Thursday, August 13, 2009

PRESIDEN MCA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP TIONG KING SING



Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing berhubung isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Tee Keat yang juga Menteri Pengangkutan meminta King Sing menarik balik kenyataan dalam tempoh tujuh hari yang mendakwa pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) itu memberi wang berjumlah RM10 juta kepada MCA.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd. Hashim ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan itu.

No comments:

Post a Comment