Monday, August 24, 2009

TG HJ NIK AZIZ DIHINA DAN DIKEJI SEJIJIK JIJIKNYA OLEH MUSUH - BANGUNLAH WAHAI ANAK MUDA - PERTAHANKAN MURSYID AL-'AM YANG KITA KASIHI ITU


Apabila sesuatu kelompok itu dipilih oleh Allah swt untuk menjaga kesucian Islam tetapi mereka tidak endah dengannya, maka Allah swt memilih kelompok lain bagi mempertahankan kesucian dan kemurnian Islam.

Wahai anak muda, Islam memerlukan khidmat kita. Biarlah walau kita berTshirt dan berseluar jeans sekalipun. Bangunlah untuk mempertahankan Islam.

Kenapa Rasulullah saw memilih Usamah ibn Zaid ibn Harithah untuk memimpin tentera Islam di saat saat akhit hayat Baginda? Dan, kenapa Abu Bakar ra tidak mengubah keputusan Rasulullah saw itu apabila Rasulullah saw wafat dan Abu Bakar ra menjadi khalifah?

Semuanya adalah kerana kehendak Allah swt dan "hint" daripada Allah swt bahawa anak mudalah yang akan bangun di saat Islam dihina dan dikeji.

Bukan yang berjubah dan beserban itu.

Wahai anak muda. Jangan dipedulikan apa pakaian kita. Islam mengajar kita menutup aurat dan Melayu mengajar kita berpakaian sopan. Pakailah apa sahaja selagi mana kita mematuhi garis panduan itu. Yang penting, fikrah kita adalah fikrah Islam.

Mursyid al-'Am yang kita kasihi itu dihina dan dikeji sejijik jijiknya oleh UMNO. Bangunlah !! Menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan beliau. Tegakkan Islam di hati dan pemikiran kita. Tumbangkan UMNO !!

Ingat wahai anak muda. Islam menuntut pengorbanan kita. Bangunlah.....

No comments:

Post a Comment