Ramai yang pulang awal gara gara "orang tempatan" selalu cakap "serba ada", "PAS Kelantan dah urus dah" dan sebagainya apabila petugas luar bagi cadangan atau idea.
Ada UPU yang langsung tidak menghormati perasaan petugas luar. Penyediaan makanan memang memuaskan tetapi dari sudut "perasaan"nya sangat memedihkan.
Aku tak nak ulas panjang hal nih kerana yang lepas tu lepaslah. Malangnya, "pengalaman pedih" itu muncul dan timbul semula di Permatang Pasir.
Kali nih, "orang tempatan" yang bawahan sangat mesra dengan petugas luar tetapi yang "membuat keputusan" pula yang poyo semacam jer.
Mula mula, hal bloggers, ada ker patut sorang mamat "pembuat keputusan" tu kata "kami tak perlukan bloggers sebab IT PAS Pusat akan uruskan hal IT kami".
Nak gelak pun ada. nak tempeleng pun ada. Sah mamat "pembuat keputusan" nih buta IT. Kami bukannya tanya soal IT. Kami cuma tanya tentang penempatan untuk bloggers - ada atau tak dak !!
Kalau ada, sewanya sapa bayaq? Kami atau tempatan? Kalau tak daq, boleh dak tolong carikan rumah untuk kami dan kami uruskan sendiri pembayarannya.
Tapi, mamat "pembuat keputusan" yang mindanya setaraf Menteri Kesihatan yang bodoh piang itu, pi jawab macam lain. Lain yang kami tanya, lain yang mamat "pembuat keputusan" nih jawab.
Bila kami tanya "sapa yang kami boleh contact untuk minta tolong cari rumah untuk kami sewa, dia kata - ishk, saya pun tak tau hal nih". Serabut perutlah lagu nih.
Last last, dia bawa keluar "buah naga". Mamat "pembuat keputusan" nih kata - AWATLAH OGHANG LUAQ MAI GHAMAI SANGAT. KAMI YANG DOK ADA DI SINI NIH PUN DAH CUKUP DAH NAK LAWAN AMENO. TIGA PENGGAL DAH KAMI LAWAN SENIGHI. TAK PAYAH HAIH OGHANG LUAQ MAI GHAMAI GHAMAI.
Woi !! Dahsyat doh mulut mamat "pembuat keputusan" tu.
Takperlah. Kita serahkan segala galanya kepada Allah swt. Takbir !!
No comments:
Post a Comment