Wednesday, August 12, 2009

MEREKA DAH MULA PERANG DI PELABUHAN KLANG



Mula mula satu pihak menubuhkan kumpulan Task Force bagi mencari "kebenaran" walapun umum mengetahui tujuan penubuhan Task Force itu adalah untuk menutup kesalahan sendiri.

Task Force itu kemudiannya "menyiasat" segala galanya walaupun umum mengetahui siasatan itu hanyalah untuk mencari kambinghitam yang sesuai untuk "dikorbankan".

Setelah menyiasat untuk beberapa ketika, Task Force telah berjaya menemui kambinghitam spesis Kuala Dimensi untuk dikorbankan.

Maka pihak Task Force telah membuat lapotan polis ke atas "keganjilan" bayaran yang diterima oleh Kuala Dimensi dalam usaha untuk menyelamatkan Ong Tee Kiat.

Tak sampai 24 jam laporan polis dibuat oleh Task Force, Kuala Dimensi telah bertindak balas dengan mendedahkan "hubungan" Kuala Dimensi dengan Ong Tee Kiat.

Kuala Dimensi menerusi Tiong King Sing juga turut mendedahkan "selera ganjil" Ong Tee Kiat yang suka makan juta juta itu.

Pada aku, apa nak dihairankan. Penyamun tuduh perompak sebagai "perompak" dan perompak tuduh penyamun sebagai "penyamun".

Simple jer kan?

Jangan dilepaskan makhluk makhluk jahanam ini. Seret semuanya ke mahkamah. Tapi, mahkamah mana? Mahkamah di Malaysia nih kan mahkamah kanggaroo. Alamak.....peninglah.

Korang baca artikel yang aku paste kat bawah nih. Aku copy daripada kerabubersuara.blogspot.com

Ketua Pegawai Eksekutif KDSB Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.

Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000
bagi perkhidmatan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.

Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment