan serangan yang bersifat peribadi terhadap TG Hj Nik Aziz, bukankah TG Hj Nik Aziz itu Mursyid al-'Am kita?
Siapa lagi yang akan mempertahankan Mursyid al-'Am kita jika bukan kita sendiri?
Lagipun, yang dibahaskan oleh TG Hj Nik Aziz dengan Majlis Fatwa Kebangsaan sekarang nih adalah soal hukum. Mana hilang peranan Dewa Ulama PAS Pusat dalam membicarakan hukum? Bukankah fungsi dan peranan ulama itu adalah menjernihkan kekeliruan dalam masyarakat?
Tolonglah......jadilah ulama yang memang ulama. Janganlah menjadi ulama yang memiliki ilmu tetapi gagal menghidupkan ilmu ilmu itu di dalam diri sendiri. Apabila ulama gagal menghidupkan ilmu di dalam diri masing masing, maka masyarakat akan terus menerus menuju ke arah kegelapan.
Dalam satu hadith, Rasulullah memberitakan kepada kita beberapa tanda atau beberapa perkara yang akan berlaku di akhir zaman.
Antaranya :-
PERTAMA
Islam hanya akan tinggal pada nama sahaja.
Kebiasaannya, ustaz ustaz akan menghuraikan "Islam hanya tinggal nama sahaja" sebagai ramai orang mengaku Islam tetapi perangai macam yahudi.
Tetapi, cuba renungkan juga huraian yang ini - "Ramai yang bergelar al-Hafiz, Maulana, Ustaz, Syeikh dan sebagainya tetapi hanya "pada namanya" sahaja dan langsung tidak berfungsi. Kalau bersuara pun hanya bersuara pada isu isu terpilih sahaja atau isu isu yang boleh menaikkan nama sahaja".
Bukankah itu juga bererti Islam hanya tinggal pada nama sahaja?
KEDUA
Al-Quran hanya akan tinggal sebagai mushaf sahaja.
Kebiasaannya, ustaz ustaz akan menghuraikan "al-Quran hanya tinggal sebagai mushaf sahaja" sebagai kita baca al-Quran malah kita buat pertandingan al-Quran tetapi kita tak ikut isi kandungan al-Quran.
Cuba renungkan pula huraian yang ini - "Ramai yang fasih dan 'alim dalam membicarakan isi kandungan al-Quran tetapi isi kandungan al-Quran itu hanya mampu dibicarakan sahaja tetapi tidak mampu dihidupkan".
"Jika mampu dihidupkan pun hanyalah di dalam kelompok sendiri dan bukannya di dalam masyarakat seluruhnya sedangkan hadith di atas amat diyakini menggambarkan masyarakat seluruhnya dan bukan kelompok kelompok tertentu sahaja".
Al-Quran dah jadi macam novel. Dihuraikan, diwacanakan, diseminarkan, tetapi masyarakat tidak mendapat apa apa manfaat pun daripada "penghuraian, wacana dan seminar" tersebut. Hanya jadi program syok sendiri.
Bukankah itu juga bererti al-Quran hanya tinggal sebagai mushaf sahaja?
KETIGA
Masjid besar dan cantik tetapi jauh daripada petunjuk dan hidayah
Kebiasaannya, ustaz ustaz akan menghuraikan "masjid cantik dan besar tetapi kosong daripada petunjuk dan hidayah" nih sebagai masjid cantik, besar dan hebat tetapi jemaah tidak ada.
Cuba renungkan pula huraian ini - "Masjid sentiasa dipenuhi jemaah dan kuliah pengajian hampir setiap malam. Ulama yang mengajar pun hebat hebat belaka. Malangnya, kuliah kuliah itu jauh daripada "nur" Islam".
"Ramai yang datang menadah kitab tetapi hanya sekadar "dapat" mengelek dan menadah kitab sahaja. Dari sudut kefahaman ilmunya, kosong. Dari sudut pengamalan ilmunya, kosong. Dari sudut petunjuk ilmunya, kosong. Dari sudut mendidik dirinya, kosong. Dari sudut manfaat masyarakatnya, kosong".
"Madrasah bercambah merata rata. Tingginya pun bertingkat tingkat. Malangnya, cahaya Islam hanyalah di madrasah itu sahaja dan tidak menerangi masyarakat seluruhnya".
"Walaupun masyarakat setempat datang ke madrasah untuk "mendapatkan" ilmu tetapi ilmu apakah yang mereka dapat? Hanya setakat mampu memakai kopiah putih sahaja? Atau sekadar mendapat "modal" untuk bercerita di kedai kedai kopi dan menyindir orang UMNO lebih kurang?"
Bukankah itu juga membawa erti "masjid cantik dan hebat tetapi jauh daripada petunjuk dan hidayah"?
KEEMPAT
Ulama ramai tetapi daripada ulama ulama inilah munculnya fitnah fitnah yang dahsyat yang menghancurkan masyarakat.
Kebiasaannya, ustaz ustaz akan menghuraikan fakta di atas sebagai ulama ramai tapi sokong UMNO pastu lawan Islam.
Pertimbangkan pula huraian ini - "Ulama ramai tetapi yang perasan ulama lebih ramai dan yang perasan ulama inilah yang lebih menonjol di dalam masyarakat".
