Thursday, August 6, 2009

DEMOKRASI BUKAN BERERTI BOLEH MEMERINTAH SECARA SAMSENG




"Demokarasi tidak bererti apa saja boleh dilakukan. Tentu sekali ia tidak bererti pemerintahan secara samseng," titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah Rabu.

Baginda menegaskan dalam mana-mana perjalanan demokrasi, ada peraturan tentang bagaimana masyarakat harus diperintah, dan di Malaysia, peraturan ini termaktub dalam perlembagaan negara.

"Perlembagaan kita menjelaskan tidak saja hak-hak kita tetapi juga had terhadap hak-hak itu. Had ini menentukan bahawa keputusan tidak dibuat oleh mereka yang memiliki kuasa paling kuat, suara paling lantang dan bertindak secara paling kasar," ujar baginda.

Raja Nazrin menyampaikan syarahannya berjudul "Imbued with Integrity, Endowed with Ethics: Foundation for Managing Malaysia through Enlightened Value-Driven Leadership" di Syarahan Tunku Abdul Rahman ke-25 anjuran Institut Pengurusan Malaysia di sini malam Rabu.

Baginda menegaskan: "Jika kita berusaha untuk menyelesaikan pertikaian menerusi pemerintah samseng dan tidak mengikuti undang-undang, pertikaian kita tidak sesekali akan dapat diselesaikan".

"Di bawah sistem pemerintahan kita, kehakiman telah diamanahkan dengan tugas penimbangtara terakhir dalam perkara berhbuung tafsiran perlembagaan.

2 comments:

  1. Sapa yang nak jatuh tu?

    ReplyDelete
  2. Salam....

    PAKATAN akan kata yang nak jatuh tu BARISAN.

    BARISAN akan kata yang nak jatuh tu PAKATAN.

    Pada aku, kedua dua pihak kena selami titah Raja Muda dan "akui" jika terkena batang hidung sendiri.

    Yang penting, baik PAKATAN, BARISAN mahupun Raja Muda atau rakyat sendiri, semuanya kena banyak muhasabah.

    ReplyDelete