Media putar belit atau anda yang terbelit dalam belitan anda sendiri? Kenapa setiap kali “kantoi”, baik PAS, PKR mahupun DAP, maka alasan atau hujahan rapuh “media putar belit” atau “putar belit media” itu yang menjadi pilihan?
Dah macam macam isu, rakyat nak u all jawab isu, lawan hujah, bukannya beri alasan.
Plslah. Kami dah muak sebenarnya. Kami dah letih dengan gelagat sebahagian daripada anda. Kami, rakyat, tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat kerana kamilah foundation yang memikul beban pembentukan Pakatan Rakyat.
Tapi, sedarilah, rakyat tidak memerlukan pemimpin yang hanya tahu tuding jari dan berdolak dalik.
p/s : Rodziah..khaaaaaaq ppttuuiihhh.
Kenyataan Media
30 Ogos 2009
Penggunaan ISA Secara Double Standard Dipersoalkan
Merujuk kepada laporan berita yang disiarkan dalam mukasurat pertama Sinar Harian hari ini (30 Ogos) bertajuk ”ISA kepada yang terlibat: Exco”, ingin saya memperjelaskan pendirian saya seperti berikut:
1) Tajuk berita yang disiarkan adalah mengelirukan atau misleading kerana saya tidak pernah menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) digunakan ke atas mereka yang menyertai perhimpunan itu.
2) Ketika ditemui wartawan, saya mempersoalkan double standard yang diamalkan oleh pihak pemerintah kerana kelihatan hanya menggunakan ISA ke atas pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa menimbulkan isu perkauman sepertimana dilalui oleh Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok tahun lepas, tetapi tiada tindakan dikenakan ke atas pimpinan atau penyokong Barisan Nasional yang menjurus kepada ketegangan perakuman sepertimana disaksikan dalam perarakan kepala lembu di depan Bangunan SUK pada Jumaat lalu.
3) Adalah jelas bahawa ISA digunakan oleh pihak pemerintah hanya untuk memburukkan imej pimpinan Pakatan Rakyat. Untuk menghalalkan penggunaan ISA, pimpinan Pakatan Rakyat dikaitkan pula dengan isu ketegangan perkauman.
4) Maka saya tetap berpegang kepada pendirian bahawa ISA harus dimansuhkan kerana ISA telah memberi kuasa yang terlalu besar kepada Menteri Dalam Negeri sehingga bertindak secara selektif serta menafikan hak perbicaraan dan hak untuk membela diri seseorang.
5) Dengan ini saya berharap pelaporan berita ke atas isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Sekysen 23 ini tidak teralih dari masalah pokoknya, iaitu isu perancangan komuniti yang bakal diselesaikan dalam pertemuan dengan penduduk Seksyen 23 pada 5 September nanti.
YB RODZIAH ISMAIL
ADUN Batu Tiga
Exco Kerajaan Negeri Selangor
ok dah tu..takkan tak reti kot?
ReplyDeleteBila dah jadi isu, baru terkedek kedek nak "cover".
ReplyDeleteApsal tak berfikir sebelum bercakap kepada media? Sebab "perasan diva" waktu media tanya soalan, kan?
Boleh blah....
ANA BUKAN HILANG, BIASA LAH CUTI SEKOLAH, NIE LAH MASANYA MENZIARAHI SAUDARA-MARA YG JAUH2...
ReplyDeleteANA TABIK SPRING SAMA TGNA, BILA TG SALAH CAKAP DIA MENGAKU YG DIA SALAH DAN MEMPERBETULKANNYA...SUSAH SANGAT KA NAK MENGAKU SALAH?...KE OTAK MEMANG DAH BENGAP SANGAT?...
ReplyDeleteHanya "iman mutiara" jer yang berani mengaku salah. "Iman kaca" tak mungkin mengaku salah dan akan terus menerus tuding jari dan berdolak dalik.
ReplyDeleteMaklumlah, merekakan masih biru walaupun biru muda.
Ingat lagi dengan "16 September". Dah tak berbunyi dah, kan? Ada mamat tu minta maaf kerana "menipu" kita?
Takde, kan? Apa nak heran? "Iman kaca".