Friday, August 28, 2009

SAMY VELLU SUDAH NAIK HANTU - DEY THAMBI - APA PASAL PIJAK ITU KEPALA LEMBU




Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengecam tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.

Katanya, lembu merupakan binatang suci kepada penganut Hindu, dan tindakan kumpulan tersebut tidak boleh diterima dan dianggap mencabar kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ia menjadi hak rakyat pelbagai agama, termasuk penganut Hindu untuk membina kuil dan tempat-tempat ibadat.

"Saya amat sedih kerana kumpulan ini telah mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (Selangor)," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiada sesiapa pun yang harus dibenarkan untuk mencabar atau mempersendakan sebarang agama di negara ini.

Beliau bimbang tindakan tersebut boleh mengundang tindak balas dari masyarakat Hindu.

"Bagaimanapun, saya menggesa penganut Hindu khususnya supaya bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan," tambahnya.

Samy Vellu berkata, MIC mahu kerajaan dan pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur protes tersebut.

Katanya, mereka mesti dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerana membahayakan keharmonian kaum di negara ini.

4 comments:

  1. salam...

    ada berani ka samy vellu syorkan najib tangkap dalang protes tu dan tahan dalam ISA. Nie dah kira mengganggu keselamatan negara apabila menyemarakkan api perkauman...

    kah kah kahhhh...

    ReplyDelete
  2. Mati hidup semula pun Samy tak berani. Setakat berani sergah jer budak PASTI pun boleh.

    Mana polis? Mana FRU? Puak puak nih terang terangan cuba mewujudkan ketegangan kaum.Tangkaplah !! Tunggu apa lagi?!!

    Woi Musa !!

    ReplyDelete
  3. Udah-udahlah tu... mereka tu hanya hilang sebentar kewarasan akibat ingin membela nasib Islam di kawasan sana. Bukan nak sokong tindakan mereka, tetapi sebagai umat yang seagama, satu kiblat, bertuhankan Allah, berasulkan Rasulullah yang sama, sepatutnya kita sama-sama alert dengan isu keagamaan yang serius ini. Selain menasihati mereka agar jgn mengulangi kembali tindakan bodoh tersebut, kita juga harus bersama-sama bersatu menegakkan kesucian Islam. Bukan atas dasar politik, bukan atas dasar ekonomi, tetapi atas dasar Islam.

    p/s Mungkar dan Nangkir tidak soal apa parti politik anda.

    ReplyDelete
  4. Apa yang penting adalah ilmu kerana tidak mungkin munculnya iman jika tidak berilmu.

    ReplyDelete