Penamaan calun bagi kerusi N. 11 Permatang Pasir sudah pun selesai. Kini sah dua calun akan bertanding iaitu Ust. Salleh bin Man mewakili Pakatan Rakyat dan Rohaizat bin Othman mewakili Be End.
Kempen bermula sebaik sahaja penamaan calun selesai. Tetapi suasana belum hangat lagi kerana masing-masing pihak baru nak mula. Rasenya tengahari ini poster dan bendera akan mula dipasang.
Kami memulakan program malam semalam dengan pelancaran Bilik Gerakan Pakatan Rakyat di Permatang Pasir oleh DSAI. Saya diberi amanah membuka gelanggang dengan menyampaikan ceramah sulong bertajuk "Siapa Pengkhianat". Saya merasakan inilah tema yang akan digunakan oleh UMNo dan Be End bagi pilihanraya N.11 ini.
Yang syoknya pagi tadi Shahrizat berjumpa dengan Tok Guru dan menyatakan beliau hampir menangis mendengar Tok Guru menyatakan tidak hairan kalau kafir menghina Islam. Tok Guru dengan selamba menjawab, "nak heran gapo, UMNo lagi pulok doh lame hina Islam (mu dok nangis pun!!)". Shahrizat terus belah..hehehe ;)).
Be End dan UMNo menerima pukulan maut pertama bila Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan semalam bahawa calun Be End Rohaizat Othman telah dibatalkan kelayakan guamannya pada 07.03.2008 kerana kesalahan "berkaitan dengan akaun klien".
Ini satu kesalahan yang serius. Bagaimana seorang yang disabit kesalahan pecah amanah sebegitu hendak diamanahkan untuk mewakili rakyat. Alangkan seorang pelanggan pun dikhianati, inikan pula rakyat yang ramai.
Dengar cerita ada beberapa lagi pembongkaran yang akan dibuat oleh beberapa pihak berkaitan dengan calun dan jentera Be End ini. Awal-awal dah kena pukulan k.o.
Sepatutnya Be End membatalkan pencalunan Rohaizat dan meletakkan calun lain kerana mereka sudah pun mengetahui perkara ini semalam apabila Majlis Peguam mendedahkannya dan disiarkan oleh semua media perdana.
Tetapi namanya Be End..kata Muhyiddin "ini calun terbaik untuk mewakili Be End..". Tersenyum wartawan mendengar komen Muhyiddin.
Kata seorang wartawan, kami pun tak hairanlah. Kalau Be End boleh tuduh DSAI pengkhianat Melayu, tak payah kami jawab, ada satu tokoh dan orang kuat Be End memberitahu kami dengan membekalkan bukti bagaimana seorang pemimpin UMNo mengkhianati orang Melayu Johor dengan menggadai tanah di Johor kepada syarikat Singapura, dan bagaimana dia menggunakan projek Johor Tenggara untuk menyapu tanah rakyat Melayu Johor dengan harga murah dan kemudiannya menjual tanah tersebut dengan harga yang mahal.
Dan sedikit pun itu dengan orang Melayu Johor tak berkongsi keuntungan. Dan mereka boleh tuduh orang lain pengkhianat..kaca dulang paku serpih, nak ngata orang awak yang lebih!!
Banyak lagi pendedahan kabarnya akan dibuat semasa kempen pilihanraya N.11 ini.
Gendang perang telah pun dipalu..rugi yop kalau mike semua tak datang..moh kite ramai-ramai turun ke Permatang Pasir. Dari PLUS highway keluar ke arah lebuhraya BKE "Grik/Timur", lepas bayar samy tol, keluar kat exit Kubang Semang atau Bukit Berapit/Penanti..dari situ bermula kawasan pilihanraya.
Kalau ngkorang nak tidoq, banyak tempat dibuka oleh kedua-dua pihak, tak pun tidoq masjid je lah yop macam kitorang. Dapat berkat dan i'tiqaf.. ;))
See you all in N.11 Permatang Pasir (orang Penang kata "Matang Pasiaq").
Adios & grasias amigos.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
26 Sya'ban 1430 / 17 Ogos 2009
BIAQ PI LA DIA JADI CALON, DAH TU JE YG DEPA BOLEH HARAP, YG TU JE YG KURANG KOTOR JIKA DIBANDINGKAN DGN YG LAIN KAT DLM TONG TAIK Be End TU...
ReplyDeleteTINGKATKAN USAHA MEYAKINKAN PENGUNDI, PERHEBATKAN GERAKAN JENTERA PENERANGAN DARI SEMUA PARTI PR...USAHAKAN KEMENANGAN, KUBURKAN Be End SEKALI LAGI...TAKBIR!!!
ReplyDeleteAllahu Akbar !!
ReplyDelete