Tuesday, August 11, 2009

"JARUM PERKAUMAN" ADALAH SENJATA TERAKHIR YANG DIMILIKI UMNO DAN UMNO SEDANG MENGGUNAKANNYA



Jarum perkauman adalah senjata beracun yang paling ampuh untuk menghapuskan dan membunuh musuh politik berlainan bangsa.

Senjata yang sama juga sedang digunakan oleh UMNO bagi menyambung nyawa UMNO yang sudah nyawa nyawa ikan itu.

UMNO mempotretkan DAP sebagai anti Islam dan mempotretkan PKR terutamanya DSAI sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Manakala PAS pula digambarkan sebagai "melukut" sahaja di dalam Pakatan dan PAS perlu diselamatkan.

Jika kita perhatikan, Muhyiddin akan menghentam Pakatan terutamanya DSAI. Khairy pula akan menghulur umpan demi umpan kepada Pemuda PAS dengan tujuan dapat menjadikan Pemuda PAS sebagai jambatan untuk menghubungkan PAS dan UMNO.

Ronnie Liu, Jeff Ooi dan Loke Siew Fook dijadikan kambing hitam bagi menyalakan api perkauman. Ketiga tiga individu tersebut dihentam sebagai simbolik kepada DAP. Ibarat kata orang, pukul anak sindir menantu.

Saya yakin dan percaya bahawa dalam MCA, GERAKAN dan MIC juga terdapat individu individu seperti ketiga tiga YB DAP di atas tetapi hanya didiamkan dan tidak dihebahkan kepada media.

Memang benar terdapat ramai di kalangan pimpinan DAP yang kurang sensitif tentang hati dan perasaan umat Islam di negara ini. Kenapa berlaku sedemikian? Kerana mereka difahamkan bahawa Melayu itu UMNO, UMNO itu Melayu, Melayu tu Islam dan Islam tu Melayu.

Bukah menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan kefahaman yang jelas tentang apa itu Islam dan apa itu Melayu kepada DAP? Jika mereka sudah pandai membezakan di antara Islam dan Melayu, tentu mereka akan lebih berhati hati dalam memperkatakan sesuatu yang berkaitan kedua dua perkara tersebut.

Bukankah menjadi tanggungjawab dakwah untuk kita membimbing mereka dan memahamkan mereka tentang kebenaran? Malangnya, kita gagal menunaikan tanggungjawab dakwah ini kerana kita memilih pendekatan "bil hukmi" berbanding "bil hikmah".

Amatlah diharapkan, di kalangan kita, jangan ada yang melompat dengan isu perkauman ini. Bersemukalah dan berbincanglah secara hati ke hati bagi mencari kebenaran supaya kita tidak menjadi agen agen musuh di dalam Pakatan Rakyat.

Tegurlah jika ada yang nak ditegur. Makilah jika ada yang nak di maki. Hamunlah jika ada yang nak dihamun sekalipun.

Tetapi, ingat !! Jangan sampai menghancurkan Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment