Thursday, August 13, 2009

DR HASSAN ALI VS RONNIE LIU - DAMAI POLITIK ATAU DAMAI DI HATI




Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hassan Ali bersama Exco DAP Ronnie Liu menyatakan kata sepakat isu penjualan arak dianggap sudah selesai.

Kedua-dua mereka dilihat berjabat tangan dan berdamai secara terbuka di satu sidang media bersama di Tropicana dekat sini petang tadi.

Dalam kenyataan kedua-dua belah pihak, mereka bersetuju bahawa penjualan arak dibenarkan bagi orang bukan Islam.

Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, difahamkan, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu.


ULASAN : Tak kisahlah damai jenis apa pun. Semua pihak harus bijak dalam menyuarakan pandangan dan pendapat.

Perbezaan pendapat sememangnya tidak dapat dielakkan lebih lebih lagi dalam hal hal bersangkutan dengan kaum dan agama.

Namun, gunakanlah saluran yang sesuai dalam menyuarakan perbezaan tersebut. Jangan sesekali emosional dan jangan sesekali terikut ikut dengan bunyi gendang yang dipalu oleh musuh.

No comments:

Post a Comment