Monday, August 3, 2009

PEWARIS MAKIN MEROYAN - RAHIMUDDIN MERABAN LAGI



Kumpulan penyokong akta ISA akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung demonstrasi kumpulan anti-ISA kelmarin yang didakwanya "banyak menyusahkan rakyat".

Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun berkata, demonstrasi penunjuk perasaan anti-ISA tidak mengikut arahan polis dan telah menyebabkan kesusahan kepada orang awam dan peniaga.


"Kita tidak. Kita patuh pada polis. Polis suruh bersurai, kita bersurai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas rancangannya membawa isu demonstrasi besar Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Sabtu lepas kepada pihak Suhakam pada jam 3 petang ini.


Ditanya kenapa perkara itu diadukan kepada Suhakam, Rahimuddin berkata: "Tindakan GMI telah menggangu hak asasi orang awam".

Rahimuddin, beserta 20 exco Pewaris juga akan mengadukan kepada Suhakam mengenai penggunaan Masjid Negara sebagai tempat awal berkumpulnya penunjuk perasaan anti-ISA.


Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara kelmarin untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran GMI itu.


Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.


Kumpulan pro-ISA pula - yang jumlah penyokongnya jauh lebih kecil - bersurai setelah dihalang polis di Jalan Tun Sambanthan.


SUMBER : mStar Online


ULASAN
:

Oleh : www.ruangbicarapriamalaya.blogspot.com

Inilah berita yang paling kelakar hari ini..mereka sendiri yang ugut nak buat demo, mereka sendiri adu Suhakam orang lain berdemo..tak ke pelik lagi tak cerdik namanya tu..hehe..

Mengaku jelah, kumpulan mereka langsung tidak mendapat sambutan..orang tak berminat nak pertahan benda yg jelas zalim ni..bukan setakat nak kumpul 70 000 orang seperti yang di dakwa, nak kumpulkan 17 orang pun 'sakit'...lain kali jangan sombong angkuh keluar kenyataan..

Penulis dah cakap hari tu, antara sebab kenapa jumlah peserta demo anti ISA berlipatkali ganda dari jangkaan, adalah kerana disebabkan faktor Pewaris dan kumpulan Pro ISA yang lainya sendiri.


Termasuklah penulis sendiri..asalnya penulis 50-50 mahu datang atau tidak perhimpunan kali ni disebabkan penulis ada program di Shah Alam, tetapi disebabkan tercabar dgn ugutan dan provokasi Pewaris, penulis wajibkan diri untuk hadir pada perhimpunan kali ini..terpaksa penulis curi keluar program yg sedang berlangsung di Shah Alam, seterusnya ke Ibu kota menaiki komuter bersama sengakatan anak muda..

So, pada Pewaris, ini pengajaran kepada kalian semua..pertama, jangan angkuh dan sombong..kedua, tak perlu la nk pertahankan undang2 zalim pastu ajak orang sokong..ketiga, mengaku kelemahan dan kesalahan sendiri... Yang terakhirnya, penulis nk komen pasal kenyataan di bawah ni..

Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun berkata, demonstrasi penunjuk perasaan anti-ISA tidak mengikut arahan polis dan telah menyebabkan kesusahan kepada orang awam dan peniaga.

"Kita tidak. Kita patuh pada polis. Polis suruh bersurai, kita bersurai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Penulis nak tanya, kalau betullah Pewaris ni betul2 ikut arahan polis, kenapa tidak dibatalkan awal-awal lagi demo sokong ISA 1 Ogos yg lepas?..sedangkan pihak polis awal2 lagi mengarahkan kumpulan pro dan anti ISA membatalkan demo mereka..


So, kenapa tidak awal2 umumkan tarik diri dari demo yg dikatakan menyusahkan orang awam dan peniaga? Kenapa masih berdegil nk buat demo walaupun tahu polis telah mengeluarkan arahan supaya tidak menganjurkan demo...

Tak lain dan tak bukan, pihak Pewaris juga telah mengingkari arahan polis...seperti kata penulis tadi, faktor PEWARIS sendiri menyebabkan berlakunya pertambahan peserta demo mansuh ISA..


Pewaris sebagai penganjur demo sokong ISA mesti juga dihadapkan kemuka keadilan..jangan lepas tangan, dulu bukan main kata berani la, demi melayu la, so, tunjuk kat mana 'keberanian' tu..kalau xde, lain kali duduk rumah je mcm pemuda Umno, tak perlu keluar kenyataan sombong konon pejuang itu pejuang ini..

Pada pihak polis, jangan double standard...kami hormat kamu selagi mana kamu adil dan hormati kami....wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment