Thursday, August 13, 2009

MUFTI HARUSSANI MENJILAT JILAT LAGI




Mufti Harussani mencadangkan sesiapa yang menghina Raja Raja Melayu hendaklah keluar daripada negara ini kerana kewujudan Raja Raja Melayu telah disahkan oleh Perlembagaan Malaysia.

Aku pula nak cadangkan - Sesiapa yang tidak mahu mengambil rujukan daripada al-Quran, Hadith, Ijma' dan Qiyas secara keseluruhan, tidak kira sama ada orang UMNO, orang PAS, orang DAP, orang PKR, orang atas pagar, golongan rakyat bawahan atau "rakyat elit", hendaklah keluar dari bumi milik Allah swt ini dan carilah tempat lain yang bukan milik Allah swt untuk didiami kerana Islam yang wajib dimartabatkan itu telahpun disahkan dan diperakui oleh empat rujukan yang aku nyatakan itu.


Memartabatkan Islam bukanlah bererti membina masjid yang banyak, membina bangunan PUZ yang tersergam indah, memakai jubah labuh sampai ke buku lali, menganjurkan tilawah al-Quran pelbagai peringkat, menyambut Maulidur Rasul dan apa apa juga yang bsepertinya tetapi memartabatkan Islam itu membawa erti tegakkan Islam dalam segala hal bermula dengan niat dihati dan diikuti ikrar lidah dan kemudian dilaksanakan menerusi perbuatan.

Jika sekadar hati berniat mahukan Islam tetapi penakut nak nyatakan kebenaran - itu belum bererti memartabatkan Islam.

Jika sekadar lidah menyebut mahukan Islam tetapi niat di hati dan perlaksanaan menjurus kepada duniawi - itu belum bererti memartabatkan Islam.

Jika perlaksanaan adalah perlaksanaan yang Islamik tetapi hanya sekadar mengharapkan laba politik - itu juga belum bererti memartabatkan Islam.

Memartabatkan Islam - hati, lidah dan anggota wajib bersama. Maknanya, niat, ikrar dan perlaksanaan perlu selari dan selaras dengan tuntutan hukum hukum Islam.

Contoh, menyeru membina masjid adalah suatu kebaikan tetapi si penyeru sendiri tidak menunaikan solat - ini amalan yang cacat.

Contoh, menyeru manusia kembali kepada Islam tetapi si penyeru tidak menutup aurat - ini amalan yang menyesatkan jika wujud pengikut yang menurut seruan tersebut dan turut memandang "tidak menutup aurat" itu sebagai suatu perkara yang tidak apa apa.

Contoh, membantah penjualkan arak tetapi dalam masa yang sama si pembantah adalah penogok arak - ini juga amalan yang sia sia.

Kenapa? Kerana iman dan kufur adalah ibarat garis selari yang bergerak seiringan tetapi sampia kiamat pun tidak akan bertemu.

Jika wujud amalan yang sebegini, maka sama taraflah manusia tersebut dengan tahi cicak yang separuhnya putih manakala separuh lagi hitam. Yang hitam itu najis dan yang putih itu juga najis walaupun warnanya putih bersih.

Amacam Mufti Harussani? Ada berani?

Berambus wahai Mufti Harussani !! Kemunafikan telah menjadi perhiasan dirimu !!

No comments:

Post a Comment