Setakat artikel ini ditulis, Majlis Fatwa Kebangsaan masih "menikus". Boleh jadi Dr Abdul Shukor Hussin sedang menunggu Muhyiddin ber"sabda" dan "sabdaan" Muhyiddin itu akan "digenggam dengan geraham" seperti mana umat Islam menggenggam sunnah Rasulullah saw.
Isu ini bukan isu baru. Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri mengesahkan keputusan berkaitan isu ini telah diputuskan sekitar tahun 2000 lagi. Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil pendirian "syurga neraka" adalah milik Allah swt.
Tidak ada manusia yang akan mendakwa "syurga neraka" itu miliknya. Manusia hanya boleh menjelaskan "apa itu syurga", "apa itu neraka", "perbuatan yang melayakkan ke syurga" dan "perbuatan yang melayakkan ke neraka".
Itu yang cuba dilakukan oleh TG Hj Nik Aziz sebenarnya. Malangnya, media yang ditunjangi dan ditunggangi oleh UMNO telah memutarbelitkan fakta dan kelihatan seperti TG Hj Nik Aziz "mengambil alih" peranan Allah swt.
Ditambah lagi dengan kenyataan demi kenyataan oleh orang politik yang beraqidahkan sekularisme yang dipotretkan sebagai "Islam", maka keadaan menjadi semakin kabur dan kelam.
Kita masih ingat isu pengharaman al-Arqam. Kenapa "muzakarah" yang sama tidak boleh diwujudkan dalam mencari "titik sebenar" isu "syurga neraka" ini? Bukankah itu yang terbaik bagi menyelesaikan kekeliruan ini?
Majlis Fatwa Kebangsaan itu boleh diibaratkan sebagai mahkamah. Tidak ada mahkamah di atas muka bumi ini yang membuat keputusan tanpa memanggil saksi saksi untuk memberikan keterangan. Tidak ada mahkamah di atas muka bumi ini yang tidak memberikan peluang kepada tertuduh untuk membela diri.
Dalam isu "syurga neraka" ini, TG Hj Nik Aziz adalah tertuduh manakala pemimpin UMNO yang "perasan alim" seperti Muhyiddin, Zahid Hamidi dan Mahathir adalah saksi saksi penting.
Ketemukan. Duduk semeja. Conferencekan. Bahaskan. Siar secara langsung supaya rakyat dapat saksikan bagaimana "kebenaran" digali.
Kita mahukan kebenaran dan kesahihan isu "syurga neraka" ini. Namun, sedih sekali apabila Majlis Fatwa Kebangsaan telah menambahkan lagi kekeliruan yang ada apabila Dr Abdul Shukor Hussin mengeluarkan kenyataan yang kononnya kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi hakikatnya itu adalah kenyataan Dr Abdul Shukor Hussin yang "diMajlis Fatwa Kebangsaankan".
Berfungsilah sebagai Majlis Fatwa Kebangsaan yang bertanggungjawab kepada Allah swt. Jangan sesekali berfungsi sebagai Majlis Fatwa Kebangsaan yang bertanggungjawab kepada UMNO dan sekularisme.
Panggil TG Hj Nik Aziz untuk bahaskan isu "syurga neraka" ini. Panggil juga TG Hj Hadi untuk membahaskan isu "amanat Hj Hadi". Jernihkan keleliruan yang wujud. Serlahkan kebenaran demi menyelamatkan ummah ini.
Lainlah jika Majlis Fatwa Kebangsaan sememangnya perkakasan UMNO bagi membajai sekularisme di tanahair ini.
Kita yakin, apabila kebenaran terserlah, maka rakyat akan tahu dan faham "apa sebenarnya binatang yang bernama UMNO".
Demi menyelamatkan UMNO, maka "Majlis Fatwa Kebangsaan" dan "ahlinya" mengizinkan diri mereka dilacurkan oleh Muhyiddin dan UMNO.
Shame on u......
No comments:
Post a Comment