Sunday, August 23, 2009

MAJLIS FATWA KEBANGSAAN - BERKOKOK MENDAYU DAYU - MALANGNYA WIBAWA DAN MARUAH ENTAH KE MANA



Dr Abdul Shukor Hussin dan Dr Mahmood Zuhdi berkokok lagi. Menurut mereka, TG Hj Nik Aziz tidak perlu mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung soal "syurga neraka" semata mata mahu "meletakkan" kebenaran di pihaknya.

Pada mereka, Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan. So, patuhi sahaja. Jangan banyak soal.

Kenapa hanya berani di media? Kenapa tidak mahu bertemu muka dengan TG Hj Nik Aziz sendiri? Panggil sahaja TG Hj Nik Aziz untuk mengadap Majlis Fatwa Kebangsaan. Apa yang susah sangat? Tidak berwibawakah ahli Majlis Fatwa Kebangsaan?

Apa yang hangpa takut sangat dengan TG Hj Nik Aziz? Jika Dr Abdul Shukor Hussin dan Dr Mahmood Zuhdi "ketar lutut" dengan TG Hj Nik Aziz, minta sahaja semua ahli Majlis Fatwa Kebangsaan untuk hadir dalam perjumpaan itu dan minta sahaja TG Hj Nik Aziz hadir seorang diri tanpa penyokong. Tetapi, siarkan "perbahasan" atau sessi "soal siat siat" itu secara langsung di TV supaya rakyat tahu "kisah benar". Siarkan "live" supaya rakyat tahu "siapa yang menyeleweng" dan "siapa yang berkata benar".

Seperkara lagi, negara ini punya undang undang untuk melindungi kesucian Islam. Jika benar TG Hj Nik Aziz "menghina" Islam menerusi "penyelewengan"nya, dakwa sahaja di Mahkamah Syariah. Apa yang nak ditunggu lagi?

Atau, sememangnya Majlis Fatwa Kebangsaan ini kuda tunggangan UMNO? Hanya berani di media dan "di belakang" sahaja.

Jangan jadi munafik.....

2 comments:

  1. Dah jadi munafiq pun mereka mereka tu,,,,,,,,,, maklum lah gaji UBN yg bayar,, JUAL LAH ISLAM KERANA WANG RINGGIT,,,,,,,,,,,,,,

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar !!

    Mood tak berapa nak best sebab PKR sekali lagi mengkhianat amanah rakyat.

    ReplyDelete