Tuesday, August 25, 2009

ALLAHU AKBAR !! UMNO TERSUNGKUR LAGI !!



Aku tak nak komen banyak. Biar berapa pun undi PAS. Biar berapa pun undi UMNO/BN. Biar berapa pun undi rosak. Pada aku, aku tak peduli semua tu. Yang penting, PAS menang dan UMNO tersungkur.

Perjuangan belum berakhir selagi mana Islam belum ditegakkan. Harap sahabat sahabat semua tidak sombong dan megah dengan kemenangan demi kemenangan yang dicapai oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Janganlah kita leka dengan kemenangan kerana anugerah Allah swt itu boleh bertukar menjadi ujian dan boleh bertukar menjadi istidraj. Semuanya bergantung kepada nawaitu kita.

Jika nawaitu kita "hanya kerana Allah swt", maka kemenangan itu adalah anugerah. Jika nawaitu kita adalah untuk "menempelak UMNO", maka kemenangan itu adalah ujian. Jika nawaitu kita adalah untuk "puji pujian manusia" dan "perjuangan tembolok", maka kemenangan itu adalah istidraj.

Ingatlah wahai sahabat sahabat, perjuangan kita adalah menyeru kepada yang ma'ruf dan menegah kemungkaran dan bukannya menentang UMNO. Cuma, sekarang nih UMNO perlu ditentang habis-habisan kerana UMNO terang terangan menentang Islam.

Pegang, faham dan hadam nawaitu tersebut betul betul supaya perjuangan dan jihad ini ada nilai di sisi Allah swt. Jika tidak, perjuangan dan jihad kita hanya sekadar peluh, penat dan letih sahaja.

Allahu Akbar !! Allahu Akbar !! Allahu Akbar !!


Keputusan Rasmi PRK N11 DUN Permatang Pasir : -

PAS 9618 undi
BN 5067 undi

Majoriti PAS 4551 undi

No comments:

Post a Comment