Friday, August 28, 2009

ADUKA TARUNA YANG MEMAKI DAN DIMAKI - BUKAN MEMBELA ADUKA TARUNA TETAPI RENUNGAN BUAT KITA



Aku bukan nak bela Aduka Taruna tapi aku harap kita masing masing boleh berfikir secara terbuka baik Aduka Taruna mahupun pemberi komen.

Satira nih subjektif sikit tafsirannya.

Jika anda faham artikel itu sebagai sampah, maka sampahlah yang anda temui.

Jika anda faham artikel itu sebagai sindiran, maka sindiranlah yang anda temui.

Jika anda faham artikel itu sebagai kebiadapan, maka kebiadapanlah yang anda temui.

Jika anda faham artikel itu sebagai nasihat, maka nasihatlah yang anda temui.

Jika anda faham artikel itu sebagai "kurang ajar", maka "kurang ajar"lah yang anda temui.

Pendek kata, ada akal guna, ada mata tengok, ada telinga dengar, ada fikiran analisa.

Tidak perlu emosional kerana emosional akan menenggelamkan akal dan akan menerbitkan nafsu.

Create blog sendiri dan sanggah Aduka Taruna. Bukankah itu lebih baik daripada anda menyanggah secara sembrono sebegitu?

Jika anda berpandangan Aduka Taruna menghentam membabi buta, tunjukkanlah di mana butanya babi babi itu supaya babi babi buta Aduka Taruna itu dapat disembuhkan.

Janganlah membantah berdasarkan sentimen sahaja. Jika tidak, tidak ada bezanya antara anda dan Aduka Taruna.

Maaf jika ada yang terasa....Islam itu nasihat menasihati. Take it or leave it. Simple jer...

2 comments:

  1. Maaf juga daripada kami kerana eloklah nasihat saudara tu dipanjangkan juga kapada kepimpinan saudara supaya dia tak menyokong DAP laknatullah menghina dan mempergunakan Islam.

    Kalau macam tu insyaallah saudara akan bertemu Syahid seperti yang saudara buru.

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Sah UMNO !!

    DAP laknatullah. UMNO bagaimana?

    DAP menghina Islam. UMNO bagaimana?

    PAS mempergunakan Islam. UMNO bagaimana?

    Buktikan dan jangan sekadar mengulang ulang apa yang didengar dan jangan mengulang ulang apa yang disensasikan.

    Bersyukurlah kerana Allah swt menjadikan kita sebagai manusia. Oleh itu, tidaklah perlu untuk anda menjadi kakaktua.

    ReplyDelete