Golongan berilmu ramai tetapi ilmu hanya tinggal ilmu dan ilmu itu gagal dihidupkan di dalam msyarakat. Ilmu itu hanya menjadi milik kelompok berjubah berserban dan gagal untuk dimiliki oleh kelompok berseluar jeans dan berTshirt" kerana golongan berjubah berserban ini gagal untuk memahami "naluri" kelompok berseluar jeans dan berTshirt". Bukanlkah ini fitnah?
"Ambil contoh soal ucapan salam. Kita tidak kekok untuk mengucapkan salam kepada golongan berjubah berserban ataupun yang berkopiah putih tetapi kita tidak pernah terfikir untuk mengucapkan salam kepada kelompok berseluar jeans dan berTshirt". Bukankah ini fitnah?
"Kenapa begitu? Kerana kita sudah memisahkan masyarakat kepada dua kelompok tanpa kita sedari". Hasilnya, kita akan mesra dan selesa dengan kelompok yang "seperti kita" dan kita hanya tersenyum simpul dengan kelompok yang "tidak seperti kita". Bukankah ini fitnah?
Apabila timbul sesuatu isu, ulama hanya akan menghuraikan di kuliah kuliah sahaja. Jika ada 50 kuliah oleh 50 ulama yang berbeza, maka huraian isu itupun akan menjadi 50 huraian jumlahnya". Bukankah ini fitnah?
"Maka, masyarakat secara tidak langsung akan berpecah kepada 50 pemahaman berdasarkan huraian ustaz masing masing dan kekeliruan bukan semakin jernih tetapi semakin menjauh". Bukankah ini fitnah?
Dalam isu kononnya TG Hj Nik Aziz "menyeleweng", Dewan Ulama PAS Pusat sepatutnya mengadakan sidang akhbar mempertahankan TG HJ Nik Aziz ataupun sekurang kurangnya menjelaskan "hukum" yang telah dilontarkan oleh TG Hj Nik Aziz ke dalam masyarakat.
Bahaskan secara terbuka supaya masyarakat faham dan tidak terpinga pinga. Bukannya terus memberikan "pandangan" tanpa mengambil tahu fakta sebenar.
Contoh, apabila media mengatakan TG Hj Nik Aziz mengeluarkan kenyataan "ahli UMNO tidak masuk syurga". Tanpa mengambil tahu fakta sebenar, maka kita dengan penuh rasa "terpanggil" memberitahu media bahawa "parti tidak menentukan syurga neraka". Masyarakat langsung terkejut. Bukankah ini fitnah?
Sepatutnya, penjelasan diberikan dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang bersifat "kontra yang terang terangan" sedemikian.
Tolonglah.....dah banyak kali dah nih. Isu konsert Mawi. Isu kerajaan perpaduan. Isu lilin Nizar. Isu arak di Selangor. Isu syurga neraka PAS UMNO. Semuanya memerlukan suara kolektif daripada Dewan Ulama PAS Pusat. Jangan dibiarkan hanya Ketua Dewan Ulama PAS Pusat sahaja yang mengeluarkan pandangan.
Keluarkan pandangan atas nama institusi dan bukannya pandangan berseorangan yang diinstitusikan.
Kami ahli bawahan amat memerlukan bimbingan Dewan Ulama PAS Pusat tetapi sehingga hari ini kami ahli bawahan hanya mampu mencium tangan mereka dan masih belum melihat apa fungsi sebenar Dewan Ulama PAS Pusat.
Tolonglah....buktikan anda bukan tong kosong dan bukan terompah kayu.
Entry yng sangat bernas,sepatutnya diambil ikhtibar TGNA Mursyidul Am PAS sepatunya beliau dibela,jangan biarkan TGNA dizalimi UMNO ya akhi...
ReplyDeleteApabila sesuatu kelompok itu dipilih oleh Allah swt untuk menjaga kesucian Islam tetapi mereka tidak endah dengannya, maka Allah swt memilih kelompok lain bagi mempertahankan kesucian dan kemurnian Islam.
ReplyDeleteWahai anak muda, Islam memerlukan khidmat kita. Biarlah walau kita berTshirt dan berseluar jeans sekalipun. Bangunlah untuk mempertahankan Islam.
Kenapa Rasulullah saw memilih Usamah ibn Zaid ibn Harithah untuk memimpin tentera Islam di saat saat akhit hayat Baginda? Dan, kenapa Abu Bakar ra tidak mengubah keputusan Rasulullah saw itu apabila Rasulullah saw wafat dan Abu Bakar ra menjadi khalifah?
Semuanya adalah kerana kehendak Allah swt dan "hint" daripada Allah swt bahawa anak mudalah yang akan bangun di saat Islam dihina dan dikeji.
Bukan yang berjubah dan beserban itu.
Wahai anak muda. Jangan dipedulikan apa pakaian kita. Islam mengajar kita menutup aurat dan Melayu mengajar kita berpakaian sopan. Pakailah apa sahaja selagi mana kita mematuhi garis panduan itu. Yang penting, fikrah kita adalah fikrah Islam.
Ingat wahai anak muda. Islam menuntut pengorbanan kita. Bangunlah.....