Tuesday, August 11, 2009

H1N1 - PERUNTUKAN RM3.6 JUTA DIUMUMKAN PADA 4 OGOS 2009 - MANA TERMOMETER UNTUK PERIKSA SUHU BADAN SETIAP PELAJAR SEKOLAH - DAH SEMINGGU MENUNGGU




Hari nih genap seminggu kerajaan laki bini mengumumkan "kewajipan" pemeriksaan suhu badan setiap pelajar sebelum memulakan sessi pembelajaran di semua sekolah di seluruh negara.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Dr Wee Ka Siong pada tarikh 4 Ogos 2009 ketika beliau melawat sebuah sekolah di Tampoi, Johor.

Beliau yang merupakan Timbalan Menteri Pelajaran berkata, kerajaan laki bini telah memperuntukkan RM3.6 juta bagi membeli keperluan seperti termometer dan topeng muka.

Malangnya, sehingga kini, 38 orang telah menjadi mangsa, "kewajipan" tersebut masih belum ditunaikan.

Sampai bila kita harus mempertaruhkan nyawa generasi muda kita ini? Nak tunggu kematian yang ke berapa baru nak mula?

Sekarang, kerajaan laki bini umumkan pula kempen besar besaran mencegah penularan H1N1. Boleh percaya ker? Berapa juta pula peruntukan untuk kempen ini?

Jika untuk termometer dan topeng muka pelajar, kerajaan laki bini peruntukkan RM3.6 juta, sehingga sekarang tak nampak hasil lagi. Agak agak, berapa pula peruntukan untuk kempen ini? Bila pula nak mula?

Tobat aku tak percaya dah kat puak puak nih.

Memang hamlau tahap lahabau puak puak nih.....

No comments:

Post a Comment